27: Kaunter

1.4K 301 186
                                    

120 votes + 100 comments

"Eh! kenapa pula? kita kan dah tetapkan untuk gilir-gilir jaga kaunter" balas Minjung sebaik sahaja mendengar kata-kata Jungkook.

Jungkook menayangkan wajah kosong kepada gadis itu sebelum berkata

"Suka hati kau lah" lalu dia beredar daripada situ.

"Weh, kau ni, Jungkook dah suruh buat tu, buat jelah" kata Jimin kepada Minjung setelah Jungkook pergi meninggalkan gerai mereka.

"Kenapa aku perlu dengar arahan dia pula?" balas gadis itu.

"Dia ketua kelas kita" bidas Chaeyoung pula.

Minjung mendiamkan diri buat seketika sebelum memandang ke arah Nayeon.

"Minjung, kau tak boleh macam ni. Sampai bila kau nak semua orang ikut cakap kau saja?" kata Nayeon.

Mungkin kerana Kim Minjung merupakan anak bongsu dan ketua kelas Mantel selama empat tahun berturut-turut telah membuatkan dia agak degil untuk mendengar pendapat dan arahan orang lain yang sebaya dengannya.

"Tak, yang dia nak emo sangat tu kenapa?" Minjung masih lagi tidak berpuas hati dengan sikap Jungkook yang tiba-tiba beredar begitu sahaja.

"Dia kecewa dengan kau lah" balas Taehyung pula. Wah, memang semua orang nak pertahankan lelaki itu, mengapa?

"Ah! iyalah! iyalah! aku jaga kaunter" akhirnya Minjung mengalah.

☆☆☆☆

Jeon Jungkook POV💚

Langkah Jeon Jungkook terhenti sebaik sahaja melihat kelibat Kim Namjoon memasuki pintu pagar utama sekolah.

Hari ini merupakan hari karnival dan sudah tentu ia dibuka kepada orang ramai.

"Oh, Jungkook, kau nampak Minjung?" soal Namjoon sebaik sahaja dia melihat wajah Jungkook.

"Kau buat apa nak jumpa dia?" soal Jungkook kembali.

"Aku dengar kelas dia buat dating service, jadi aku nak tolong" balas Namjoon bersama nada senang.

"Dia jaga kaunter, dia tak ada dalam senarai orang yang bertugas" balas Jungkook.

"Oh ya? tak apalah, aku teman dia jaga kaunter sajalah" balas Namjoon.

"Aku yang bertugas jaga kaunter dengan dia, jadi kau tak perlu susahkan diri" balas Jungkook.

"Hahaha! kau ni kelakar lah" tawa Namjoon meletus membuat Jungkook menjadi pelik. Lelaki ini kenapa?

"Jadi, kau dah ajak dia keluar bersama?" soal Namjoon kepada Jungkook.

"Apa?" Jungkook tidak memahami maksud Kim Namjoon itu.

"Kau suka Minjung kan? kau dah bagitahu dia atau belum?" soal Namjoon lagi.

"A-apa kau mengarut ni?" balas Jungkook pula.

"Mula-mula aku jumpa kau bawa Minjung pergi pertandingan tu pun aku dah boleh agak yang kau suka dia, tak perlulah nak tipu diri sendiri" kata Namjoon.

"Tapi, kau kan teman lelaki dia? tak akan kau tak marah?" soal Jungkook.

"Hahaha!" sekali lagi Namjoon tertawa.

"Aku abang sepupu dia lah, aku sengaja cakap macam tu sebab nak tengok reaksi kau macam mana" terang Namjoon.

Tipulah kalau Jeon Jungkook tidak berada dalam keadaan malu ketika ini.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now