23 : Bikar

1.4K 318 263
                                    

140 votes + 120 votes 

"Minjung, benda ni tak sakit pun, aku cuma perlukan sel kau buat mitosis untuk cipta klon kau" kata saintis itu.

"Tak nak! jauhkan diri kau!" teriak Minjung.

"004 pegang dia" kata saintis itu kepada lelaki yang mempunyai wajah seperti Jeon Jungkook. Iya, itu klon Jeon Jungkook yang dihasilkan melalui proses mitosis sel Jungkook pada beberapa belas tahun yang lepas.

"Awak, saya tak nak cederakan awak, boleh tak kalau awak jangan banyak bergerak?" soalnya dengan nada yang lembut.

"Tak nak! tak nak! tak faham ke?" balas Minjung sambil menolak badan lelaki itu.

"Awak, tolonglah" pujuknya lagi. 

"004! paksa dia! jangan berlembut sangat!" marah saintis itu sambil tangannya sibuk mengambil peralatan untuk mengambil sel otak dan sel somatik milik Minjung.

Sel somatik-   sel badan

Lelaki yang digelar sebagai 004 itu tidak terus mendengar kata-kata saintis itu, dia masih lagi cuba memujuk Minjung dengan cara yang baik.

Jika anda tertanya-tanya mengapa saintis ini mengumpulkan sel-sel golden brain dan golden physical, kerana mereka ingin menggabungkan kesemua sel itu bersama menghasilkan manusia yang paling sempurna dari segi fizikal dan pengetahuan di dunia ini.

Manusia itu akan dikawal dan digunakan sebagai alat saintis-saintis ini untuk menguasai dunia. Bunyinya seperti masuk akal tetapi kejam. 

Klon yang terhasil daripada eksperimen itu tidak diminta untuk hidup, mereka dipaksa, bukan dengan rela hati.

"Hei!" satu suara garau datang daripada hujung bilik itu.

"Jungkook! Jaehyun!" jerit Minjung sebaik sahaja melihat Jungkook sudah memukul seorang lagi saintis sehingga pengsan.

"A-apa kau buat dengan Bongshik?!" soal saintis tadi sibuk menyiapkan peralatan untuk membedah Minjung.

"Oh, tak ada, cuma dia pengsan je" balas Jungkook bersama wajah yang sengaja dibuat seperti orang yang tidak bersalah.

"Macam mana kau masuk dalam ni?!" soal saintis itu lagi kerana makmal ini sudah dilengkapi dengan sistem keselamtan yang kukuh.

"Oh tu, saya yang buat, hyung" kata Jaehyun si pakar computer coding.

"004! musnahkan mereka!" arah saintis itu.

"Oh, ni ke klon aku yang Minjung kata sama hari tu" kata Jungkook kepada 004. 

Sejujurnya, dia terkejut dengan apa yang dilihatnya tetapi sudah pasti dia mengawal tingkah lakunya.

"Eh, samalah muka korang" kata Jaehyun sebaik sahaja melihat wajah 004.

"Mana ada, aku lagi kacak lah" kata Jungkook kepada Jaehyun.

004 yang tadinya sedang memegang tangan Minjung kini dia sudah berganjak menuju ke arah Jungkook dan Jaehyun yang berada dihujung sudut makmal itu. Agak jauh juga dari situ.

"Hei, Minjung, kau pelari kan? lari sekarang, Jaehyun dah buka semua pintu makmal ni" teriak Jungkook kepada Minjung yang membuatkan gadis itu terus berlari menjauhi saintis gila yang menghampirinya.

"Kau dengan Jaehyun macam mana?!" soal Minjung sebelum dia keluar daripada bilik pembedahan itu.

"Jangan risau, aku bijak dalam subjek kimia" balas Jungkook lalu menyuruh Minjung meneruskan lariannya.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now