14 | GAMBINO SCANDAL

32.4K 1.5K 91
                                    

JAMBATAN BOSPHORUS, sebuah jambatan yang memisahkan Turki Eropah dan Turki Asia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

JAMBATAN BOSPHORUS, sebuah jambatan yang memisahkan Turki Eropah dan Turki Asia. Menghubungkan Laut Marmara dan Laut Hitam. Lokasi ketiga popular bunuh diri di Turki.

Mawar masih dakap teguh tubuh Nathan. Sementara itu, telinganya dan telinga Nadya sudah tiga kali dihidangkan dengan panggilan dari telefon pintar. Kelat rasa liur Mawar tika menerjah anak tekak. Tangan kecil Nathan digenggam untuk menghilangkan rasa buntu dan takut dalam relung hati.

"Mawar, phone kau. Kau tak nak jawab ke?"Nadya sentuh bahu Mawar.

Terpancang hebat Mawar akibat teguran Nadya. Bodoh juga, dia sedar telefon pintarnya asyik menyanyi tidak henti tapi Mawar terlupa untuk berbuat apa-apa terhadap panggilan itu. Tangan segera mencari-cari alat penghubung tersebut ke hingga ke dasar beg galas. Tertulis nama Hayden , Hansen dan Hazel pada skrin telefon.

WHATSAPP MISSCALLS :

HAYDEN - 230 MISSCALLS.

HANSEN- 120 MISSCALLS.

HAZEL - 51 MISSCALLS.

"Hayden cari saya." Ucap Mawar. Bergetar lirih suaranya. Muka Nayda ditatap.

Nadya tekup mulut sendiri. Terpaku beberapa saat dia dan Mawar.

"Dia cakap apa dekat kau?"

"Dia buat laporan polis. Polis sedang cari saya sekarang ni."

"Allah, Mawar! Jangan jawab apa-apa panggilan. Tutup phone kau!"Gesa Nadya.

Mawar gabra membalas pesanan Hazel memberitakan bahwa dia dan Nathan sudah selamat sampai di Istanbul dan sedang dalam perjalanan menuju ke rumah Nadya melalui aplikasi facebook sebelum mengugurkan kad sim dari telefon. Cermin kereta dibuka cepat. Dan...tangan Mawar deras mencampak telefon keluar kereta. Biarlah ia terkubur di dalam dasar Laut Marmara.

Nadya usap muka sendiri. Beristighfar perlahan. Muka Mawar yang tenang dan kosong dijamah dengan ekor mata. Ada lakaran pelbagai perasaan pada wajah sahabatnya itu. Mawar seorang wanita yang sangat berani mati!

"Auntie Mawar, Nathan nak nenen."

"Syhh, sekejap lagi kita sampai okey? Kita tak ada air panas. Tahan dulu okey?"

"Nathan lapar..."Adu Nathan sambil usap perut sendiri. Tersebek-sebek bibirnya mahu menangis.

"Nathan nak papa. Papa..papa.."Kedengaran Nathan mulai meragam tidak tentu fasal.

"Papa tak ada sayang. Syhhh--"

"Nathan nak papa!"Nathan membentak.

"Papa tak ada."

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now