7: Berbeza

2.7K 509 214
                                    

150 votes + 45 comments

"Lama tak jumpa kau, Kookie" kata Minjung sambil memandang ke arah wajah Jungkook.

Jeon Jungkook terkedu. Macam mana Kim Minjung dapat mengenalinya dan dapat menyebut nama panggilannya?

"K-kau siapa?" Jungkook menyoal gadis itu. Perlahan-lahan tangannya melepaskan buku lima milik Minjung yang cuba menumbuknya tadi.

"Kau lama tak pergi berlawan, kenapa?" soal Minjung sambil memandang ke arah Jungkook dengan pandangan yang dingin.

"K-kau salah orang" balas Jungkook. Iya, dia tipu.

"Kejap, Kookie tu bukan biskut ke?" soal Eunwoo yang daripada tadi curious dengan apa yang sedang berlaku ni.

Semua memandang ke arah Eunwoo. Apahal masa-masa macam ni kau nak menyampuk?

Minjung memandang ke arah Jungkook. Badan jejaka itu tegap dan nampak sangat selalu pergi gim. Huh, tipulah kalau dia bukan Kookie.

Kookie merupakan salah seorang daripada underground fighter. Dia sangat aktif dalam sukan tinju. Selalu berlawan di kawasan terpencil.

Akan tetapi, sejak dua tahun lepas, Kookie tidak lagi muncul di mana-mana perlawanan. Tiada siapa tahu dia pergi mana dan kenapa dia sudah tidak berlawan tinju lagi.

"Kau, memang Kookie, aku pasti" kata Minjung sambil memandang ke arah Jungkook. Gadis itu selalu pergi menonton perlawanan tinju bersama abangnya dan peninju dengan gelaran Kookie itu pernah menarik perhatiannya.

Nama Kookie tu macam comel sahaja perwatakkanya, tapi bila dia tumbuk orang memang habislah kau.

"Son Chaeyoung, dah sedar" kata Cikgu Suneo yang baru sahaja keluar daripada bilik kesihatan itu.

Tanpa membuang masa Jeon Jungkook menolak Kim Minjung ke tepi agar dia dapat melangkah masuk ke dalam bilik kesihatan itu.

Hampir sahaja Minjung jatuh tergolek depan bilik kesihatan itu. Kuat betul Jungkook tolak, memang nak suruh dia mati ke macam mana?

"Kau ok?" soal Nayeon si gadis ahli gimnastik itu sambil membantu Minjung untuk berdiri dengan stabil.

"Ok, ok" balas Minjung sambil mengangguk.

Manakala pelajar kelas Mantel dan Sky sudah masuk ke dalam bilik kesihatan itu untuk melihat keadaan Chaeyoung.

"Macam seronok je pengsan, dapat attention banyak" ujar Minjung dengan nada perlahan. Dia dan Nayeon melangkah masuk ke dalam bilik kesihatan itu bersama-sama.

"Eish, jangan cakap macam tu, tak baiklah" balas Nayeon lalu dia mencubit lengan milik Minjung.

"Aduh! sakitlah" Minjung mengaduh kesakitan dan secara automatik dia memukul lengan milik Im Nayeon.

☆☆☆☆


Park Chanyeol baru sahaja hadir ke sekolah pada hari ini. Dia baru selesai mewakili acara sukan lompat tinggi dan lompat jauh.

Apa yang membuatkan Chanyeol lebih pening ialah, kenapa kelasnya dan kelas Sky berada di bilik pengetua ni?

Aduh, datang sekolah tiba-tiba masuk bilik pengetua. Kalau dia tahu tadi, tak nak datang ke sekolah.

"Kami memang tidak sesuai kalau duduk sekelas, perbezaan dia memang macam Sky dengan Mantel" kata Jungkook dengan nada yang tenang.

Eunwoo yang berasa hairan dengan perbandingan yang Jungkook ungkapkan itu terus berbisik kepada kawan-kawannya.

"Ada ke peribahasa bagai sky dengan mantel?" Eunwoo berbisik.

"Diamlah bodoh, aku dah lah tak faham apa-apa langsung sekarang ni" balas Chanyeol dengan nada berbisik juga.

"kalau peribahasa bagai langit dengan bumi aku tahulah" balas Taehyung pula dengan nada berbisik.

"Habis tu, kalau translate kan jadi bagai sky and earth" balas Eunwoo lagi.

"Bukan heaven and earth ke?" giliran Chanyeol pula bercakap.

"Tu jenama air lah, sial" balas Eunwoo.

"Eh, diamlah" tegur Minjung selaku ketua kelas Mantel itu.

"Maaflah, tapi saya memang tidak boleh batalkan projek ini. Kamu semua perlu disatukan dan membantu sesama sendiri" balas Pengetua terhadap kata-kata Jungkook tadi.

Jungkook sudah hilang sabar. Dia memang tidak mahu sekelas dengan pelajar-pelajar kelas Mantel itu.

"Ah, wae?! mereka terlalu bodohlah, cikgu. Ungkapan algebra pun mereka tidak tahu" kata Jungkook sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah pelajar kelas Mantel.

Minjung tidak dapat menahan marah apabila kelasnya dikutuk sedemikian. Terus gadis itu bersuara.

"Mereka pula terlalu lemah! berlari 100 meter pun sudah boleh pengsan! macam mana kami nak melatih mereka?" balas Minjung pula.

Chanyeol memandang ke arah Eunwoo.

"Apa yang berlaku masa aku tak ada?" Chanyeol berbisik.

"Nanti aku cerita" balas Eunwoo.

Pengetua memicit kepalanya aduhai, peningnya nak layan mereka ni.

"Baik kamu semua masuk ke kelas sekarang. Kalau tak saya denda kamu semua bersihkan satu sekolah"

TBC

Comment something nice please, aku dah rasa nak unpublish semua cerita ni, haih.


Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now