11| WASIAT GAMBINO

33.5K 1.6K 123
                                    

"HAYDEN—"Mawar terkial-kial dalam dakapan sasa Hayden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HAYDEN—"Mawar terkial-kial dalam dakapan sasa Hayden. Terasa tangan kasar Hayden meletakkan sesuatu di dalam tangannya, pekung dada Mawar rasa hendak pecah. Tangan Hayden yang masih melingkar keliling batang leher dicakar-cakar rakus.

"Kau rindu dia?"

"Lepas!"Mawar bertindak memekik telinga Hayden sambil cuba merebut semula rantai leher milik Luke Ilman yang tertulis namanya. Mawar masih ingat, itu adalah hadiah sempena kelahiran Luke Ilman yang ke-25 tahun.

"Shhh—kau ni tengok ni. Kau tengok puas-puas apa dalam gambar ni." Hayden cengkam rahang Mawar untuk membelok sikit wajah Mawar kepada sekeping gambar di depan mereka.

Gambar yang menyebabkan Mawar rasa ingin meraung. Luke Ilman kelihatan sangat bahagia bersama seorang perempuan yang tidak dikenali di dalam gambar tersebut. Rasanya perkahwinan mereka itu tidak dilangsungkan di Malaysia kerana apa yang terpapar pada gambar, si gadis yang berjaya menambat hati Luke Ilman berwajah Eurasia.

"Once a bastard always a bastard..."

Diam dan kelirunya Mawar, Hayden sengaja mencalit rasa benci Mawar kepada Luke Ilman. Hayden tahu, Mawar dan Luke Ilman mempunyai rasa cinta yang teguh sesama sendiri dan itu adalah satu tiket untuk Hayden bersorak mengacau-bilaukan mereka.

"Jadi sekarang ni aku nak tanya kau. Kau masih salahkan aku? Kau masih fitnah aku tangkap ,culik dan belasah lelaki kesayangan kau tu?"

Mawar melingas. Sepertinya, Hayden seakan-akan memancing setiap sudut perasaanya. Disaat Hayden tidak sedar, Mawar menarik tangkas sepucuk pistol di belakang seluar lelaki itu. Setelah picu pistol ditarik, bibir pistol segera ditala tepat pada dahi Hayden.

"Semua ni salah awak. Kalau awak tak sengaja pisahkan kami, Luke tak akan tinggalkan saya! Luke tak akan kahwin dengan orang lain sebab dia ingat saya ni dah mati setahun yang lepas. Saya percayakan Luke Ilman, Raja Hayden Behzad. Awak rosakkan hubungan kami."Lirih, Mawar memekik di depan muka Hayden.

"Lelaki tu tak kahwin dengan kau salah aku jugak ke?"

"Awak rosakkan hidup saya."

"Kau mesti benci sangat dengan aku sekarang, kan?"Hayden menujah dalam tutur kata-katanya. Seketika tangannya hendak menarik tubuh Mawar semula dan Mawar semakin berani menegakkan muncung pistol kepadanya.

"Jangan dekat Hayden..."

"Jangan sentuh saya."

"Dont. You . Dare."

"Put down the gun."Gumam Hayden. Mata Mawar dipandang hingga ke dasar retina perempuan itu. Wajah terkilan Mawar ditatap penuh.

"I said put down the gun!" Perintah Hayden penuh penegasan kali ini. Susulan pinggang ramping Mawar berjaya ditangkap olehnya, Mawar jadi memberontak sambil menjerit bingar. Pergelutan mereka menyebabkan pistol dalam genggaman Mawar tercampak di atas rumput.

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now