8: Denda

2.6K 493 237
                                    

160 votes + 50 comments

"Baik kamu semua masuk ke kelas sekarang. Kalau tak saya denda kamu semua bersihkan satu sekolah" kata pengetua dengan nada yang sedikit tinggi bagi meredakan suasana bingit di dalam pejabatnya.

"Tapi pengetua.." Minjung masih berkata-kata.

"Saya tak nak sekelas dengan mereka" kata Jungkook.

PAP!!

Bunyi kuat itu datang daripada pengetua yang baru sahaja menepuk meja dengan kuat akibat serabut dengan dua orang pelajar itu.

☆☆☆☆

Chanyeol memandang ke arah beberapa buah tong sampah yang ada di koridor itu dengan pandangan kecewa.

"Aku dah lah baru datang sekolah hari ni, dah kena denda bersihkan kawasan sekolah" Park Chanyeol mula merungut.

Cha Eunwoo menepuk perlahan bahu milik sahabatnya lalu berkata

"Tabahlah, kawan. Hidup ni memang macam ni" ujar Eunwoo.

Kim Minjung POV💚

▪︎Minjung-ah, sampai bila kau nak lari dari masalah? pertandingan matematik yang pihak luar anjurkan tu, dah dekat weh▪︎

Kim Minjung mengeluh kecil sebaik sahaja selesai membaca mesej itu.

Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba sahaja Jeon Jungkook merampas telefon bimbit itu daripada tangan Minjung.

Sempat jejaka itu mengintai sedikit mesej yang terpapar pada skrin telefon itu sebelum ia tertutup sendiri dan memaparkan skrin hitam yang kosong.

"Oi, bagilah balik!" marah Minjung.

"Buat kerjalah, yang kau pergi main telefon tu dah kenapa?" balas Jungkook lalu dia menyimpan telefon bimbit milik Minjung ke dalam poket seluar sekolahnya.

Minjung menayangkan wajah tidak puas hati lalu dia mencapai batang penyapu untuk menyapu lantai di kawasan koridor tingkat dua itu.

Manakala Park Jimin dan Jung Jaehyun berada di laman sekolah. Daripada tadi mereka tidak berhenti menyapu daun-daun kering yang gugur itu.

"Haih, siap pun sapu" kata Jimin sambil melepaskan nafas lega.

Jung Jaehyun turut melepaskan nafas lega setelah kerjanya telah selesai.

Tiba-tiba sahaja angin yang kuat datang meniup semua daun-daun kering dan membuatkan daun itu kembali bersepah.

Terus Park Jimin membaling batang penyapu yang berada di tangannya itu ke lantai akibat geram.

Manakala Jaehyun hanya merenung ke arah daun-daun yang sudah berteraburan itu kerana masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku.

Son Chaeyoung dan Kim Jisoo pula berada di padang sekolah, mereka sedang sibuk mencabut rumput di sana.

☆☆☆☆

Setelah tiga puluh minit berlalu, pelajar-pelajar kelas Mantel dan Sky masih lagi meneruskan kerja mereka. Akan tetapi, mereka dikejutkan dengan dua bunyi bising.

"Kau, memang tak faham bahasa atau pekak?" Jeon Jungkook menyoal gadis itu.

"Aku tak nak buat. Tak naklah. Kau dah kenapa nak paksa-paksa aku?" balas Minjung.

"Chanyeol-ah, kalau ketua kelas lawan ketua kelas, apa jadi?" Eunwoo menyoal Chanyeol sambil menyedut sedikit air susu dari kotak susu yang dipegangnya. Dia ingin menghilangkan penat setelah mengangkat beberapa buah tong sampah tadi bersama Chanyeol.

"Entahlah weh, aku dah lah baru datang sekolah hari ni, dah kena hadap macam-macam, haih" balas Chanyeol sambil memicit kepalanya.

Eunwoo tergelak kecil kerana sikap rakannya itu.

"Ok, kalau kau tak nak buat. Aku tak akan bagi balik kau punya phone" Jungkook mengugut.

"Yah!" teriak Minjung.

"Baik kau sapu lantai tu sekarang" ujar Jungkook.

"Kau peganglah penyodok tu betul-betul! tu tugas kau!" balas Minjung.

"Iyalah, kau sapu lah cepat" ujar Jungkook pula.

Tanpa rela Minjung mula menyapu lantai di kawasan koridor sekolah itu dan Jeon Jungkook pula setia memegang penyodok.

Im Nayeon hanya memerhatikan dua orang ketua kelas itu daripada jauh.

"Kau tak rasa yang Jungkook dan Minjung tu nampak comel?" soal Nayeon kepada Taehyung yang sedang mengelap tingkap kelas itu.

Taehyung memandang ke arah dua orang manusia yang dimaksudkan oleh Nayeon itu.

Wajah Jungkook dan Minjung seperti orang yang sedang menahan marah. Nampak benar yang Minjung menyapu lantai oleh kerana dipaksa. Wajah Jungkook pula nampak sangat tidak ikhlas bertugas bersama Minjung.

"Tak, tak comel pun, hodoh je dua-dua tu" balas Taehyung lalu dia kembali mengelap tingkap.

"Eish, kau ni, selalu macam tu lah" kata Nayeon dengan tidak berpuas hati.

"Kau ni banyak sangat baca novel cinta. Baik kau sambung lap tingkap ni. Ni tak, dari tadi aku je yang lap. Kau sibuk membebel" ujar Taehyung tanda tidak puas hati kerana Nayeon daripada tadi tidak berhenti bercakap.

☆☆☆☆

Jungkook memandang ke arah pelajar-pelajar kelas Mantel yang tidak memberi tumpuan langsung semasa guru sedang mengajar.

Setelah waktu kelas sudah tamat, Jeon Jungkook terus berdiri dan mengetuai pelajar lain untuk menunduk hormat kepada Cikgu Sizuka.

Selepas Cikgu Sizuka melangkah keluar daripada kelas, Jungkook menjeling ke arah Minjung.

"Apa pandang-pandang?" ujar Minjung apabila Jeon Jungkook menjelingnya sedemikian.

"3 × 4" kata Jungkook secara tiba-tiba. Membuatkan seluruh kelas mengalihkan pandangan kepada mereka.

"12" balas Minjung tanpa berfikir.

"Huh, aku dah agak yang kau sebenarnya.." belum sempat Jungkook habis bercakap, Minjung memotong terlebih dahulu.

"3 × 4 tu semua orang tahu lah, lagipun kita dah di sekolah tinggi, tak akan lah sifir mudah tu tak hafal lagi?" balas Minjung.

Jungkook memberikan pandangan yang musykil.

Kim Minjung berdiri daripada kerusinya lalu dia berjalan melepasi Jungkook.

"36 × 17!" teriak Jungkook secara tiba-tiba.

"612" balas Minjung dengan sangat pantas membuatkan seluruh pelajar dalam kelas itu terkejut dengan kebolehan Minjung menjawab sifir nombor besar itu tanpa menggunakan kalkulator.

"Kita seri, kau tahu rahsia aku dan aku tahu rahsia kau, Kim Minjung"

TBC

Sila lah drop teori anda di sini!

Kalau betul, aku buat special tag untuk kau di chapter seterusnya😁❤

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now