14: Sejuk

2.5K 455 267
                                    

210 votes + 70 comments 


Jungkook memandang ke arah Minjung yang sedang menuruni anak tangga setelah dia menerima piala tempat pertama dan wang tunai daripada pertandingan itu.

Tanpa membuang masa, Minjung terus memberikan piala itu kepada Namjoon. Sudah tentu Namjoon yang perlu menyimpan piala itu, Minjung tidak akan membawa pulang piala kerana dia tidak mahu ibu bapanya tahu tentang ini.

"Macam biasa, kau simpan piala aku ambil duit" kata Minjung kepada Namjoon sambil tertawa.

Jeon Jungkook yang berdiri bersebelahan dengan Namjoon itu hanya memerhatikan mereka tanpa mengeluarkan kata-kata.

"Jungkook, jom balik sekolah, sekarang tengah rehat petang aku takut cikgu datang bilik kesihatan nak tengok keadaan kita" kata Minjung.

"Ok, kita balik sekarang" balas Jungkook lalu dia menyeluk poket seluar sekolahnya.

"Namjoon aku pergi dulu" kata Minjung sambil melambai ke arah lelaki itu. Manakala Jungkook terus berjalan meninggalkan Namjoon tanpa mengucapkan selamat tinggal.



☆☆☆☆

Mereka berdua berjalan menuju ke arah tempat duduk yang masih kosong di dalam bas itu. Oleh kerana sekarang waktu petang, jadi kebanyakkan tempat sudah penuh dengan pelajar sekolah lain yang tidak mempunyai kelas malam hari ini.

Minjung mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Jungkook yang merupakan tempat duduk kedua paling belakang.

"Terima kasih" kata Minjung kepada Jungkook.

"Untuk apa?" soal Jungkook dengan wajah dingin.

"Sebab bawa aku pergi pertandingan tu lah" balas Minjung.

"Oh" balas Jungkook.

"Oh je?" balas Minjung.

"Dah tu nak suruh aku buat apa?" soal Jungkook.

Minjung mengerutkan dahinya, mengapa lelaki ini kembali berperangai dingin? Bukan di sekolah pun sekarang ini.

"Jawab lah sama-sama" balas Minjung.

"sama-sama" balas Jungkook dengan nada yang langsung tidak tulus dari hati.

"Tch, sebenarnya kenapa kau beria sangat nak aku sertai pertandingan tu?" soal Minjung.

"Sebab.." balas Jungkook dengan nada yang lambat.

"sebab?" soal Minjung.

"sebab yang sebab lah" balas Jungkook.

"Ada juga orang mati sebab kena campak keluar dari bas hari ni" balas Minjung.

"Hahaha, tak lah, sebab aku tahu perasaan bila kita nak buat sesuatu yang tak nak ibu bapa kita tahu. Jadi, aku nak tolong kau. Itu je" balas Jungkook.

"Itu je?" soal Minjung kembali.

"Dah tu? kau ingat macam dalam cerita cliche ke? aku suka dekat kau lepas tu tolong kau? oh, tolonglah" balas Jungkook.

"Manalah tahukan?" balas Minjung.

"Kenapa? kau dah tersuka dekat aku?" soal Jungkook sambil merapatkan wajahnya dengan wajah gadis itu.

Apabila wajah mereka sedekat ini, barulah Minjung sedar yang Jungkook mempunyai parut di bahagian pipinya.

"Pipi kau ni kesan bergaduh dekat gelanggang tinju ke?" soal Minjung dengan rasa ingin tahu, sekali gus menukar topik perbualan.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now