52 | HANTU PUNGGUNG

32.8K 1.9K 201
                                    

DUDUK di atas tilam  sambil memeluk lutut , Mawar hanya sekadar mendiamkan diri sebaik mendengar suara seseorang semakin meninggi mencucuk lubang telinganya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUDUK di atas tilam  sambil memeluk lutut , Mawar hanya sekadar mendiamkan diri sebaik mendengar suara seseorang semakin meninggi mencucuk lubang telinganya. Seperti ada hal yang sangat serius dibincangkan bersama Doktor Steve Hamdan. Kurang faham, Mawar sangat keliru dengan apa yang telah berlaku. 

Perut yang kempis diusap seketika. Mana pergi dia? Bukankah semalam dia masih ada disini? Klak! Tombol pintu diterjah dari luar melenyapkan mimpi Mawar. Terkebil-kebil kelopak matanya saat seseorang jejaka masuk ke dalam wad dengan wajah redup turut terhias senyuman nipis terlakar di bibir.

Mawar mengelak sikit ekoran tangan kasar lelaki itu bertindak membelai ubun-ubunnya penuh kasih menjadikan Mawar kembali tenang semula. Lama mata dia dan pemuda itu beradu.

"Kenapa—"

"Kenapa awak pandang saya macam tu? Kenapa awak senyum?" Tanya Mawar. Sengaja mengusir kesunyian dan melembutkan lidah yang kelu.

"Kenapa isteri abang nakal sangat?"

"Saya perempuan baik, encik." Tukas Mawar dan sengaja ditekan pula panggilan encik bila sedar lelaki itu membahasakan dirinya 'abang'.

"Tadi doktor, lepas ni encik. Panggil abang aje senang. Okey?" Pujuk Hayden lembut. Senyuman masih tidak kontang menghiasi bibir. Gembira Mawar sudah sedar meskipun dalam keadaan yang seperti ini itu sudah memadai.

Hayden labuhkan punggung di sebelah Mawar. Hidung yang sudah dibersihkan dan bibir mungil Mawar sedikit pecah itu diusap dengan kekura jari.

"Saya nak minta maaf—"

"Abang." Sambung Mawar teragak-agak memanggil pemuda tersebut dengan panggilan 'abang'.

"Kenapa nak minta maaf? Semua ni bukan salah Mawar. Abang yang salah, sayang. Okey?"

"Saya takut sebab dah kacau orang. Nanti polis tangkap orang. Saya janji tak buat lagi."

"Kali ni abang maafkan. Mawar kacau orang lagi, abang babap punggung Mawar kuat-kuat. Nak?"

"Tak nak."Mawar menggeleng laju.

"Kalau tak nak duduk diam-diam. Tunjuk jari sekejap. Abang nak buat spotcheck." Pinta Hayden.

Kata jururawat, wanita bersama bayi tadi mengalami kecederaan ringan di lengan kanan akibat cakaran kuku Mawar. Masalah mereka berjaya diselesaikan dengan selepas hampir tiga jam berbincang akibat salah faham. Haish, Mawar memang buat hal betul! 

"Jangan kacau orang lagi, okey?" Hayden kuis lembut pipi Mawar.

"Okey."

"Janji dengan abang. Nanti kita tengok baby kita. Jangan risau, kalau mereka ada baby kita pun ada baby. Apalah sangat baby mereka tu. Muka tak comel , bau punggung pulak tu. Baby kita comel,  handsome,  bau wangi. Betul tak? Hmm?"Soal Hayden. Mata direnung tepat anak mata Mawar. Menunggu reaksi Mawar seterusnya.

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now