24: Perhatian

1.4K 317 213
                                    

145 votes + 120 comments

"Kamu semua buat apa ni?" soal seorang guru yang mengajar kelas Biosfera. Dia terbau kuah mi segera semasa dia sedang mengajar pelajar kelasnya. Jadi, terus dia datang memeriksa dari mana datangnya aroma itu.

Sekarang ini, seluruh pelajar kelas Atmosfera sedang kaku. Tak tahu ingin memberi reaksi bagaimana.

Tiba-tiba sahaja Jeon Jungkook mula bersuara.

"Kan aku dah kata mi segera ni tenaga dia 1432 kilojoule, tengok ni" kata Jungkook sambil tangannya di halakan ke arah mi segera yang berada di dalam bikar itu.

Semua pelajar kelas atmosfera mentafsir buat seketika perbuatan si ketua kelas itu, lalu Jung Jaehyun pula yang meneruskan penipuan Jungkook itu.

"Tu lah, tapi kalau tambah serbuk kuah tu, jumlah tenaga dia akan berubah" kata Jaehyun.

"Eh, cikgu?" sengaja Jungkook membuat lagak seperti baru sedar yang cikgu itu baru tiba di situ.

"Apa kamu buat di makmal sains ni?" soal cikgu itu.

"Oh, semalam kawan-kawan saya tak percaya yang mi segera hasilkan tenaga yang banyak, jadi hari ni saya bawalah mi segera dan buat eksperimen penentuan nilai tenaga dalam sampel makanan ni" kata Jungkook.

Cikgu itu memandang seketika ke arah pelajar kelas yang lain. Ketika itulah, Eunwoo mengangguk dengan laju bersama muka rajin yang dibuat-buatnya.

"Mi segera kan tergolong dalam karbohidrat, jadi banyaklah tenaga dia hasilkan" tiba-tiba cikgu itu mula bercakap tentang fakta sains.

"Iya betul tu, cikgu" Park Chanyeol hanya membetulkan apa sahaja cikgu itu kata.

"Saya sokong cikgu!" balas Eunwoo pula.

"Nanti lepas kamu dah siap buat eksperimen tu, kemas dan cuci semua alat radas yang kamu guna tadi" kata cikgu itu.

"Baik cikgu!" balas Park Jimin sebelum cikgu itu berjalan keluar meninggalkan makmal sains itu.

Seluruh kelas itu menghela nafas lega sebaik sahaja cikgu itu sudah menjauhi makmal sains.

"Makan cepat, nanti nak kena kemas semua ni" kata Jungkook.

☆☆☆☆

Jarum jam menunjukkan tepat pukul 10 malam tanda mereka semua sudah dapat pulang ke rumah.

Jeon Jungkook mengemas barang-barangnya begitu juga dengan pelajar kelas yang lain.

"Jungkook-ah, lusa nanti gerai kita dekat mana?" soal Jisoo.

"Yang dekat dengan gelanggang bola sepak tu" balas Jungkook.

"Siapa yang selalu sampai sekolah awal?" soal Nayeon.

"Aku dengan Jungkook" balas Jung Jaehyun.

"Nanti korang terus hias gerai ke?" soal Jisoo.

Jaehyun dan Jungkook hanya mengangguk.

"Nanti aku dengan Eunwoo datang awal tolong korang" balas Chanyeol.

"Aku sampai lambat sikit lah rasanya sebab aku naik train" kata Kim Taehyung.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now