25

3.5K 257 79
                                    

Arline tersedar setelah dia tidak sedarkan diri selama berjam-jam. Mata dibuka secara perlahan-lahan. Fikirannya mengimbas kembali ketika dia jatuh di tangga.

"Haih kau ni pun line cuai sangat. Kan dah jatuh." gumamnya sendiri lalu kepala digelengkan. Pintu biliknya dibuka, matanya terus menatap gerangan yang masuk ke dalam bilik tersebut.

Klak!

Arline terus menundukkan kepalanya bila orang tersebut memandangnya dengan tajam. Tangan digenggam erat. Dia sangat lemah apabila tidak bersama dengan 'mereka'.

"Dah sedar?"

Arline menutup matanya. Dia sangat takut, tangannya pula sudah mengigil habis. Suara orang tersebut seperti marah sahaja. Teringat semula kejadian waktu Puan Kayla sering menderanya tanpa belas kasihan.

Flashback

"Kau dah sedar anak sial?" kata Puan Kayla dengan sinis. Arline pula hanya menundukkan kepalanya.

"Lain kali jangan melawan cakap aku! Anak setan macam kau tak layak dapat kasih sayang aku!" herdik Puan Kayla lalu menunjal kepalanya secara berkali-kali.

"Kau dengar tak setan?"

"D..engar bu," jawab Arline takut-takut. Tangannya sudah menggigil sehabis mungkin. Dia sangat takut tika itu.

"Ni makanan kau." kata Puan Kayla. Belum sempat Arline menyambutnya, Puan Kayla terlebih dahulu menumpahkan makanan tersebut di tubuh Arline.

"Auch!"

"Kau ingat kau layak makan pakai pinggan ke?Makan je macam tu." sinis Puan Kayla berkata. Lalu sekali lagi minuman ditumpahkan pada tubuh Arline.

"Tsk..tsk..ibu..." nangis Arline namun tidak dihiraukan oleh Puan Kayla. Tangisan Arline hanya dibiarkan sahaja.

"Kau nangislah sampai esok. Aku nak keluar." kata Puan Kayla malas lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Sampai hati ibu."

End Flashback.

Bila mengenangkan semua perbuatan Puan Kayla terhadapnya, tidak semena-mena airmatanya mengalir membasahi pipinya. Tangan digenggam erat.

Seketika dia merasa ada tangan yang menggengam erat kedua tangannya. Mata yang tertutup, dia buka secara perlahan-lahan.

"Asal kau nangis?" soal Syaril terhadapnya. Arline tidak menjawab. Dia hanya menangis sahaja. Biar masalah yang dialaminya hanya dia sahaja yang tahu. Dia tidak perlukan belas kasihan dari orang lain.

"Kau janganlah nangis. Muka kau buruk tahu tak." kata Syaril lagi lalu menyeka airmata Arline dengan lembut. Gadis itu menghentikan langkahnya lalu tersenyum hambar.

"Asal kau nangis pelik?" soal Syaril sekali lagi. Arline hanya mendiamkan dirinya sahaja tanpa menjawab soalan itu.

"Kau takut eh aku marah kau?" soalnya lagi. Arline menggangukkan kepalanya secara perlahan-lahan. Syaril mengeluarkan keluhan.

"Memang aku marah sebab kau tak dengar cakap aku. Dan aku marah sebab kau tak hati-hati. Kan kau dah jatuh. Tengok kau dah luka." bebel Syaril kepadanya. Arline terus menundukkan kepalanya.

"Aku tak nak marah kau, tapi kau kena hati-hati lepas ni. Faham tak!" tegas Syaril berkata. Arline hanya mampu menggangukkan sahaja.

"Aku nak kau bersiap dan turun bawah makan." kata Syaril dan sekali lagi Arline menggangukkan kepalanya.

"Good. Aku keluar dulu."

Arline seperti orang bisu. Dia hanya menggangukkan kepala tanpa mengeluarkan suara. Syaril tersenyum segaris melihat wajah takut Arline.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now