29

3.7K 278 37
                                    

Syaril memandang tajam wajah Syikin dan Elyna yang hanya diam sahaja dari tadi. Wajahnya juga sudah membengis dan merah tanda dia marah tika itu.

"Korang dua buat apa?" soalnya tegang. Syikin sudah berpeluh manakala Elyna pula sudah menelan air liur dengan susah.

"Erk...kami minta maaf. Kami dua cuma bawa akak line jalan-jalan keluar. Tak tahu pula jadi macam ni." ujar Syikin jujur namun wajahnya tidak diangkat untuk memandang wajah Syaril.

'Ya Allah. Janganlah pandang aku macam nak makan.' desis hati Syikin.

"Aku dah kata jangan bawa dia keluar! Asal korang degil sangat huh?" marah Syaril tidak dapat dibendung lagi.

"Bro, bertenang okey. Mereka tak minta pun semua ini berlaku." sampuk Karl. Tidak sanggup dia melihat adik dan bakal tunangnya yang sangat takut dengan Syaril.

"Kau suruh aku bertenang? Kau bodoh ke apa! Arline hilang tahu tak! Dan sekarang kau nak suruh aku bertenang?" marahnya kepada Karl pula.

Bam!

"Argh! Siallah!" jerit Syaril melepaskan kemarahannya. Elyna sudah menjadi pucat manakala Syikin pula sudah menyumpah dalam dirinya kerana membiarkan gadis itu hilang.

"Aku nak korang semua cari dia sampai dapat! Kalau tak jumpa jangan pulang! Kalau tak kepala korang semua kena pancung!" marah Syaril dan sekaligus mengarahkan anak buahnya untuk mencari Arline.

"Faham boss!"

"Keluar!"

Anak buah Syaril laju sahaja melangkah keluar dari bilik tersebut. Syaril meredakan kemarahannnya namun gagal. Dia sangat risaukan gadis itu.

'Kau dekat mana pelik? Aku harap kau selamat dan baik-baik sahaja.' doa Syaril di dalam hati.

"Syaril..kami minta maaf," ucap Syikin.

"Betul. Kami minta maaf. Kalau kami dua tak bawa dia keluar,semua ini takkan terjadi." sampuk Elyna pula. Karl menjadi kasihan terhadap dua gadis itu.

"Maaf korang takkan dapat pulangkan dia semula!" sinis Syaril berkata membuatkan dua gadis itu terdiam tanpa menjawab.

"Bro, kau boleh bertenang tak. Kau tak kasihan ke? Syikin adik aku dan Elyna bakal tunang aku. Takkan aku nak biar kau lepaskan kemarahan kau dekat mereka berdua?" ujar Karl tidak suka. Syaril tergelak sinis. Situasi semakin tegang.

"Kau tak suka aku marah dua orang ni? KALAU BUKAN SEBAB MEREKA BERDUA GATAL SANGAT NAK BAWA DIA KELUAR, SEMUA INI TAKKAN TERJADI KARL!" tengking Syaril dengan lantang.

Karl tidak menjawab. Baginya, tiada guna api berlawan dengan api. Dalam hal itu dia harus menjadi air. Kalau kedua-dua mereka jadi api, alamatnya ada juga yang jumpa ilahi nanti.

"Dah, korang pulanglah. Aku minta maaf sebab marah korang." kata Syaril dengan suara mengendur.

"Tak apa. Kami faham. Dan memang patut pun kau marah sebab memang salah kami. Kami janji akan bawa balik Arline semula." kata Syikin lalu dibalas anggukan dari Karl dan Elyna.

"Terima kasih."

"Sama-sama,"

Syikin, Karl dan Elyna melangkah keluar dari bilik tersebut. Syaril meraup wajahnya dengan kasar. Dia sangat rindukan gadis itu.

'Girl, i miss you.'







Puan Kayla tersenyum sendiri kerana dia berjaya mengupah orang untuk membunuh anaknya Arline. Dia berasa sangat puas.

