19 | HAYDEN'S CAGE

34.5K 1.6K 97
                                    

AKU dah tukar fikiran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

AKU dah tukar fikiran. Akan ada perancangan lain yang aku nak buat selepas ni."Rokok jenama Dunhill yang baru saja dicucuh dia sedut tenang. Hati Hades tidak sedap selepas Hansen memberikan sekeping gambar empunya Nathan Raja Behzad semalam. Dan, gambar itu telah menghantui tidur malamnya sehingga ke saat ini. Seperti ia telah tertanam di dalam saraf fikirannya.

"Apa kau nak buat?"

"I want to take Nathan from Hayden." Tekad Hades. Macam ada sesuatu yang tidak kena. Oleh kerana wajah Nathan tidak boleh dibocorkan selama ini, Hades ada agenda untuk menyiasat.

"Ambil budak tu dari Hayden? Maksudnya?"Tanya Hansen.

"Kau akan tahu kemudian. Buat masa sekarang, biar aku saja yang simpan."Disaat kemelut di Perancis sedang berlaku, ini masanya Hades cuba menggali lagi titik kelemahan Raja Hayden Behzad!

"Kau seperti sedang sorokkan sesuatu dari aku. Daripada kami selama ini. Kau ada masalah ke dengan Nathan tu? Dia tu budak kecil aje. Tak susah kita nak hapuskan."Hansen pandang lama muka datar Hades.

"Sebab Nathan budak kecil lah aku rasa tak sanggup nak buat apa-apa dekat dia!"Bidas Hades.

Berlapis kening Hansen mendengar hujah Hades tadi. Lidah ditolak ke pipi.

"Tiba-tiba kau nak ubah fikiran bila agenda semua nak berjalan dengan lancar. Papa dah supply apa yang patut."

"Bagi aku masa dulu."Getus Hades.

Hansen terdiam sementara otaknya ligat mengorek dengan apa yang tidak kena pada Hades. Tidak lama kemudian, jaket kulit yang sedang diletakkan pada kepala sofa lalu disambar.

"Aku bagi kau masa dua hari untuk fikirkan semua ni. Tolong jangan buang masa lagi."Serius Hansen berkata sebelum kakinya dihayun meninggalkan Hades yang sedang kebingungan melayan perasaanya sendiri.

Hades membelasah geram sebuah meja. Sial! Sial! Sial!

PERJALANAN dari Turki yang memakan masa 12 jam menyebabkan Mawar tidak sedarkan diri sebaik tiba di Malaysia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PERJALANAN dari Turki yang memakan masa 12 jam menyebabkan Mawar tidak sedarkan diri sebaik tiba di Malaysia. Sebaik bunyi keriutan pintu diselak menerjah halwa telinga, Mawar sedaya-upaya membuka mata yang sembab. Seharian dia menangis selepas perpisahan dengan Nathan di lobi apartment pagi tadi. Perpisahan yang menyakitkan. Dia tidak dapat menyentuh dan mengucup Nathan walau seinci pun. Apa yang dia dialaminya sekarang adalah bakal menunggu hukuman penjara Hayden!

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now