8 | SAVING THE ROSE

36.7K 1.6K 69
                                    

TIDAK mampu menentang arahan Hayden, Mawar terpaksa menarik picu kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIDAK mampu menentang arahan Hayden, Mawar terpaksa menarik picu kereta. Keluar dari kereta dengan perasaan redha. Beransur-ansur kereta Hayden pergi ditelan amarah hujan yang lebat.

Mawar melangkah setapak demi setapak. Bergegar kepala lututnya menahan kesejukan yang menyelimuti badan.

Mawar buntu. Tidak tahu hendak ke mana. Telefon juga kehabisan bateri. Ah, mati saja kalau macam ni! Mahu tak mahu, Mawar gagahkan diri untuk meninggalkan kawasan gelap tersebut.

Mawar berlari anak menuju ke depan. Di depan sudah kelihatan satu stesen bas tapi agak lengang. Bagi Mawar, walaupun lengang asalkan tidak gelap dan selamat.

"MANA Mawar? Kenapa tak ikut sama?"Sergahan daripada Datuk Raja Haidar menyebabkan kaki Hayden tersekat pada anak tangga yang pertama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MANA Mawar? Kenapa tak ikut sama?"Sergahan daripada Datuk Raja Haidar menyebabkan kaki Hayden tersekat pada anak tangga yang pertama. Hayden palingkan tubuh dengan malas.

"Aku tak tau."Tukas Hayden selamba badak. Selesai saja bertengkar dengan Mawar di tengah-tengah jalan, balik rumah pula kena serang dengan Datuk Raja Haidar.

"Takkan dia tak ikut kau kut. Hera cakap kau pergi balai polis uruskan hal Mawar dengan Kamarul bedebah tu. Kenapa tak bawa dia balik?"

Letih ingin bertelagah, Hayden atur langkahnya semula. Anak tangga dipanjat tanpa mempedulikan panggilan tidak puas hati Datuk Raja Haidar.

"Kenapa ni?"Hansen yang tiba-tiba bertembung dengan Hayden di anak tangga menyibuk dengan muka berkerut seribu. Mencelah di tengah kekecohan suasana.

Datuk Raja Haidar cekak pinggang. "Macam mana lah korang ni nak hidup suami isteri. Kau tu suami, Hayden. Kau patut beri perlindungan dekat Mawar! Tak ada sebabnya kau beria-ia nak kahwin dengan dia kalau kau terpaksa dengan semua ni!"

"Kenapa ni papa? Kenapa dengan Mawar?"Hansen laju menuruni tangga.

"Ah, kau tanyalah sendiri abang kau tu. Papa memang tak faham dengan abang kau tu."Datuk Raja Haidar labuhkan punggung semula pada sofa. Dada diurut sekali.

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now