4: Sekarang!

3.3K 578 146
                                    

100 votes + 35 comments

Jari milik Jungkook mengeluarkan batu dan jari milik Minjung mengeluarkan gunting.

Kim Taehyung selaku pengadil permainan batu,gunting,kertas itu hanya memandang kearah mereka berdua. Dahinya berkerut sambil matanya terpejam rapat akibat tertekan.

"Minjung-shi, kenapa kau keluarkan gunting" kata Taehyung. Tampak seperti dia sedang marah kepada Minjung selaku ketua kelas Mantel.

Jungkook mengukirkan senyuman sinis kepada Minjung. Dia meraikan kemenangan itu dengan memberikan pandangan yang penuh berlagak.

"Aku menang, jadi hari ni kita akan mulakan dengan belajar" ujar Jungkook.

"Aku tahulah, bukannya aku ni bodoh" balas Minjung tanda tidak berpuas hati.

"Iya? aku ingatkan kau bodoh. Maklumlah, kau kan jarang pergi sekolah, asyik bersukan sahaja" balas Jungkook sinis.

"Macamlah engkau tu pandai sangat" balas Minjung lagi.

"Aku tak kata aku terlalu pandai. Tapi, yang aku pasti IQ aku lebih tinggi daripada kau" balas Jungkook.

Tiba-tiba sahaja Kim Jisoo datang berdiri ditengah-tengah antara Jungkook dan Minjung.

"Baiklah! yang pertama sekali korang berdua kena hentikan pergaduhan yang entah apa-apa ni" kata Kim Jisoo selaku murid kelas Sky.

Kalau dibiarkan mereka bertikam lidah, sudah pasti akan menyebabkan sesi tarik-menarik rambut akan berlaku. Walaupun Jungkook itu lelaki dan rambutnya tak adalah panjang mana.

"Masuk kelas Sky" kata Jungkook dengan nada yang dingin.

Seperti biasa, pelajar kelas Sky sentiasa mendengar kata ketua kelas mereka. Mereka terus berjalan menuju ke kelas mereka iaitu kelas Sky.

Manakala pelajar kelas Mantel, termasuklah Kim Minjung, masih kekal berdiri di koridor itu.

Jungkook menghela nafas berat. Kenapa mereka terlalu degil?

"Aku kata, masuk kelas Sky. Se! ka! rang!" suara Jungkook meninggi membuatkan semua pelajar kelas Mantel berlari masuk ke dalam kelas Sky. Mujur sahaja mereka semua berlari laju.

Hanya tinggal Jungkook dan Minjung sahaja di koridor itu.

"Aku kata, masuk kelas Sky kan, kenapa degil sangat" ujar Jungkook kepada Minjung yang masih lagi belum berganjak.

"Kalau aku tak nak, juga, apa yang kau nak buat?" soal Minjung. Sengaja dia mencabar kesabaran Jeon Jungkook.

Jejaka kacak itu menghela nafas berat. Boleh kena darah tinggi kalau dengan Minjung.

Jungkook menundukkan badannya sedikit agar menyamai ketinggian Minjung yang mungkin tinggi gadis itu hanya 160 cm.

Jejaka itu mendekatkan wajahnya pada wajah Kim Minjung, sengaja dia melepaskan nafas berat ke muka Minjung agar gadis itu berasa gemuruh.

"Kau rasa, apa yang aku akan buat kepada seorang gadis yang degil?" soal Jungkook dengan nada perlahan bersertakan suaranya yang serak basah itu.

Lelaki itu mengukirkan senyuman senget yang nampak menakutkan tetapi menggoda pada yang sama.

"Oh ya, tiada orang lain dekat koridor ni. Hanya. Kita. Berdua" kata Jungkook. Makin rapat wajahnya dengan wajah milik Minjung.

Kim Minjung menelan air liurnya yang terasa lekat itu. Dengan menggunakan semua tenaga yang dia ada, gadis itu menolak Jungkook agar menjauhinya lalu dia terus berlari menuju ke kelas Sky.

Nasib baik Kim Minjung itu merupakan pelajari pecut wanita yang boleh tahan hebatnya.

Jungkook hanya memandang kearah gadis yang sedang berlari lintang-pukang menuju kearah kelas Sky.

Satu senyuman kemenangan terbit pada bibir Jeon Jungkook.

"Kan senang kalau kau masuk dalam kelas dari tadi. Tak perlu aku nak kena ugut kau sampai macam tu sekali" kata Jungkook perlahan sambil kakinya berjalan kearah kelasnya sendiri iaitu kelas Sky.

TBC

Lamanya tak updateee huehue, siapa masih ada??

Oh ya, cerita ni dan Encik anti-teknologi sama-sama dapat pembaca yang ramai. Jadi aku akan update salah satu je.

Jika kau nak cerita ni disambung, tunjukkan support kau. Supaya aku sambung. Kalau tak, aku sambung encik anti-teknologi jelah.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now