26: Karnival

1.4K 309 235
                                    

110 votes + 120 comments

Jeon Jungkook dan Jung Jaehyun bersama-sama memasang banner gerai kelas mereka.

"Weh, aku terlupa nak ambil tali! letak lah kejap, aku nak ambil tali dekat dalam kotak" kata Jaehyun kepada ketua kelasnya.

"Aku boleh pegang, pergi ambil cepat" balas Jungkook.

"Weh, benda ni berat gila, jatuh kau nanti" kata Jaehyun.

"Aku kata aku boleh pegang, boleh la, turun cepat ambil tali dalam kotak tu" arahnya.

Perlahan-lahan Jaehyun melepaskan banner yang besar itu. Pelik betul dibuatnya apabila banner itu tidak terjatuh.

"Ha, kan aku dah cakap, aku boleh pegang. Pergi ambil cepat"

Kata-kata Jungkook itu membuatkan Jaehyun cepat-cepat menuruni tangga yang dipanjatnya tadi.

Jung Jaehyun mengambil beberapa urat tali sebelum memanjat kembali tangga itu.

Jungkook kekal memegang banner itu sementara Jaehyun mengikatnya menggunakan tali rafia.

"Kau, memang nampak sangat ada ciri-ciri golden physical" kata Jaehyun kepada Jungkook walaupun dia tidak tahu mengapa Jungkook terlibat dengan eksperimen itu.

"Tch, diamlah" balas Jungkook yang membuatkan Jaehyun tersenyun sinis. Bukannya dia tidak kenal personaliti ketua kelasnya yang tidak suka bergaul dengan pelajar lain.

"Oh ya Jaehyun" Jungkook mula berbicara membuatkan Jaehyun kembali menumpukan pandangannya kepada Jungkook.

"Apa?" soal Jaehyun.

"Kau nampak maskot arnab tu?" soal Jungkook kepada Jaehyun.

Jaehyun mengangguk perlahan.

"004 dalam tu, nanti kau tolong tengok-tengok kan dia. Takut budak lain perasan pulak ada 2 Jeon Jungkook yang kacak" kata Jungkook.

"Aku dah kata muka korang berdua sama" balas Jaehyun.

"Tak lah, aku lebih kacak" kata Jungkook.

"Wah! cantiknya banner gerai kita!" suara Eunwoo yang datang dari arah jauh.

Itu dia, Cha Eunwoo dan Park Chanyeol sudah datang ke sekolah!

"Ni mak aku sediakan gimbap untuk kita semua sarapan" kata Chanyeol sambil mengangkat bekas biru yang berada di tangannya.

"Tu maskot kita ke? Comelnya!" suara Eunwoo teruja sebaik sahaja melihat maskot arnab itu.

"Haah, tu kita punya" balas Jaehyun.

"Tapi siapa dekat dalam tu?" soal Chanyeol.

Cha Eunwoo berlari mendekati maskot arnab itu lalu dia mengetuk-ngetuk kepala maskot arnab itu.

"Hello, ni siapa dekat dalam ni?" soal Eunwoo.

Laju sahaja tangan Jeon Jungkook menepis tangan Eunwoo agar menjauhi maskot itu.

"Sepupu aku" balas Jungkook.

"O-oh, maaf" balas Eunwoo. Takut benar apabila wajah Jeon Jungkook yang tiada riak wajah itu mendekatinya.

"Sepupu Jungkook tu pemalu sikit, tu yang kalau boleh jangan lah cakap sangat dengan dia" Jung Jaehyun cuba untuk menamatkan keadaan tegang ini.

Park Chanyeol hanya melihat tiga orang itu sambil memeluk bekal makanannya yang berisi gimbap.

"Ada sesiapa nak makan gimbap?" soal Chanyeol.

☆☆☆☆

Minjung dan Jisoo menyusun bunga-bunga ros itu di tepi kaunter. Sementara Chaeyoung dan Taehyung menyusun kad-kad ucapan di dalam bekas.

Manakala Eunwoo, Chanyeol dan Jaehyun sedang mengedarkan risalah gerai mereka bersama-sama dengan maskot arnab itu.

Park Jimin dan Jungkook pula sedang mengira peratus minimum gerai mereka. Takut-takut mereka tersalah meletakkan harga setiap 15 minit. Nanti kerugian pula yang mereka dapat.

"0.15% daripada 15000-- oh tuhan! aku tertinggal kalkulator dekat atas meja belajar aku" kata Jimin.

"Tak apa, kita kan ada phone ,guna jelah kalkulator dalam tu" kata Jaehyun.

"2,250" kata Minjung sambil tangannya masih sibuk menyusun bunga ros.

"Apa?" Jimin terkejut apabila mendengar Minjung menyebut digit nombor itu.

"2250" sekali lagi Minjung menyebutnya dan ketika itu baru dia sedar yang dia tidak sepatutnya menyebut jawapan itu.

Sekarang ini seluruh manusia yang bertugas di khemah itu sedang melihat ke arah Minjung.

"A-aku agak je" balas gadis itu.

Jimin mengambil telefon bimbitnya lalu menekan nombor itu di kalkulator. Bebola matanya hampir terkeluar apabila melihat jawapan yang keluar sama seperti Minjung kata kan tadi.

"Kau tertinggal kalkulator kan tadi? teman aku naik kelas, aku ada kalkulator bawah meja" kata Jungkook dengan nada suara mendatar kepada Jimin.

Sudah tentu jejaka itu ingin mengubah topik perbualan mereka.

Suasana berubah sunyi sebaik sahaja Jungkook menarik kolar baju Jimin menuju ke arah bangunan kelas mereka.

Selama beberapa minit berlalu, mereka semua hanya meneruskan kerja masing-masing.

"Wah, kelas ni buat dating service lah" suara menjengkelkan itu datang daripada salah seorang pelajar kelas Biosfera.

"Ala-ala macam pelacur ke?" soal rakannya.

"Tak pandai membaca eh?" soal Chaeyoung sambil jarinya dihalakan ke arah papan tanda syarat-syarat yang mereka telah tetapkan.

"Tapi konsep gerai korang ni, masih sama macam pelacur kan?" balas pelajar lelaki kelas Biosfera itu.

"Habis bercakap dah?" suara garau milik Jungkook menyampuk perbualan mereka.

Ketiga-tiga pelajar kelas Biosfera tadi saling bertolak-tolak sesama mereka kerana ingin berganjak daripada situ.

"Aku tanya, dah habis bercakap ke?" soal Jungkook lagi.

Park Jimin yang baru tiba disitu bersama Jungkook tadi hanya memberikan senyuman mengejek kepada pelajar kelas Biosfera yang mula takut apabila melihat wajah Jungkook.

Cakap sahaja, siapa yang tidak takut dengan riak wajah kosong Jeon Jungkook. Jelingan maut seolah-olah dapat menembusi kepingan plumbum itu membuatkan semua pelajar gerun dengannya.

Dan kerana itu jugalah cikgu sentiasa mempercayai kata-katanya. Kerana sifatnya sebegitu membuatkan dia mudah mendapat kepercayaan cikgu.

Perlahan-lahan ketiga-tiga pelajar kelas Biosfera itu menjauhi gerai mereka.

Jeon Jungkook mengeluh kasar sebelum dia berpaling menghadap Minjung.

"Minjung, kau bertugas jaga kaunter saja"

TBC

Lihatlah, lihatlah, cerita ini semakin cliche. Sakit kepala seya.

Golden Brain vs Golden PhysicalWhere stories live. Discover now