3 | I AM THE COURT

44.5K 2K 78
                                    

"ZYAD, terima kasih sebab dah belanja saya lunch

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ZYAD, terima kasih sebab dah belanja saya lunch." Mawar lemparkan senyuman kepada Zyad, iaitu pengurus besar di dalam Human Resources Department Al-Khaleed Holdings.

Zyad balas senyuman Mawar.

"Tak apa. Sekali sekala. Lagipun awak staff baru tak salah nak beramah mesra."

Mawar suap chicken chop carbonara ke dalam mulut. Dalam dada sempat bersyukur kerana diberi rezeki hari ini dapatlah dia menyimpan belanja untuk hari seterusnya.

Zyad pandang sekilas wajah Mawar.

"Awak okay ke dengan skop kerja? Delina ada ajar awak? Ada marah-marah awak?"

Mawar senyum nipis.

"Kalau kena marah tu, saya dah biasa di tempat kerja lama. Biasalah kan, kita baru belajar. Lagipun saya baru masuk kerja hari ini. Setiap syarikat tak sama cara pengurusannya kan?" Jawab Mawar.

"Yup,exactly."Zyad angguk kepala. Tidak fokus pula dia saat berdepan dengan perempuan seperti Mawar. Hati lelaki bergetar setiap saat mata mereka bertembung.

"Saya dengar awak ada pengalaman bekerja dua tahun dalam bidang ni. Kenapa berhenti di tempat kerja lama?"

Mawar sengih kecil.

"Saya ada masalah peribadi. Ayah saya masih terlantar di ICU. Koma dah nak dekat setahun selepas syarikat papa muflis dua tahun yang lepas. Kakak saya juga meninggalkan kami."

"Kenapa? Sakit ke?"

"Tak. Er, ya. Sakit."Tipu Mawar.

Kelihatan Zyad mengangguk sambil mengunyah makanan dengan perlahan.

"I—I'm sorry. Takziah. Sekarang ni tinggal dengan siapa? Mak ke?"

"Mak saya dah meninggal lima tahun yang lepas. Barah payudara."Mawar kuis makanan di atas pinggan.

Kunyahan Zyad terhenti. Wajah Mawar yang sedang menunduk diperhati. Setiap kali dia menikam muka itu, setiap kali itu muka Mawar memerah.

Pancaran kuning keemasan pada jari manis Mawar dijeling dengan mata. Cincin yang cantik. Tapi cincin apa?

"I never thought you were married. Nice ring. It suits on you."Puji Zyad dengan senyuman kelat.

Mendengar teguran Zyad, Mawar segera menarik tangannya ke bawah meja.

"Oh, sa— saya dah berkahwin, Encik Zyad. Terima kasih."

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now