20 | 365 DAYS IN COURT

39.8K 1.8K 126
                                    

YA ALLAH, pada jadi pada aku pada hari-hari akan datang? Adakah aku akan terus bertahan terkurung di dalam sangkar ini? Adakah aku akan terus hidup menjalani kesukaran ini? Sesungguhnya aku tidak kuat, Ya Allah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

YA ALLAH, pada jadi pada aku pada hari-hari akan datang? Adakah aku akan terus bertahan terkurung di dalam sangkar ini? Adakah aku akan terus hidup menjalani kesukaran ini? Sesungguhnya aku tidak kuat, Ya Allah.

Bilik Apartment yang berkonsepkan sea views itu sama sekali tidak menarik perhatian Mawar walaupun pemandangan yang terlihat dari balkoni mempamerkan sejumlah ketenangan. Air laut kelihatan berbalam-balam disinari cahaya matahari yang tengah terbenam. Mawar tidak pernah tahu Hayden mempunyai apartment seluas ini. Sambil mundar-mandir di depan katil, Mawar berfikir pelbagai cara untuk melarikan diri. Selama tiga hari terkurung dalam rumah ini, Mawar sukar tidur malam, emosi tidak stabil dan badannya kadang-kadang menggigil diserang anxiety attack.

Jam pada dinding diteliti. Selalunya, Hayden datang menjenguk di sebelah petang tapi Mawar berharap kali ini Hayden tidak akan mengunjungi. Lebih afdal bagi Mawar. Kehadiran Hayden disini selalu mencetuskan tekanan pada dirinya.

Tubuh dilentang pada badan tilam. Kosong jiwanya seperti kosongnya siling putih yang sedang terlayar pada pacaindera mata. Sunyi. Hening. Syahdu. Bak terperangkap di dalam sebuah pulau terpencil. Jika begini saban hari, Mawar lebih rela mati. Ini lebih sakit dari menjalani hukuman dalam penjara. Tiga hari yang menyeksakan. Tak ada internet, tak ada Instagram, tak ada Facebook, tak ada Tiktok, tak ada Netflix, tak ada Wattpad....

Belum habis rungutan di dalam hati, telinga Mawar disajikan dengan bunyi pintu utama ditutup agak berdentum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Belum habis rungutan di dalam hati, telinga Mawar disajikan dengan bunyi pintu utama ditutup agak berdentum. Hayden! Gopoh-gapah Mawar menarik selimut dan berpura-pura sedang dibuai lena. Derapan bunyi kasut Hayden kedengaran mulai menapak ke dalam kamar tidur. Perlahan dan selamba.

Deruan nafas hangat Hayden tiba-tiba merayap pada pipinya. Ya, sangat dekat sehingga Mawar sukar menarik nafas. Wangian maskulin Safari Ralph Lauren bercampur dengan bau badan lelaki itu semakin menerobos ke dalam pangkal hidung. Membuatkan aura pelik menerjah tidak diundang. Bergetar hebat jantung Mawar. Automatik Mawar selak kelopak mata ekoran tidak tahan dengan tingkah laku Hayden yang agak aneh.

"Hayden?"Mawar mendecit ke tepi sedikit menjauhi muka Hayden yang amat dekat tidak kurang seinchi dengan mukanya.

Hayden lepas segumpal keluhan bosan. Lalu, tubuhnya yang sedang menindih tubuh Mawar terus dilarikan. Tangan diseluk ke dalam belakang seluar ripped jeans. Mengeluarkan sepucuk pistol hitam legam. Ktak! Beberapa peluru di dalam poket jaket NASA dikunci ke dalam pistol.

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now