20: Idea!

1.5K 335 183
                                    

130 votes + 100 comments



"Ke, kamu dah ada girlfriend, Jungkook-ah?"soal ibunya bersama nada yang sedikit serius.

"E-eh mana ada, anak ibu ni sibuk sangatlah tak sempat nak fikir untuk ada teman wanita" balas Jungkook.

"Iyalah tu" balas ibunya.

"Eish ibu ni" balas Jungkook lalu dia kembali meneruskan langkahnya ke arah dapur.



Kim Minjung POV💚

Gadis itu memandang ke arah blazer milik Jungkook yang tergantung di ampaian balkoni rumahnya.

"Kau pandang lama-lama pun, bukan baju tu terus kering" ujar Seokjin yang dari tadi memerhatikan adiknya.

"Aku tahulah" balas Minjung sambil mengalihkan pandangannya.

"Tch, teman lelaki kau punya ke baju tu?" soal Seokjin bersama nada yang sinis.

"Mana ada! dia ketua kelas aku yang baru lah" balas Minjung.

"iya-iya je kau ni" balas Seokjin pula dengan nada tidak mempercayai adiknya.

"Iya betul lah!" suara Minjung meninggi.

"Ketua kelas je? tak ada jatuh hati ke?" sengaja si abang ingin menyakitkan hati si adik.

"Ah! malas aku dengan kau ni!" kata Minjung lalu bangkit dari tempat duduknya.

"Yes! dapat remote tv!" teriak Seokjin sebaik sahaja Minjung pergi menjauhi ruang tamu.


☆☆☆☆

Semua pelajar di dalam kelas itu mula mendiamkan diri sebaik sahaja melihat Jeon Jungkook sedang menulis sesuatu di papan tulis yang terletak dihadapan kelas.

Idea projek karnival

"Macam yang semua tahu, tahun ni kita semua kali pertama terlibat dengan program sekolah" kata Jungkook.

Mereka semua hanya mendiamkan diri dan fokus mendengar.

"Cikgu dah mula suruh aku untuk buat planning bagi kedai kita nanti" kata Jungkook.

"Tapi, masalahnya dalam kelas ni tak ada seorang pun yang pernah terlibat dengan karnival sebelum ni" balas Park Jimin. Sebelum ini semua pelajar sekolah tinggi ini diwajibkan untuk menyertai karnival ini. Tetapi kelas istimewa seperti Mantel dan Sky telah dikecualikan kerana mereka mendapat 'pas istimewa, daripada pengetua.

'Pas istimewa' itu amatlah berharga, mereka semua dikecualikan daripada semua sekali aktiviti tahunan sekolah. Maksudnya, perhimpunan pun mereka tidak perlu sertai.

Itulah sebab murid-murid kelas lain amat cemburu terhadap mereka. Mereka boleh duduk di kelas sementara yang lain perlu berdiri mendengar cikgu memberi ucapan.

Oleh sebab itu, murid-murid kelas Mantel dan Sky atau sekarang digelar 'Atmosfera' tidak menghafal lagu sekolah, ikrar sekolah, visi dan misi sekolah. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak pernah pergi ke kem latihan. Padahal murid-murid lain terseksa di kem latihan itu untuk setiap tahun.

"Jadi, siapa nak bagi cadangan kita patut buat apa?" soal Jungkook.

"Apa motif karnival ni?" soal Jaehyun.

"Soalan yang bagus, karnival ni untuk kutip dana sekolah. Lagi banyak dana kita dapat, lagi murah yuran tahunan kita perlu bayar" balas Jungkook.

"Berapa bajet sekolah bagi setiap kelas sebagai modal?" soal Jisoo pula.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now