Dia nampak yang gadis itu menangis tanpa henti kerana dia telah menghapuskan 'mereka'. Namun, dia kisah apa? Dia lagi suka adalah. Baginya, kematian Arline adalah sinar kebahagian untuk dirinya.

"Puas hati aku. Aku harap sangat kau jumpa ayah kau yang tak guna kau. Kau layak mati je anak malang." kata Puan Kayla sendiri.

Dia melihat dirinya melalui cermin. Wajahnya ditenung. Wajah yang membuatkan arwah suaminya tergila-gila sewaktu ketika dahulu.

"Tak lama lagi aku akan khawin dengan Amri. Lelaki pilihan aku dan lelaki yang mencintai aku. Selepas itu, aku akan hidup bahagia bersama Amri." katanya dengan riang dan gembira.






"Aku dekat mana?" soal Arline pelik. Tempat yang dia tidak kenali dan semuanya berwarna putih. Matanya dikecilkan apabila melihat seorang lelaki yang sedang merenungnya dengan senyuman.

"Siapa tu?" soalnya takut. Makin lama makin jelas. Tidak semena-menanya airmata mengalir melihat gerangan tersebut.

"A..yah."

Kata Arline dengan suara bergetar. Dia seakan tidak percaya dia berada di depan mata ayahnya. Tanpa menunggu lama dia terus berlari dan menuju kearah ayahnya.

Tubuh lelaki itu dipeluk dengan erat seakan tidak mahu melepaskannya. Airmata mengalir dengan laju tanda dia sangat merindui ayahnya.

"Ayah, line nak ikut ayah. Line tak nak hidup dengan ibu lagi. Ibu jahat. Ibu dah lenyapkan 'mereka'. Maafkan Arline sebab cuai." kata Arline tersendu-sendu.

Ayahnya tersenyum lalu mengusap kepala anaknya dengan lembut. Pelukkan dileraikan lalu airmata Arline diseka dengan lembut.

"Kenapa cakap macam tu sayang? Dia ibu Arline. Walau macam mana pun dia tetap ibu kandung line," balasnya kepada Arline.

"Tapi, ibu tak pernah anggap line anak kandung dia." luah Arline sayu. Lelaki itu tersenyum sahaja.

"Suatu hari nanti, ibu pasti akan terima line." ujar ayahnya. Arline tersenyum hambar lalu kembali memeluk tubuh ayahnya.

"Ayah..Arline nak ikut ayah." katanya. Dia berasa pelik apabila ayahnya meleraikan pelukan mereka dan menjauhi diri darinya.

"Ayah nak pergi mana?" soalnya cemas. Lelaki itu tersenyum sebelum dia menjawab.

"Pulang nak. Ini bukan tempat Arline. Selamat tinggal anakkku." kata ayahnya lalu tersenyum bahagia.

"Tak! Arline tak nak!" bentak Arline dengan airmata. Selangkah dia melangkah ke depan, selanglah juga ayahnya melangkah kebelakang.

"Pulang nak. Akan ada orang yang menjaga line nanti. Dia ada dekat dengan Arline." ujar ayahnya lagi.

"Takde sesiapa ayah! Cuma ayah je yang sanggup jaga line," balas Arline. Dia menangis semahunya disitu. Dia cuma ingin mengikuti langkah ayahnya. Takkan itu pun salah?

Dia sudah tidak sanggup lagi. Dia dah takde sesiapa. 'Mereka' sudah tiada. Penguat semangatnya sudah tiada kerana sifat iri hati Puan Kayla. Ayahnya juga tiada dan ibunya pula tidak pernah menyukainya. Jadi, buat apa lagi dia hidup?

"Pulang sayang. Ayah minta maaf. Selamat tinggal."

"No! Ayah."

Arline mengejar langkah ayahnya yang semakin menjauh. Namun, semuanya hampa ayahnya sudah tiada.

"Ayah!"

"Ayah..jangan tinggalkan line!"

"AYAH!" jerit Arline tersedar. Wajahnya berpeluh habis. Dia memandang sekeliling dan matanya bertembung dengan satu mata yang sangat tajam melihatnya.

'Matilanak.' desis hatinya.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now