47

6.2K 252 29
                                    

2 tahun kemudian.....

Seorang gadis menjenguk kuburan yang sudah lama. Dia mengusap batu nisan tersebut. Bibirnya mengukirkan senyuman hambar.

"Ibu, Arline datang lagi, bu." kata Arline.

"Arline sekarang dah bahagia dengan Syaril. Dia jaga Arline dengan baik. Tidak pernah sikit pun dia marah Arline." ceritanya dengan gembira.

Setahun sudah berlalu, waktu berjalan dengan begitu cepat. Hidupnya juga sudah bahagia bersama Syaril.

"Arline doakan semoga ibu tenang disana. Arline pergi dulu ye bu." katanya lalu mengucup batu nisan tersebut sebelum melangkah pergi.

Dia tersenyum melihat Syaril yang sedang bermain dengan anak mereka yang bernama Mohammad Syahmi berusia 1 tahun.

"Ibu." kata anaknya. Arline tersenyum manis dan menghampiri mereka berdua.

"Ye, sayang." katanya kepada anak mereka. Walaupun baru berusia setahun, tapi anaknya sudah lancar bercakap.

"Ayah buli Syah." adunya kepada sang ibu. Syaril tergelak kecil. Begitu juga dengan Arline.

"Abang, kenapa selalu buli anak kita? Tak baiklah." tegur Arline kepada Syaril.

"Alah, sayang. Abang gurau sikit je. Abang bukannya buli sampai luka. Kacau sikit je," balas Syaril.

"Haih, yelah."

"Jom, pulang." kata Syaril lalu dibalas anggukan dari isterinya. Mereka berdua melangkah masuk ke dalam perut kereta dan meninggalkan kawasan perkuburan.

"Esok perkhawinan Syikin dan Adha kan?" kata Arline kepada suaminya.  Syaril mengganguk.

"Yup. Kita kena ada dekat sana. Nanti, Syikin kecil hati pula." kata Syaril kepadanya.

"Sayang tahulah," balas Arline. Syaril tersenyum bahagia dengan keluarga kecilnya.

"Sayang tak nak singgah dekat mana-mana ke sebelum kita pulang?" soal Syaril. Arline berfikir sejenak.

"Sayang nak singgah rumah Eryna. Barang sayang tertinggal dekat rumah dia waktu abang pergi outstation. Sayang kan tidur dekat rumah dia." ujar Arline.

"Okey,"

"Sayang? Sayang nak tahu tak macam mana abang boleh jatuh cinta dengan sayang? Dan macam mana abang tahu dan dapat lihat 'mereka'?" ujar Syaril.

Arline menggangukkan kepalanya. Dia sudah lama pelik kerana suaminya tidak memanggil pelik dan tidak menegurnya jika dia bercakap dengan 'mereka'.

Jika dulu pasti suaminya akan memanggilnya gila, sewel dan pelik. Kerana sikapnya yang pelik sahaja.

"Nak,"

"Abang jatuh cinta dengan saya waktu sayang hilang. Waktu tu abang down sangat dan risaukan sayang. Abang tak dapat buang perasaan risau tu. Sejak itu, abang sedar yang abang cintakan sayang." ujarnya lalu mengambil tangan isterinya dan dikucup dengan lembut.

"Ouh macam tu. Tak sangka eh abang jatuh cinta juga dengan aku." kata Arline sambil tersenyum senget. Syaril tergelak. Dia pun tak sangka yang dia jatuh cinta dengan perempuan yang pelik.

"Macam mana pula abang dapat lihat dengan 'mereka'?" soal Arline ingin tahu.

"Sejak abang selamatkan peti tempat tinggal 'mereka' daripada dibakar oleh arwah ibu sayang. Sejak dari itulah bermula abang dapat lihat dengan 'mereka'," Jelas Syaril lalu Arline mengganguk faham.

"Kenapa baru sekarang abang cakap?" soalnya pelik.

"Abang lupalah sayang sebab abang asyik teringat je isteri abang yang pelik ni. Dalam fikiran abang hanya ada sayang seorang je," katanya sambil mengenyitkan matanya sebelah.

"Gatal!'' kata Arline lalu mencubit lengan suaminya sambil menjeling malas.

