1: Kedatangan

4.7K 730 340
                                    

50 votes + 25 comments

Cikgu Nobita berjalan masuk kedalam kelas Mantel.

Hanya seorang sahaja yang ada di dalam kelas itu.

"selamat pagi, cikgu" kata Park Chanyeol.

"Mana kawan-kawan kamu yang lain?" Cikgu Nobita menyoal sambil melihat senarai nama kelas itu.

Senarai nama pelajar kelas Mantel

1. Kim Minjung

2. Park Chanyeol

3. Kim Taehyung

4. Im Nayeon

5. Cha Eunwoo

"Taehyung ada latihan marathon, Nayeon ada pertandingan Gymnastics, Eunwoo pula ada pemilihan acara renang untuk mewakili negara dan Ketua kelas kita, Minjung, wakil sekolah bagi acara pecut 100 meter wanita" kata Chanyeol sambil tersenyum manis kearah cikgu.

"awak, tak mewakili apa-apa sukan?" Cikgu menyoal Chanyeol.

"lusa saya tak akan ada di sekolah sampailah minggu depan, sebab saya ada acara lompat tinggi dan lompat jauh" ujar Chanyeol. Masih lagi senyuman manis dikekalkan pada bibirnya.

Kim Minjung POV💚

"ke garisan!" teriak pengadil acara itu.

Minjung berada diposisinya dengan wajahnya yang amat tenang.

"sedia!" teriak pengadil itu lagi.

Semua peserta mengangkat punggung mereka bagi mendapatkan posisi bersedia untuk berlari.

"mula!" teriak pengadil itu.

Para peserta mula berlari dengan sepenuh hati mereka untuk sampai ke garisan penamat itu.

Pada mulanya Minjung ketinggalan dibelakang, akhirnya dia mencapai titik semangat dan dia mara kehadapan lalu memotong semua peserta yang lain.

Itu dia! Kim Minjung berjaya memiliki tempat pertama.

Jeon Jungkook POV💚

"Hari ni semua hadir ke?" Cikgu Sizuka menyoal murid kelas Sky itu.

"semua hadir" balas Jeon Jungkook selaku ketua kelas Sky itu.

Senarai nama pelajar kelas Sky

1. Jeon Jungkook

2. Park Jimin

3. Kim Jisoo

4. Son Chaeyoung

5. Jung Jaehyun

"baiklah, kalau semua datang. Kita boleh teruskan dengan pelajaran tajuk seterusnya" kata Cikgu Sizuka.

"Cikgu, semalam cikgu kata nak bincang jawapan kerja sekolah" kata Park Jimin.

"Oh ya! Cikgu yang soalan nombor 6 tu. Saya dapat 4π tapi Chaeyoung dapat 8π" kata Jaehyun pula.

"aku dah cakapkan, 8π tu kau kena bahagi dengan 2 baru dapat 4π" kata Chaeyoung.

"kenapa kena bahagi dengan 2 pula? Bukan ke jawapan dia 8π" kata gadis yang menawan itu, Kim Jisoo.

"Ketua kelas, kau dapat berapa?" akhirnya Jaehyun menyoal Jeon Jungkook.

"2π" ringkas sahaja Jungkook menjawab.

"lagi rare jawapan dia" ujar Jimin sambil mengerutkan dahinya.

"jawapannya, 2π" akhirnya cikgu Sizuka memberitahu jawapan sebenar.

"M-macam mana dapat 2π?" Jaehyun amat terkejut.

"Ketua kelas, nak jelaskan?" Cikgu mempelawa Jungkook untuk bersuara.

Lantas lelaki itu berdiri dan berjalan menghampiri papan putih.

Marker pen biru diambil oleh Jungkook lalu dia mula menulis jalan kerja dihadapan.

"memang tak dinafikan, jawapan 4π tu betul. Tapi, kalau semua perasan, dalam pernyataan masalah tu sudah nyatakan diameter, bermaksud jejari bulatan itu perlu dibahagi dengan dua" kata Jungkook.

"jadi, kesalahan yang biasa orang buat ialah, mereka terus mengira tanpa membahagi dengan 2 dan akan dapat jawapan yang salah" terang Jungkook lagi.

Semuanya mengangguk faham. Disebabkan soalan penyelesaian masalah itu terlalu panjang dan ayatnya terlalu berbelit membuatkan mereka semua tidak perasan tentang itu. Itulah namanya, soalan  high quality standard.

☆☆☆☆

Pengetua sekolah itu dibanjiri oleh wartawan dan juga lampu-lampu kamera.

"Encik, Ivy High School menerima kutukan daripada pihak atasan kerana sekolah ini mempunyai 2 buah kelas yang tidak stabil" kata salah seorang daripada wartawan itu.

Ivy High school mempunyai 6 buah kelas. Kelas kedua sehingga kelas kelima, merupakan kelas yang normal.

Kecuali kelas Sky dan juga Mantel. Kelas yang mengasingkan pelajar pandai akademik dan bersukan. Padahal, jumlah bagi kedua-dua kelas itu cuma 10 orang. Keseluruhan pelajar sekolah itu adalah 300 orang.

Apa yang menjadi perhatian pihak media ialah, sekolah ini merupakan sekolah yang banyak melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti. Jadi, sekolah ini menjadi pilihan ibu bapa yang berkemampuan untuk menghantar anak mereka.

"Jadi, apakah tindakan encik yang seterusnya?" wartawan itu menyoal lagi.

Pengetua sudah hampir serabut kepala dengan orang ramai bercakap tidak henti-henti ini.

"Saya akan satukan kedua-dua buah kelas ini dan mereka akan saling membantu" kata pengetua.

Semua wartawan terus mendekati pengetua bagi menanyakan dengan lebih lanjut.

Maka, semuanya baru sahaja bermula.

TBC

Halo! Cerita agak.. pelik dan mengarut. Aku harap ada yang support cerita ngarut ni hehe.

Kalau kurang sambutan, aku nak delete tau!






Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now