16: Dua?

2K 404 313
                                    

180 votes + 80 comments

Semua pelajar hasil gabungan kelas Mantel dan Sky itu sedang berdiri di hadapan kelas sementara beg sekolah mereka sedang diselongkar oleh guru-guru bertugas.

Park Chanyeol merendahkan sedikit tubuhnya agar dapat menyamai paras telinga Cha Eunwoo.

"Kau ada bawa barang terlarang ke?" soal Chanyeol.

"Err, mi segera di kira sebagai bahan terlarang ke?" soal Eunwoo.

"Uishh, kenapa kau bawa mi segera?" soal Chanyeol.

"Aku takut kalau ada kelas malam nanti aku lapar, masa tu kafe sekolah dah tutup" balas Eunwoo.

Kim Minjung POV💚

Gadis itu hanya berdiri sambil menayangkan wajah bosan ke arah guru-guru yang sibuk menyelongkar beg mereka.

Memang sudah jadi rutin bulanan pihak sekolah untuk membuat pemeriksaan mengejut di setiap kelas.

Mata mereka semua tertumpu ke arah beberapa barangan yang diletakkan di atas meja guru kelas.

Terdapat beberapa peket kecil mi segera, pisau lipat yang tajam dan sepapan pil penahan sakit.

Apa yang membuatkan Minjung berasa pelik, mengapa cikgu merampas pil penahan sakit itu? Salah ke bawa penadol ke sekolah?

"Mi segera tak boleh dibawa dan tidak boleh makan dalam sekolah, pisau lipat dianggap sebagai senjata dan pil penahan sakit bawah 500 mg sahaja di benarkan. Lebih dari itu akan dirampas" kata cikgu disiplin itu, Cikgu Giant.

Semua hanya mendiamkan diri sahaja.

"Son Chaeyoung, Cha Eunwoo dan Jeon Jungkook kamu bertiga akan dikenakan markah demerit atas sebab membawa bahan larangan ke sekolah, dan barang-barang ni cikgu akan rampas" kata Cikgu Giant.

Mereka bertiga hanya mengangguk perlahan. Manakala sepasang mata Minjung ralit memerhatikan Jeon Jungkook.

Kenapa dia bawa pisau lipat ke sekolah?

☆☆☆☆

Keadaan kelas mula bertukar sunyi sebaik sahaja cikgu subjek biologi berjalan memasuki kelas mereka.

"Baiklah, hari ni kita semua akan belajar pasal mitosis dan meiosis" kata cikgu Dekisugi.

Mereka hanya mendiamkan diri sambil mengeluarkan buku teks subjek tersebut, manakala Park Chanyeol sudah tersengguk-sengguk menahan dirinya dari tertidur.

"Baiklah, apa yang kamu tahu tentang perbezaan mitosis dan meiosis ni?" soal cikgu.

"mitosis ni pembentukan sel yang berlaku dalam badan dan hanya libatkan sel dalam badan je , meiosis pula pembentukan sel yang melibatkan sel gamet" kata Jisoo.

"Betul, itu ringkasan yang bagus untuk bezakan antara dua tu. Jangan tertukar ya, mitosis melibatkan sel somatik, meiosis libatkan sel gamet jantan dan betina" balas Cikgu Dekisugi.

"Cikgu, kalau sel gamet jantan dengan jantan boleh ke?" soal Eunwoo.

"Tu gay lah! Macam mana nak dapat anak kalau macam tu" balas Park Jimin.

"Ohh hehe" Eunwoo tergelak kecil.

"Baiklah, hari ni kita akan fokus pada mitosis dulu" Cikgu Dekisugi mula mengecilkan subtopik yang akan dipelajari hari ini.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now