36

3.7K 282 30
                                    

Syaril mengambil tempat duduk di bahagian depan bersama Arline. Gadis itu pasrah je kemana dia bawa. Kalau melawan, nanti mamat tu membebel pula.

"Kau lapar tak?" soal Syaril kepadanya. Ramai mata yang memandang kearah mereka, namun dia tidak hiraukan.

"Lapar. Kenapa?" soal Arline kembali. Syaril menggelengkan kepalanya. Haih, minah ni. Boleh pula dia tanya kenapa.

"Kau tunggu sini, biar aku yang ambilkan kau makanan." ujar Syaril membuatkan Arline ternganga.

'Mamat ni okey tak? Gila ke apa? Mati aku macam ni. Dengan orang sekeliling pandang aku macam nak telan, dengan perangai tak betul dia lagi.' getus hatinya.

"Erk..takpe. Line boleh ambil sendiri." tolak Arline dengan lembut. Matanya meliar memandang orang sekeliling. Bibirnya tersenyum senget kearah orang yang menjelingnya.

'Oh, ada orang cemburu eh?' desis hatinya.

"Auch!" Arline memegang kepalanya. Dia berpura-pura sakit. Matanya pula memandang kearah gadis yang menjelingnya.

'Mari kita tengok, siapa yang akan marah.'

"Kau kenapa ni?" risau Syaril. Tubuh gadis itu dirapatkan kepadanya. Lalu kepala Arline dilentokkan pada bidang dadanya.

Orang memandang mereka dengan riak terkejut. Apalagi Karl dan Elyna. Setahu mereka, lelaki itu sangatlah dingin dan sukar untuk didekati.

"Kepala line sakit." adu Arline seperti hendak menangis. Dalam hati sudah tergelak jahat. Syaril pula bukan main risau.

"Kau tak sihat ke? Kenapa tak cakap dengan aku? Kalau tak, aku takkan bawa kau sayang, sebab aku risau jadi sesuatu dekat kau:" katanya. Arline terdiam begitu juga dengan Syaril.

"Bodoh kau Ril! Kenapa boleh terlepas cakap? Aduh, malu aku.' getus hati Syaril.

"Awak cakap apa tadi?" soal Arline inginkan kepastian. Dia tak salah dengar ke? Rasanya, lelaki itu ada menyebut perkataan sayang.

"Takde apa. Lupakan. Sekarang ni, kau okey tak? Nak balik ke?" prihatin Syaril. Tangan gadis itu digenggam erat.

"Erk..takpe. Line okey je." kata Arline dengan pipi yang berona merah. Malu, dipandang orang ramai. Ditambah lagi dengan perangai Syaril yang prihatin.

"Betul ke? Kalau nak balik, sekarang juga kita balik." kata Syaril lalu dibalas gelengan dari Arline dan tersenyum.

"Takpe, line okey,"

"Okeylah, kalau macam tu. Aku ambilkan kau makanan eh?" katanya dengan lembut membuatkan Arline bertambah malu dan jantungnya sudah berdegup dengan laju.

'Ya Allah, mamat ni kenapa? Dia tak tahu ke yang aku ni dah malu? Aduh, parahlah macam ni.' Arline berkata di dalam hati.

"Line nak ikut."

"Nope! Kau duduk je dekat sini. Kepala kau sakit kan? Tak boleh gerak nanti kau pengsan pula." bebelnya kepada Arline. Gadis itu terpaksa menggangukan kepalanya.

"Tunggu sini."

Seusai berkata begitu, Syaril terus melangkah pergi. Walaupun majlis itu hanya pertunangan, namun dah seperti majlis perkhawinan.

Selepas sahaja Syaril tiada, seorang gadis yang menjeling kearah Arline tadi datang dan mengambil tempat berhadapan dengan Arline.

"Kau siapa?" soalnya terus. Tanpa memberi salam. Arline terus bertukar riak wajah dingin dan memandangnya kosong.

"Perlu ke kau tahu?" sinis dia membalas. Gadis itu mengetap gigi menahan geram dengan dia. Arline hanya beriak biasa sahaja. Buat apa takut? Salah seorang dari 'mereka' ada bersamanya.

"Perlulah! Eh, kau perempuan murah, dengar sini eh. Syaril itu aku punya! Kau jangan nak melebih dengan dia!" marah dia dengan lantang. Semua mata memandang kearah mereka berdua.

"Awak, kenapa dengan Arline?" soal Elyna ingin tahu. Karl pun tidak tahu. Suara lantang milik gadis itu sangat kuat.

