33: Jauh

1.2K 230 177
                                    

100 votes + 50 comments

004 memandang ke arah Jungkook yang baru sahaja pulang dari sekolah itu.

"Kau kenapa pandang aku macam tu?" soal Jungkook sambil membuka ikatan tali kasutnya.

"Nak.. bagitahu ke.. tak payah?" 004 berkata sendiri.

"Yah, kau ni kenapa?" soal Jungkook sambil menyiku lengan milik 004 itu.

"Ermm... sebenarnya.." 004 ingin memulakan perbualan kurang menyenangkan itu.

"Kau pergi cari p*rn dekat komputer perpustakaan kan?" soal Jungkook tanpa memandang ke arah 004.

"M-macam mana a-awak tahu?" wajah terkejut 004 tidak dapat diselindung lagi.

"Aku tak bodoh lagi" balas Jungkook lalu melangkah masuk ke dalam rumah.

"Urmm.. awak.. eh! kau, kau, tak marah ke?" soal 004.

"Dah tu kau nak aku buat apa? pijak kau?" balas Jungkook sambil melepaskan beg sekolahnya dan diletak di atas sofa, lalu dia melonggarkan tali leher sekolahnya.

"Kau dah makan ke belum?" soal Jungkook sambil membuka butang baju kemeja sekolahnya.

"Belum, erm, aku masih tak tahu cara nak guna duit" balas 004.

"Kejap, aku order pizza, sebab mak dengan ayah aku tak balik hari ni. Jadi, kita makan pizza jelah" kata Jungkook.

"Pizza tu, apa?" soal 004 dengan wajah ingin tahu.

"Ni" Jeon Jungkook menghalakan skrin telefonnya yang terpampar gambar pizza pepperoni cheese di website itu.

Kening milik 004 berkerut seribu, macam mana nak makan benda tu?


☆☆☆☆

Kim Minjung POV❤

"Hyung!" suara Minjung jelas kedengaran walaupun dia masih belum masuk ke dalam rumah lagi.

"Oppa lah, kau ni, nama panggilan pun tak tahu lagi" balas Seokjin.

Minjung terus membuka kasutnya dan berlari terus menuju ke arah Seokjin.

"Hei, hei! pergi mandi dulu lah" teriak Seokjin sambil menolak kepala adik perempuannya yang cuba memeluk lelaki itu.



☆☆☆☆

Jeon Jungkook POV❤

"Aku dah order pizza, nanti kalau bunyi loceng, kau bukakan pintu dan ambil pizza" pesan Jungkook sebelum mengambil beg sekolahnya dan berjalan menuju ke biliknya.

"Kau nak pergi mana?" soal 004.

"Mandi" balasnya ringkas.

004 melihat sekelilingnya, tiada siapa hanya dia seorang sahaja yang tinggal di ruang tamu ini.

004 mula berjalan melihat bingkai-bingkai gambar yang tergantung di ruang tamu itu.

Senyumannya mula terukir apa bila melihat gambar Jungkook sedang duduk di atas pasir sekitar umurnya lapan tahun.

Dia terus merenung bingkai gambar itu dengan lama. Semakin waktu berlalu, semakin pudar senyumannya. Apa yang dirinya sudah lakukan?

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now