6: Lari

2.6K 509 236
                                    

120 votes + 45 comments

Kim Minjung memandang ke arah pelajar-pelajar kelas Sky yang sudah siap berpakaian lengkap dan sesuai untuk bersukan.

Kim Taehyung mengangguk sekali ke arah Minjung mengatakan yang trek larian 100 meter itu sudah di kosongkan.

"Baiklah, aku nak semua pelajar kelas Sky berlari 100 meter. Aku nak tengok korang boleh lari 100 meter dalam berapa saat" kata Minjung.

"100 meter? itu jarak yang jauh tahu tak?!" rungut Son Chaeyoung si gadis daripada kelas Sky itu.

"Jauh? Yah, apa kau fikir ada trek larian yang lari sepuluh meter sahaja? apa kau gila?" balas Taehyung yang berdiri sebelah Kim Minjung.

"Aku tak faham, kenapa kau perlu kira masa untuk berlari? lari jelah" giliran Park Jimin dari kelas Sky itu pula mempertikaikan mengapa mereka perlu berlari 100 m.

"Habis tu, kenapa kau perlu hafal tarikh-tarikh dalam buku teks sejarah padahal bila kau kerja nanti, bos kau tak akan tanya 'bilakah Hitler bertekad untuk membalas dendam dalam perang dunia kedua'. Jadi, kenapa kau perlu hafal tarikh-tarikh dalam buku teks sejarah?" balas Kim Minjung.

Soalan Park Jimin tadi, dibalas dengan soalan daripada Minjung.

Mereka semua terdiam buat seketika.

"Sebab itu konsep, kau perlu hafal tarikh bersejarah itu untuk dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan sijil keputusan tu kau perlukan untuk dapatkan kerja yang bagus" akhirnya Jungkook bersuara.

"Begitu juga dengan lari 100 meter, kau perlu catat masa terbaik kau supaya dapat masa terbaik untuk ditunjukkan kepada semua orang yang kau mampu lakukannya" balas Minjung.

"Baiklah, aku rasa kita semua patut mula berlari sekarang. Kalau nak berdebat tentang perkara ni, aku pasti, sampai esok tak akan habis" kata Kim Jisoo yang merupakan pelajar kelas Sky.

"Ok! semua sila ambil tempat masing-masing!" teriak Taehyung yang merupakan pelajar kelas Mantel itu.

"Tempat masin-masin tak ada?" soal Eunwoo dengan niat ingin bergurau dengan kawan sekelasnya itu.

"Sebelum aku jemur kau macam ikan masin, baik kau diam" balas Taehyung.

Jung Jaehyun tertawa kecil apabila mendengar perbualan itu. Jujurlah, kelas Mantel ni memang kelakar!

"Eh, anda yang ada lesung pipit tu, jangan nak gelak-gelak" tegur Nayeon yang merupakan sahabat kepada Minjung.

Terus Jaehyun berhenti ketawa. Aduhai, kantoi pula yang dia ketawa dengan lawak bodoh itu.

"Ke garisan!" Minjung memberi arahan.

"Sedia!"

"Mula!" teriak Minjung lalu semua pelajar kelas Sky itu mula berlari menuju ke arah garisan penamat.

Kim Taehyung selaku pelari marathon sekolah yang paling berjaya, sudah bersiap sedia menunggu di garisan penamat.

"Diorang ni, lari ke jogging?" soal Nayeon apabila melihat gaya pelajar-pelajar kelas Sky itu berlari.

"AHAHA! aku nak rakam ni, nak tunjuk pada Park Chanyeol!" ujar Eunwoo sambil mengeluarkan telefon bimbit miliknya.

"Minjung-shi, rekod terbaik kau berapa, saat?" soal Nayeon.

"11.35 saat" balas Minjung sambil matanya tidak lepas memandang ke arah Jeon Jungkook.

Badan lelaki itu tegap, tetapi mengapa dia berlari perlahan? atau sebenarnya dia berpura-pura berlari perlahan?

"Wah! laju nya!" balas Nayeon sambil menepuk-nepuk bahu milik Minjung.

"Nanti aku nak cuba buat rekod 11.00 saat pula" balas Minjung sambil tersenyum ke arah Nayeon.

BBAM!

Bunyi sekejur tubuh jatuh ke tanah. Bunyinya bergema kerana jatuh terlalu kuat di atas trek larian itu.

"Son Chaeyoung, Pengsan!" teriak Park Jimin.

Membuatkan Minjung dan Nayeon serta Eunwoo terus berlari menuju ke arah gadis itu.

☆☆☆☆

Mereka semua berkumpul di hadapan bilik kesihatan sekolah. Cikgu Suneo yang merupakan guru yang bertugas minggu ini sedang berbincang dengan jururawat sekolah itu tentang keadaan Chaeyoung di dalam bilik rawatan itu.

Manakala pelajar kelas Sky dan Mantel kekal berdiri di hadapan bilik rawatan itu.

"Ni semua salah kau" kata Jungkook kepada Minjung si ketua kelas Mantel.

"Kenapa aku pula?!" balas Minjung dengan nada yang tidak berpuas hati.

"Kalau kau tak paksa kitorang lari 100 meter tadi, tak akan jadi macam ni!" balas Jungkook pula.

"Sudahlah! bukan salah sesiapa. Ini kemalangan, bukannya kita semua dapat jangka apa yang berlaku" Jisoo menyampuk.

"Memang sikap kau begini ya, Jeon Jungkook? suka menyalahkan orang lain?" soal Minjung.

"Tak, aku bukan menyalahkan orang lain. Aku sedang menyelamatkan pelajar kelas aku supaya tak mendekati orang macam korang semua" kata Jungkook.

Tanpa membuang masa, tangan kanan Minjung laju ingin menumbuk wajah Jeon Jungkook.

Tetapi, Jeon Jungkook menahan tumbukkan itu menggunakan tapak tangan sebelah kanannya.

"Aku dah agak" ujar Minjung sambil tersenyum senget.

Kini semua orang memandang ke arah mereka berdua.

"Lama tak jumpa kau, Kookie" kata Minjung sambil matanya memandang tepat ke arah mata Jungkook.

TBC

Baiklah gais, share lah feedback tentang cerita ni. Aku tak naklah cerita ni jadi ke laut. Jadi, sila lah bagi komen tentang cerita ni setakat ini. Negative pun aku terima!

❤❤heyya! yang wattpadders tu boleh lah follow -lejeondary ni! masya Allah dia senpai terlajak berjaya tau ! follow la follow la❤❤

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now