13: Same

2.4K 471 276
                                    

❤ Guyss!! dipersilakan follow my friend, Juju! PEACHYRAVN nak kawan-kawan pun boleh! dia baik❤

200 votes + 60 comments

"Sebab diorang tengah ada dekat belakang kita, sekarang ni" kata Jungkook dengan nada perlahan.

Sebenarnya dari tadi lagi Jungkook berasa curiga dengan dua orang lelaki yang mengekori mereka sejak mula lagi. Tapi selepas Minjung memberi tahu tentang masalahnya, barulah Jungkook faham situasi sekarang.

"J-Jungkook, kita nak buat apa ni?" soal Minjung dengan nada perlahan, namun kakinya kekal berjalan ke hadapan.

"Apa lagi, lari lah!" teriak Jungkook sambil menolak bahu Minjung agar segera berlari.

Dua orang pelajar sekolah itu, berlari dengan sepenuh tenaga yang mereka ada. Itulah, siapa suruh ponteng sekolah, alahai.

Apabila mereka berjaya berlari menjauhi dua orang saintis gila tadi, mereka mengambil keputusan untuk berhenti berlari.

"Kenapa.. kau.. tak.. lawan je.. pak cik tadi?" soal Minjung sambil mengambil nafas setelah berlari dengan jarak jauh tadi.

"Kau... gila ke?" suara Jungkook turut tersekat-sekat akibat dia mencari nafas.

"Kau kan pandai bertinju?" soal Minjung setelah dia mula kembali normal. Mujur saja dia ahli sukan sekolah, jadi stamina dia lebih tinggi.

"Aku tak bertinju selain daripada dekat perlawanan" kata Jungkook.

"Kenapa?" soal Minjung.

"Kalau kebetulan orang yang aku kenal nampak aku bertinju, lepas tu dia bagitahu mak ayah aku. Silap hari bulan aku kena marah teruk macam dulu" balas Jungkook.

"Kau ni, kejap jadi bad boy, kejap jadi top student, kejap anak yang baik, kejap anak derhaka. Kau ada masalah multiple personality disorder ke apa duh?" soal Minjung sambil dahinya dikerutkan.

Memang susah betul nak ramal perangai Jeon Jungkook. Apa genre cerita ni sebenarnya? Romance comedy ataupun thriller? pening betul!

"Eh, sibuk je lah kau ni, sekarang ni, tujuan kita ponteng sebab nak bawa kau pergi pertandingan matematik, bukan nak cakap pasal aku" kata Jungkook sempat dia menunjal dahi milik gadis itu.

"Eii, dia ni" balas Minjung sambil menepis tangan Jungkook.

Kim Minjung mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail Namjoon, selaku lelaki yang selalu mengaturkan pertandingan matematik yang akan disertainya. Boleh di ambil kira yang Kim Namjoon ini dah macam manager Kim Minjung.

"Hello, Namjoon, aku ada dekat tepi jalan raya yang dekat dengan pejabat ibu, ambil aku cepat, aku takut terserempak nanti dengan ibu aku" kata Kim Minjung sebaik sahaja panggilan itu bersambung.

Mereka ada berbual tentang pentandingan matematik itu, tetapi tidaklah panjang mana, setelah beberapa detik berbual, akhirnya panggilan diputuskan.

"Mak kau kerja dekat bangunan mana?" soal Jungkook sebaik sahaja Minjung selesai berbual.

Iyalah, dekat sini ada banyak bangunan. Manalah dia tahu bangunan yang mana satu.

"Eh, sibuk je kau ni. Kita ponteng sekolah ni sebab nak bawa aku pergi pertandingan matematik, bukan sesi nak mencari tempat kerja mak aku" balas Minjung sambil menyimpan telefonnya di dalam poket blazer miliknya.

Jeon Jungkook berdecit. Mula dah perangai degil Kim Minjung. Sama seperti mula-mula kenal dulu.

☆☆☆☆

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now