59 | I CAN'T FEEL ANYTHING

27.2K 1.5K 168
                                    

PUKUL 3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PUKUL 3.15 PAGI, keadaan masih terkesan dengan kematian Zarra. Hayden dan ahli keluarganya yang lain sedang rancak berbincang dengan seorang doktor dan seorang ustaz bagaimana untuk menguruskan jenazah Zarra kelak. Sementara itu, Mawar memilih untuk memencilkan diri. Trauma dengan apa yang telah terjadi.

"I'm waiting for the post-morterm result. Medina syak ada sesuatu yang pelik dalam kes budak ni."Kata Datin Medina, siap menjeling tajam pada Mawar lalu bergegas meninggalkan Datuk Raja Haidar dan Hayden bersama Doktor Izhar.

"Shut your fucking mouth."Hayden yang sempat menangkap ayat Datin Medina segera membalas. Memang tak ada kerja lain nak main syak-syak orang.

"Hayden..."Tegur Datuk Raja Haidar.

"I'm leaving. Call Hayden kalau ada apa-apa." Pinta Hayden dan kembali berputar menjauhi Datuk Raja Haidar dan Doktor Izhar setelah menyedari bayangan Mawar tidak ada lagi menghiasi pandangan mata.

Hayden kejar tubuh Mawar yang bergegas masuk ke dalam lif. Pak! Pintu lif disekat dengan tangan sebaik Mawar seperti laju ingin meninggalkannya di belakang.

"You run, sweetheart?"

"Yes!"Sekali dengan muka tegang, Mawar tekan keras tonnya pada Hayden. Kasar jarinya menekan butang lif.

"Okay. Mawar tengok apa dah jadi sekarang ni. Sebab tu abang suruh Mawar tinggal saja dekat rumah jaga Hakan."Sambil mencekau lengan Mawar, nada Hayden tidak kurang kerasnya menandingi nada Mawar. 

"Awak syak saya?"

"No—tak boleh ke Mawar dengar cakap abang sikit? Kalau abang bagi arahan tak payah jenguk, jadi tak payah!"Hayden menggertak serius.

"Who do i need to obey you, Hayden?"

"Because you are my wife."

"A wife?"

"Maksud Mawar?"

"Sampai bila awak nak tipu saya?"

"Abang tak pernah tipu isteri abang."

"Liarr!"Pekik Mawar depan Hayden.

"Kenapa? Arwah ada cakap benda tak betul ke tentang abang? Sebab tu abang tak suruh Mawar jumpa dia!"

"Ini bukan masalah saya jumpa dia atau tak jumpa dia. Kalau saya tak jumpa dia, selamanya awak tipu saya hidup-hidup. Kalau awak teruskan sikap awak macam ni, siapa nak percaya awak lagi? Sekarang saya dah tahu apa yang awak sembunyikan selama ni."

"This is stupid, Mawar."Hayden geleng kepala, ketawa sinis kerana tidak faham kenapa Mawar boleh mengamuk sampai begitu sekali. Rasanya tak ada apa-apa lagi hal Zarra yang dia sembunyikan dari Mawar.

"Saya dah tahu, Hayden."

Hayden tidak berkutik.

"Nathan dah meninggal."Ucap Mawar dalam getar. Mutiara jernih labuh ke pipi.

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now