13 | MERABHA,ISTANBUL

33K 1.6K 79
                                    

BERGEMANYA bunyi kipas kapal terbang membuatkan Mawar tarik kepala Nathan merapat ke dada

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERGEMANYA bunyi kipas kapal terbang membuatkan Mawar tarik kepala Nathan merapat ke dada. Kapal terbang Malaysia Airlines itu mulai meluncur laju menerusi trek landasan dan kira-kira beberapa saat barulah kedudukan sedikit stabil seperti normal kembali.

"Aunty, Nathan takut. Nanti papa marah Nathan."

"Syhhh...tak ada apa Nathan sayang. Lepas ni, tak ada siapa boleh halang Nathan kawan dengan aunty. Hanya kita berdua saja sayang."

"Aunty, kita pergi mana? Kita pergi jumpa mama ke? Papa cakap, mama atas langit."

"Ya, sayang. Kita jumpa mama Nathan atas langit. Nathan tidur okey? Nanti dah sampai, auntie kejutkan Nathan."

"Aunty jangan pergi mana-mana okey? Nathan nak tidur. Kroch... Krochh... Krochh.."

"Kenapa ada bunyi krochh-kroach? Macam bunyi lipas aje."Mawar tegur Nathan yang sedang membuat bunyi dengkur orang dewasa.

"Bunyi papa tidur."

"Hah, papa Nathan tidur macam tu ke?

"Aip, cepatnya Nathan bangun. Auntie kira tak sampai satu minit Nathan tidur. Nathan mimpi apa tadi?"Mawar kerling jam tangan sendiri.

"Ermmm, Nathan mimpi papa dengan auntie-"Nathan ketuk-ketuk bibir sendiri dengan jari telunjuk.

"Papa dengan Aunty Mawar... "

"Apa? Nathan mimpi apa?"

"Papa kiss Aunty Mawar! Hehehe." Terkinja gembira si kecil Nathan di tempat duduk sebelah Mawar.

"Eh, mana ada. Papa Nathan kan tak suka kawan Aunty Mawar. Mana boleh kiss? Sekejap, bila masa Nathan tau benda kiss-kiss ni, hmm?"

"Papa kiss Aunty Mawar time Aunty Mawar tidur! Hahahaha!"

"Eh, mana ada. Nathan tipu, kan? Ada bukti ke? Nathan pernah tengok ke?"

Nathan mengangguk cepat tanda mengiyakan soalan Mawar. Semalam dia curi-curi menghendap ayahnya masuk ke bilik Mawar. Kira-kira dua minit kemudian, barulah keluar balik.

"Nathan suka kenakan Aunty kan?"

"Nathan tak tipu lah. Nathan serius!"

"Dah, dah.. Aunty tidurkan Nathan. Okey?"

"Nak!" Nathan pejam matanya semula dengan erat sekali.

Sepuluh minit kemudian, dengkuran halus Nathan mulai kedengaran. Nyenyak dihanyutkan oleh satu mimpi indah. Mawar kucup kening Nathan. Rambut Nathan dibelai lembut. Manakala, penglihatan dihulur pada tingkap kapal terbang. Ya Allah, tidak kira kami berada, jauhkanlah kami manusia yang ingin memisahkan kami. Jatuh air jernih dari kolam mata Mawar. Lama atau tidak pemergian ini, Mawar tidak tahu. Yang pasti jika segalanya selesai. Jika segalanya reda.

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now