48 | PRE-MATURE ANGEL

36.6K 2.1K 335
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


PITA SUARA yang kedengaran biasa di luar kamar tiba-tiba jadi tegang dan sedikit keruh. Kewujudan Hayden yang tidak disangka mengunjungi Bayu Luxury Apartment mengejutkan hati James yang sedang bergelut dengan perasaan sendiri setelah Mawar tidak memberi apa-apa respon sebaik masuk ke dalam bilik mandi kira-kira sepuluh minit sebelumnya. Dan,  apa yang lebih memeranjatkan air yang banyak tiba-tiba keluar dari kamar tidur sehingga membanjiri ruang tamu.

"Tuan—"

"Sumpah, dia kunci pintu. Aku tengok dia masuk bilik air. Dah sepuluh minit dia tak jawab panggilan aku."

"Damn it, James! You should to watch her properly!"Jerkah lelaki itu. Tidak buang masa, Hayden terus berlari menuju pintu kamar setelah penjelasan serius tersebut keluar dari bibir James. Pucat lesi muka James. Kaku di tempat yang sama, mengusap wajahnya dengan tapak tangan.

"Mawar, buka pintu ni!"Laung Hayden kuat di depan pintu. Sementara tangannya gasak memulas tombol pintu yang rapi terkunci. Sial, apa kau dah buat ni Mawar?

"Mawar, answer me. Open the door fasterly. Please, honey!"Hayden mundar-mandir terlebih dulu bagi mencari alat untuk memukul tombol pintu tapi tidak berhasil sehingga lelaki itu mengambil keputusan untuk menerajang kasar pintu kamar tersebut. Bakk! Bakkk! Sekali tendangan saja, akhirnya pintu kayu itu jatuh menyembah lantai marmar.

Hayden kaku beberapa saat di depan pintu kamar yang rongak. Deruan air yang deras datangnya dari arah bilik mandi mencuri tumpuan. Kakinya terus meredah lantai kamar yang banjir sehingga dapat disepak-sepak airnya.

"Mawar?"Pintu bilik air diselak kasar. Melilau kepala Hayden mencari diri Mawar tapi bilik air kelihatan agak sunyi dan kosong. Tab mandi segera dihampiri.

"Allah!"Hayden terkejut besar. Remuk redam tangkai hatinya melihat keadaan Mawar yang hampir membiru lemas di dalam takungan air. Cepat dan tangkas tangan Hayden menangkap tubuh genit itu keluar tab mandi.

"Mawar, breath Mawar!" Belakang kepala Mawar dipanggung pada bucu tab mandi. Sementara, jari-jemarinya deras mencari keberadaan nadi Mawar pada leher. Nasib masih menyebelahi Hayden, nadi Mawar masih berdetak tapi sangat lemah dan perlu dikejarkan segera ke hospital.

"Mawar—"

"Mawar, tolong Mawar..."

"Mawar...."

"Hey...."Hayden panik. Sedar tidak sedar, air mata lelakinya pecah dari pelupuk mata. Tidak dapat membayangkan jikalau Mawar akan terus begini. Akan terus keras dan tidak mendengar lagi sebarang panggilannya.

"Mawar, buka mata kau. Hey, it's me. I'm here. It's me, sayang."Hayden tak putus asa. Berharap Mawar akan sedar selepas dia memberi bantuan pernafasan sikit-sikit. Puas dia cuba menyedarkan Mawar dengan memberi tepukan pada pipi dan belakang tapi tetap tiada sebarang respon yang positif. Mawar benar-benar sudah kaku dan bisu.

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now