25: Add

1.5K 339 290
                                    

145 votes + 120 comments 

"Kamu dah makan malam ke?" soal wanita yang melahirkan Jeon Jungkook itu kepada Kim Minjung.

"Oh, dah makan tadi" balas Minjung.

"Kitorang dah makan tadi, ibu" kata Jungkook yang baru sahaja turun daripada tingkat atas.

"Korang makan berdua ke?" soal ibu Jungkook.

"Tak, kitorang makan sama-sama dengan classmate tadi" kata Jungkook.

"Makan apa?" soal Ibu Jungkook.

Dan ketika itulah, Minjung memandang ke arah Jungkook. Kejap, lelaki nak ceritakan semua yang berlaku tadi ke? Weh! berani betul!

"Mi segera" balas Jungkook sambil kakinya berjalan mendekati Ibunya.

"Eh? boleh ke makan mi segera dekat sekolah?" soal ibu Jungkook kerana pelik dengan apa yang telah berlaku.

"Ada budak kelas Jungkook bawa mi segera senyap-senyap" balas Jungkook.

Makin seram apabila cerita ini hampir tiba di bahagian masak menggunakan bikar. Tolong, jangan terlalu jujur wahai Jeon Jungkook! 

"Macam mana korang masak?" ibunya terus-menerus bertanya.

"Kitorang pergi makmal sains diam-diam, lepas tu masak guna bikar dengan penunu bunsen" balas Jungkook lagi.

Minjung menayangkan riak wajah yang tidak percaya. Wah, lelaki ini memang sentiasa diluar jangkaan tak pernah sekali pun dia dapat meramal perkataan yang akan keluar daripada mulut lelaki itu, apa yang lelaki itu akan lakukan seterusnya. Walaupun mereka berdua sudah sama-sama mengetahui rahsia masing-masing.

Ibu Jungkook mengalihkan wajahnya ke arah Minjung sebaik sahaja mendengar penjelasan anaknya.

"Betul ke apa yang Jungkook kata tu?" soalnya.

Perlahan-lahan Minjung mengangguk. Tak akan nak nafikan sedangkan Jungkook sudah ceritakan segalanya dengan teliti.

"Jungkook berbual dengan rakan sekelas dia?" soal ibu Jungkook.

"Ibu, janganlah.." Jungkook seolah-olah menghalang ibunya untuk terus berbicara tentang topik itu.

"I-iya" balas Minjung kepada Puan Jeon.

Perlahan-lahan riak wajahnya berubah. Kalau tadi wajahnya kelihatan terkejut, sekarang wajahnya lebih tampak seperti seorang manusia yang sedang bersyukur.

"Ibu" Jungkook masih lagi cuba menghalang sesuatu.

"Jungkook ni daripada sekolah rendah sampai sekarang tak pernah ada kawan. Kalau dekat sekolah ada kerja berkumpulan pun, dia sendiri akan tulis surat untuk buat individu" kata puan Jeon membuatkan anak lelakinya mengalihkan matanya ke tempat lain. Malu benar Jungkook apabila Minjung mengetahui kisah ini.

"Tu yang mak cik terkejut bila dia bawa balik kamu, lepas tu dia makan mi segera dalam bikar dengan classmate buat mak cik rasa kerisauan mak cik kepada masalah sosial Jungkook berkurang" kata puan Jeon lagi.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now