28: Together!

1.4K 296 236
                                    

110 votes + 100 comments

Jung Jaehyun menggaru belakang telinga sambil matanya tertumpu ke arah Jungkook dan 004 yang sedang berdiri bersebelahan dengan Jungkook di bawah khemah gerai kelas mereka.

"Tak, sekarang ni, macam mana muka korang berdua boleh sama?" soal Eunwoo.

Sekitar 5 minit yang lalu...

"Maafkan aku, Jungkook!" Eunwoo melutut meminta maaf kepada 004.

"Weh, kau buat apa tu? Jungkook panggil kau balik ke gerai ada pelanggan" kata Chanyeol yang baru sahaja tiba di situ.

"Eh, Jungkook dekat sini lah" balas Eunwoo sambil melihat ke arah 004.

"Mana ada, Jungkook ada dekat gerai tengah jaga kaunter--" kata-kata Chanyeol berakhir sebaik sahaja 004 berpaling ke belakang memandang ke arahnya.

"A-apa kau buat dekat sini?! bukan tadi kau ada dekat gerai ke?" soal Chanyeol sebaik sahaja melihat 004 yang mempunyai wajah seperti Jungkook di situ.

"Korang buat apa ni? aku panggil suruh balik khemah--" Jungkook yang kini baru sampai di situ turut terkejut dengan keadaan ini.

"Jungkook ada dua?!" deras benar suara Eunwoo menjerit akibat terkejut manakala Chanyeol terlebih dahulu rebah di atas tanah akibat pengsan disebabkan terkejut sangat.

"Pakai balik maskot kau" kata Jungkook kepada 004 sebelum membantu lelaki itu bangun berdiri dari tanah.

Sekarang...

"Tapi muka korang memang sebijik sama!" kata Park Jimin sambil menyentuh pipi milik 004.

"Taklah, aku lagi kacak" balas Jungkook.

Minjung dan Jaehyun hanya mampu saling berbalas pandangan kerana tidak tahu mahu mengatakan apa.

"Weh, korang kenapa berkumpul ni?" soal Taehyung yang baru sahaja habis menjalankan servis '15 minit' nya.

Kening Taehyung berkerut sebaik sahaja melihat dua orang Jungkook sedang berdiri di bawah khemah itu.

"Kenapa Jungkook ada dua?" soal Taehyung.

"Tulah, aku daripada tadi tanya Jungkook dia tak jawab" balas Nayeon.

"Muka korang sebijik sama weh, korang kembar ke?" soal Taehyung.

"Taklah! aku lagi--"

"Iya, Jungkook, kau lagi kacak, sudah enam kali orang cakap benda sama dan kau balas benda sama" Minjung memotong percakapan Jungkook akibat tidak sanggup mendengar lagi ayat yang sama keluar daripada mulut Jungkook.

Jeon Jungkook menjongketkan kening kanan miliknya sambil menghalakan pandangannya ke arah gadis itu.

"Ok, semua, boleh dah mula pergi, banyak lagi servis kita nak kena buat ni" Kim Minjung mula mengubah topik perbualan sebaik sahaja melihat pandangan yang dilontarkan oleh Jungkook membuatkan gadis itu mula tidak keruan.

☆☆☆☆

Seluruh pelajar kelas Atmosfera sedang sibuk mengemas gerai mereka kerana sudah hampir malam. Selepas ini mereka mempunyai konsert festival yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.

"Banner tu aku dah turunkan, kau tolong simpan dah tong kosong tu" kata Jungkook kepada Jisoo.

"Ok, semua dah siap" kata Chaeyoung membuatkan mereka semua melepas lega. Wah, penat betul hari ini, macam-macam perangai pelanggan yang mereka perlu hadap, lagi-lagi pula ramai budak sekolah lain yang datang ke sekolah mereka ketika hari terbuka ini.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now