"Ganas. Buat abang semakin tambah sayang." kata Syaril lagi. Suka sangat dia melihat wajah isterinya yang menyampah dengan sikapnya. Tapi, dia suka.

"Dahlah abang. Tak malu ke dah ada anak satu tapi masih gatal?" malas Arline.

"Apa salahnya? Abang gatal dengan sayang seorang je," balas Syaril sambil tersenyum kacak.

"Sayang?"

"Hmm,"

"Sayang tahu tak apa beza sayang dengan berlian?"

"Berlian mahal dan jarang dijumpai,"

"Yes, betul. Berlian sangat mahal, berharga dan jarang dijumpai. Samalah macam sayang. Sayang sangat berharga dan jarang dijumpai. Sayang satu dalam sejuta. Biar datang sejuta pada abang, beribu merayu pada abang, Tapi, tidak sama dengan sayang seorang. Sebab, sayang adalah ratu hati abang, ibu kepada anak abang dan isteri abang hingga ke jannah." ujarnya dengan penuh ikhlas membuatkan Arline tersenyum lebar.

Semenjak berkhawin dengan lelaki itu, Syaril terlebih gula. Selalu ada sahaja ayat manis yang dia berikan kepadanya. Dia tidak pernah jemu berkata manis padanya setiap hari.

"Makin tua makin sweet eh?" kata Arline lalu tergelak. Syaril juga tergelak sama. Anak mereka suda tidur di belakang.

Setelah mengambil masa dalam setengah jam. Mereka sudah sampai di hadapan rumah yang mewah.

Arline keluar dari perut kereta dan menuju pintu rumah Eryna. Loceng ditekan sebanyak 3 kali sebelum dibuka oleh Eryna.

"Eh, Arline." kata Eryna dengan ramah. Arline tersenyum kepadanya.

"Maaf ganggu. Line cuma nak ambil barang Arline yang tertinggal tempoh hari," jelas Arline.

"Oh, Sekejap." kata Eryna. Arline mengganguk faham dan menunggu diluar rumahnya.

"Eh, Arline. Mana suami kau?" soal suami Eryna kepadanya.

"Syaril ada dalam kereta. Arline singgah pun sebab nak ambil barang je." kata Arline kepadanya.

"Oh, tak nak masuk ke?"

"Eh, takpe. Arline tunggu dekat luar je," tolak Arline lembut.

"Hah, ni barang line." kata Eryna dan menghulurkan barang tersebut kepada Arline.

"Terima kasih, maaf ganggu korang berdua." kata Arline dengan sengihan. Pasangan suami isteri itu tersenyum.

"Takpe. Tak ganggu pun. Cakap dekat suami awak yang Amri kirimsalam." pesan Amri kepadanya.

Suami Eryna adalah Amri. Semenjak kejadian dulu, Amri yang tika itu tidak sedar dan terlantar dihospital akibat dari perbuatan dari 'mereka'.

Eryna menceritakan segalanya. Lelaki itu tidaklah jahat seperti yang mereka sangkakan. Semua rancangan terkutuk itu adalah dari arahan Nana sendiri. Dan Nana berkata bahawa jika dia berjaya mendapat harta itu, Eryna akan berkhawin dengannya. Eryna hanya menurut sahaja kerana waktu itu dia diselubungi perasaan dendam.

Dia yang menyuruh Amri untuk menggoda Puan Kayla semata untuk menginginkan harta wanita itu. Lelaki itu hanya menurut sahaja kerana dia sangat mencintakan Eryna.

Semenjak itu, Arline menghilangkan ingatan Amri dan mengekalkan ingatan sewaktu dia dan Eryna bertemu pertama kali. Segala ingatan perbuatan jahat yang dia lakukan dihapuskan oleh Arline.

"Yelah. Arline pergi dulu, assalamualaikum." kata Arline kepada pasangan suami isteri tersebut dan menuju kearah kereta mereka.

"Dah dapat?" soal Syaril.

"Dah, Amri kirimsalam dekat abang."

"Waalaikumsalam. Ada nak pergi mana-mana lagi tak?" soalnya lagi. Arline menggelengkan kepalanya.

"Okey. Kita pulang eh?"  kata Syaril lalu dibalas anggukan dari isterinya.


Last chp lagi gaisss huaa SW sudah pun hampir sampai di penghujungnya😭💕🤚
#macambiasa
#votedankomen

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now