31 | PENANGAN SI DAJJAL

34.9K 1.7K 172
                                    

"SAYA tak ada apa-apa hubungan pun dengan Hades! Kalau saya buka mulut tentang perkara ni, nama awak akan jadi tak ada apa-apa dalam Organisasi Gambino! It will be nothing!"Pelbagai penegasan Mawar katakan kepada Hayden yang sedang kerasukan setan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SAYA tak ada apa-apa hubungan pun dengan Hades! Kalau saya buka mulut tentang perkara ni, nama awak akan jadi tak ada apa-apa dalam Organisasi Gambino! It will be nothing!"Pelbagai penegasan Mawar katakan kepada Hayden yang sedang kerasukan setan.

"Awak tanya Hades sendiri kalau awak kebenaran yang benar. Tapi, awak jangan terkejut kalau takdir tak pernah memihak pada awak! Pity you!"Mawar hilang kawalan. Terhina Hayden tanpa sedar.

"Kau hina aku?"Hayden tolak tubuh Mawar ke arah sofa.

"Saya tak hina awak, Encik Hayden. Kalau awak teruskan sikap angkuh dan besar kepala awak ni, awak tak sedar yang awak akan jatuh tak lama lagi!"

"Aku memang tak akan silap. Kau mesti ada sesuatu dengan Hades." Hayden kancing gigi rapat.

"Saya cuma hanya mampu bagi bayangan dengan awak. Zaman keangkuhan awak akan berakhir tak lama lagi!"

Hayden menyirap benar. Bukan ini yang dia mahukan daripada Mawar. Bukan layanan seperti ini yang dia dambakan daripada Mawar, tapi secebis kejujuran dan kenyataan yang Mawar sedang rahsiakan.

"Kau akan dapat habuan kau hari ni!"Hayden tak kira. Mawar semakin tidak berdisplin.

"Hayden—"

"Hayden, tak nak! Lepas!"Mawar tetap melawan. Muka Hayden hampir terbenam dalam lehernya ditampar-tampar. Mawar jijik bila bibir lelaki itu semakin kuat menghisap leher jinjangnya.

"Hayden, please!"

"Hayden, lepas! Saya akan buka mulut! Saya janji! Lepas! Dyana!"Mawar lemas dalam rangkulan dan gomolan buas Hayden. Prak! Hujung bajunya koyak direntap oleh tangan Hayden.

"Hayden? What's happen in there?" Suara garau Datuk Raja Haidar menghentikan Hayden. Tok! Tok! Pintu bilik kerja kedengaran diketuk dalam tekanan yang sedikit kasar.

"Hayden?"

"Hayden, open the door."Tegas Datuk Raja Haidar.

"Hayden—"Mawar merintih tidak bermaya. Peluh memercik seluruh kening. Lelah menentang kudrat jantan Hayden. Esakan yang sengaja dikawal meledak sedikit demi sedikit.

"Hei, Hayden! Kau dengar tak ni? Papa nak kau buka pintu ni dulu! Kau pekak ke? Nak papa terajang pintu kau ni?"Nod Datuk Raja Haidar semakin besar.

Rahang diketap dan baju Mawar dilepaskan dengan kasar. Pipi Mawar ditangkap.

"Kau dengar sini. Kali ni, aku lepaskan kau. Kau beruntung sebab Salmonacreeks tak ada bilik kebal. Semua orang boleh dengar suara kau berteriak macam khinzir kena sembelih. Aku masih ada urusan dengan kau lepas ni. Kau ingat tu."

"Kau blah. Jangan tunjukkan muka kau depan aku hari ni!"Bisik Hayden penuh amaran. Tubuh Mawar ditolak ke arah pintu utama bilik kerja.

"Hayden!"Bam! Bam! Datuk Raja Haidar sudah galak memukul pintu bilik kerja Hayden.

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now