"Biar saya pergi tengok." kata Elyna lalu dihalang oleh tunangnya.

"Jangan. Syaril ada dengan dia. Tak payah risau." kata Karl kepadanya. Gadis itu memang cari nahas. Elyna hanya mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh tunangnya.

"Kenapa perlu menjerit? Macam orang gila tahu tak? Em, muka dah lawa. Tapi, sayang pula sebab orangnya gila." pedas Arline berkata menambahkan lagi kemarahan gadis itu.

"Kau memang cari nahaslah."

Pang!

Pang!

Dua tamparan hinggap di pipi Arline. Karl dan Elyna terkejut diikuti orang yang berada di majlis tersebut. Ada yang merakam aksi itu.

"Itu sebab kau berani lawan aku? Kau tak tahu ke aku ni bakal isteri Syaril. Berani kau eh?" marah dia. Tidak cukup dengan itu, dia menarik tudung Arline, namun seperti ada tangan yang menghalangnya.

"Kenapa tangan aku tak boleh gerak?" soalnya pelik dan tiba-tiba sahaja tangannya seperti lumpuh. Arline sudah tersenyum sinis.

"Kenapa dengan tangan aku?" soalnya cemas. Tangannya tidak dapat digerakkan. Seperti lumpuh sahaja ketika itu.

Arline memegang pipinya yang terasa kebas. Boleh tahan juga minah ni tampar aku. Sakit juga. Baru sahaja dia ingin membalas perbuatan gadis itu, terdengar suara garau yang sangat dikenalinya.

"Ada apa ni?" soal Syaril dingin. Dia mendekati Arline lalu wajah gadis itu ditenung dengan tajam membuatkan Arline berasa seram.

'Takkan dia nak marah aku? Aku tak salah pun.' desis hatinya.

"Dia tampar kau ke?" soal Syaril lalu mengusap pipinya yang sudah bertanda merah. Arline sudah berasa tidak selesa.

"Erk..tak, tak. Dia tak tampar pun," tipu Arline dengan laju membuatkan lelaki itu tergelak sinis. Gadis yang menampar Arline dipandang tajam.

Tanpa berkata apa-apa, Syaril terus menampar pipi gadis itu sebanyak tiga kali dengan kuat. Arline terkejut dan memandangnya tanpa berkelip.

"Itu sebab kau berani sentuh dia. Kau siapa nak tampar dia? Berani kau eh?" ujar Syaril dengan sinis. Gadis itu memandang Arline dengan tajam.

Arline berasa kasihan melihatnya. Walaupun dia nampak jahat, tapi dia masih berhati perut juga. Lelaki kalau memukul tak sama dengan perempuan.

"Kenapa you bela sangat perempuan tu?! Dia bukan isteri you pun!" bengangnya. Syaril mendekati Arline dan menarik tubuh Arline rapat dengannya.

"Dia bakal isteri aku. Ada masalah?" katanya membuatkan seluruh orang yang berada di majlis itu tersebut. Karl, Syikin dan Elyna lagi seakan tidak percaya dengan apa yang mereka dengar.

Karl mengukirkan senyuman sinis. Nampaknya, Syaril dah jatuh cinta dengan gadis itu. Begitu juga dengan Syikin.

'Wohhh! Ada orang jatuh cinta.' kata Karl dalam hati.

"You tipu I kan?" soal gadis itu tidak percaya. Syaril tersenyum sinis.

"Kau ada nampak aku macam tipu ke? Kau yang sendiri gilakan aku, perasan je lebih," sinis Syaril berkata. Arline pula tidak mampu berkata apa-apa.

"Jom, sayang. Dekat sini, rasa panas." katanya lagi dan memegang tangan Arline dengan erat. Mereka menuju kearah Karl dan Elyna.

"Bro, tahniah." ucap Syaril kepadanya. Karl mendekatkan bibirnya pada telinga Syaril dengan senyuman sinis.

"Nampaknya, kau kalah dengan ego kau. Dulu, kata tak suka, sekarang kau sendiri yang mengaku." bisik Karl dan menjarakkan semula bibirnya. Arline dan Elyna pula sibuk membiarkan mereka berdua.

"Apa-apa jelah," malas Syaril berkata. Karl tergelak kecil. Manakala, Syaril pula tersenyum dalam hati.

"Nurul Arline, i love you."




Update lagi❤️❤️💕

#macambiasa
#votedankomen

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now