21 : GPS

1.5K 330 163
                                    

130 votes + 100 comments

Kim Minjung POV💚

Kim Minjung sedang duduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu rumahnya sambil matanya melihat ke arah kaca televisyen yang sedang menyiarkan berita tengah malam.

Manakala si abangnya Kim Seokjin sedang sibuk berbual di telefon bimbitnya, tidak tahu apa yang dibualkan tetapi bunyinya seperti perkara yang serius.

Alangkah terkejutnya Minjung apabila melihat tajuk utama berita yang disiarkan itu.

Serangan mengejut telah dikesan di hujung sempadan perairan negara. 

Lantas kepala Minjung dihalakan ke arah abangnya yang merupakan antara salah seorang tentera laut negara.

"H-hyung" panggilnya dengan nada yang sedikit gentar.

Seokjin hanya memberikan senyuman tawar sebelum dia kembali bercakap di telefon bersama komandernya berkaitan hal ini.

"T-tapi kau baru je balik beberapa minggu" ujar Minjung lagi. Dia dapat merasakan yang abangnya akan kembali ke laut dalam masa terdekat ini untuk membantu masalah yang sedang berlaku di sana.

Seokjin melepaskan keluhan berat setelah habis berbicara di telefon. Apabila panggilan dimatikan dia mengalihkan pandangannya ke arah adik bongsunya.

"Nak pergi tengok perlawanan tinju underground  tak malam ni?" soal Seokjin.

"Bila kau kena pergi?" soal Minjung tanpa menjawab soalan Seokjin pergi. Sudah tentu abangnya mengajaknya pergi melihat perlawanan itu kerana abangnya perlu bertugas.

"Esok pagi" balas Seokjin.

"Kau kata tentera laut kerja enam bulan, cuti enam bulan. Kenapa kau kerja enam bulan,cuti beberapa minggu je?" soal Minjung.

"Minjung, kau sendiri nampak berita tadi. Tak akan aku perlu terangkan lagi" balas Seokjin.

"Appa sibuk, eomma sibuk semua sibuk, Aku ingat kau boleh temankan aku masa tahun terakhir sekolah ni. Tapi kau pun sama saja!" marahnya. Lantas Minjung bangkit dari sofa dan berjalan meninggalkan ruang tamu.


☆☆☆☆

"Korang! Korang!" jerit Eunwoo sambil kakinya berlari memasuki pintu kelas Atmosfera.

Semua pelajar di dalam kelas itu menumpukan pandangan mereka terhadap Eunwoo.

"Tahu tak?" Eunwoo memulakan perbualan.

"Tak, tak tahu" balas Nayeon.

"Ish, dengarlah dulu" balas Eunwoo.

"Apa benda?" soal Jimin.

"Kelas petang kita di batalkan, kita dibenarkan balik tengah hari ni" kata Eunwoo.

"Maksudnya kita boleh balik sekaranglah?" soal Jaehyun untuk mendapatkan kepastian.

Eunwoo mengangguk dengan laju membuatkan mereka semua bersorak gembira.

"Kelas malam macam mana?" soal Jungkook yang membuatkan seluruh pelajar kelas itu kembali diam.

"Err lupa nak cakap, lepas tu kita kena datang balik sekolah pukul 8 malam ni sebab cikgu nak buat ulang kaji subjek kromosom" balas Eunwoo.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now