2 | THE INNOCENT DEFENDANT

56.9K 2.2K 83
                                    

MAKAN malam mereka dihidangkan dengan menu Perancis seperti Chicken Basquise, Soup Yuzu Kosho , Salmon rilettes dan sebagainya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MAKAN malam mereka dihidangkan dengan menu Perancis seperti Chicken Basquise, Soup Yuzu Kosho , Salmon rilettes dan sebagainya. Tapi, sesedap makanan yang terhidang depan mata Mawar tetap tak berselera.

"Jadi, Hayden. Apa plan kau lepas ni? Tinggal di Villa ni atau tinggal berasingan dengan papa dan mama?"Datuk Raja Haidar pandang Hayden lama.

"Hayden rasa Hayden nak tinggal sini dulu sebulan atau dua bulan macam tu. Hayden masih rasa tak selesa balik ke Penthouse."Hayden suap daging ke dalam mulut sementara ekor matanya menjeling tingkah Mawar yang asyik menguis makanan di dalam pinggan. Menunduk muka ke bawah.

"Kalau macam tu, bolehlah Mawar ikut ke kau balik ke France. Tak ada orang tengokkan Pepere (Datuk)  Yoshua dan Memere (Nenek) Ratu Kalsom kau di Château de Vollini"

"Aku rasa aku nak berehat dulu." Sangkal Hayden. Bukannya dia tidak mahu menolong atuk dan neneknya menguruskan kebun anggur mereka di Alsace, iaitu sebuah ladang anggur yang mengeluarkan 15 juta botol wain anggur dalam sebulan tapi kekangan masa membatasi segalanya.

"Abang, tak bolehkah Hayden tinggal di Villa dan Mawar tinggal dengan keluarga dia? Lagipun, Hera dan Hansen juga tinggal sini bawa suami dan anak mereka." Datin Medina menyampuk.

Dalam hati, Datin Medina rasa menyampah dengan setiap keputusan yang dicetuskan oleh suaminya. Sebulan yang lepas , Hayden diistiharkan sebagai waris tunggal Gambino Co.Groups dan bakal mewarisi perkilangan mega wain di Perancis. Manakala nasib anak kandungnya, Hera dan Hansen telah diketepikan oleh keturunan Gambino.

Tidak adil!

"Apa salahnya, Medina? Hayden anak aku juga. Tak salah dia bawa isteri dia tinggal sini."Ucap Datuk Raja Haidar.

Mawar tarik nafas. Garfu diletakkan atas pinggan.

"Saya rasa, saya lebih selesa menumpang di rumah kawan saya."

Datuk Raja Haidar mengeluh.

"Look, Medina. Pavillion sekarang ni tengah ranap. Datuk Omar terlantar dekat ICU. Rumah, kereta dan semua aset yang mereka ada sekarang ni tak lama lagi akan disita!"

"Saya tak kisah. Apa saya kisah? Saya tak ada kena mengena dengan arwah Datin Mastura dan Datuk Omar. Hak anak saya di ketepikan oleh Gambino. Satu sen pun tak ada di tinggalkan untuk Hera dan Hansen!"Wanita likungan umur 50-an itu menempik keras di depan rezeki mereka.

Datuk Raja Haidar ketawa kecil.

"Kalau lapar, jangan ketara sangat Medina. Nanti orang tengok kita ni gelojoh sangat. Cuba cover sikit lapar tu. Hansen dengan Hera ada darah Gambino ke? Takde!"Tegur Datuk Raja Haidar.

"Sebab mereka anak tiri awak?"

"Aku tak pernah letak tepi nama mereka untuk makan aset Gambino tapi mereka berdua tu tak ada nama dalam wasiat."

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now