32

3.8K 281 94
                                    

Arline terjaga dari lenanya apabila terasa ada satu suara yang memanggil namanya. Mata dibuka secara perlahan-lahan.

Matanya memandang kearah Syaril yang masih diulit mimpi. Gadis itu mengerutkan dahinya. Dia berasa pelik. Jika bukan Syaril yang memanggilnya, siapa orang yang menyeru namanya sebentar tadi?

Diperhatikan segenap bilik tersebut. Namun, tiada orang selain mereka berdua. Arline semakin bertambah pelik.

"Siapa pula yang panggil nama aku?" monolog Arline. Secara perlahan-lahan dia menuruni katil dan menuju kearah tingkap.

Dia terkejut dengan apa yang dia lihat waktu itu, seakan tidak percaya sahaja. Airmatanya mula membasahi pipi.

"Esk..esk aku sedang bermimpi ke?" soalnya sendiri dengan airmata. Mulut ditutup menggunakan kedua tangannya agar esakannya tidak kedengaran oleh Syaril.

'Aku harap semua ini bukan mimpi.' desis hatinya.








Puan Kayla merengus geram. Perkhawinannya siang tadi semuanya hancur apabila Amri tiba-tiba sahaja pengsan waktu majlis bermula.

Dan yang membuatkan dia bertambah marah adalah apabila dia melihat 'mereka' sedang memandangnya dengan senyuman yang sukar ditafsirkan.

"Arghhh!! Macam mana mereka boleh hidup? Tempat tu aku dah bakar dengan tangan aku sendiri! Tetapi, macam mana semua ini berlaku?" marah dia. Kesemua barang dalam biliknya dihempas untuk melepaskan kemarahannya.

"Ini tidak boleh jadi. Aku pasti 'mereka' sudah buat sesuatu pada Amri sehingga lelaki itu secara mengejut pengsan. Dasar setan! Korang tunggu jelah nasib korang! Aku takkan biarkan perempuan malang tu dapat korang semula. Tidak akan! Kalau aku tak dapat korang, jangan harap dia akan dapat!" dendam Puan Kayla dengan senyuman sinis dibibirnya.

Baju pengantin miliknya ditenung sejenak dengan pandangan sukar ditafsirkan. Disebabkan 'mereka', majlis perkhawinan mereka terpaksa dibatalkan. Tak guna punya iblis!

"Aku akan pastikan yang perkhawinan kami akan tercapai. Tiada siapa boleh halang! Siapa yang halang, tahulah apa aku akan buat." monolog Puan Kayla lalu tergelak kecil.

Tudung diambil dan disarungkan pada kepala. Selepas itu, beg dan kunci kereta diambil dan bergegas keluar. Tadi siang mereka membawa Amri ke hospital dan waktu itu Amri belum sedarkan diri lagi. Puan Kayla mengambil keputusan untuk pulang terlebih dahulu dan akan menjenguknya kembali.

Puan Kayla masuk ke dalam kereta BMW miliknya dan bergegas menuju ke hospital untuk menjenguk Amri semula. Jika terjadi sesuatu kepada Amri dia takkan maafkan 'mereka' dan juga Arline, perempuan tak guna itu.







Syikin, Elyna dan Karl keluar bersama waktu itu untuk menempah baju pertunangan Elyan dan Karl. Sepanjang perjalanan mereka asyik bergelak tawa sahaja.

Sedang mereka bergembira, ada satu tembakan yang menghala kearah kereta mereka. Ketiga-tiga mereka terkejut dengan tembakan tersebut.

Bang!

Pechhh!!

"Arghhh!!"

Cermin belakang kereta mereka pecah akibat tembakan tersebut. Syikin memandang kearah belakang. Terdapat beberapa buah kereta hitam sedang mengejar mereka.

"Awak..apa jadi?" soal Elyna dengan muka yang pucat. Tangannya sudah menggigil habis. Syikin memandang kearah abangnya yang berwajah tegang.

Bibirnya didekatkan pada telinga Karl dan membisikkan sesuatu. Selepas itu, Karl mengganguk setuju lalu Syikin tersenyum kecil.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now