47 | THE MYSTERY ZARRA

31.9K 1.8K 363
                                    

TIGA BULAN KEMUDIAN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TIGA BULAN KEMUDIAN

SUDAH setengah jam dia berdiri di depan dinding lutsinar Villa Salmonacreeks tapi tiada tanda-tanda sosoknya hendak beranjak pergi dari tempat itu. Syahdu, rintisan hujan yang galak di luar sana umpama mengerti akan perasaannya yang masih menangis selama tiga bulan ini.

"Morning, boss."

"Selamat pagi, James."

"Sampai bila nak macam ni boss? She keep asking me. Everyday." Lemah suara James dalam corong telefon.

"Aku tak tahu sampai bila. Just figure it out and keep updating the news as usual."Tekan Hayden dalam.

"Baik bos."

"Good. Aku akan call kau lagi petang ni."

"Okey. Get well soon."Ucap James sebelum talian telefon mereka diputuskan oleh Hayden tidak lama selepas itu.

Nafas dan keluh dikeluarkan dari ruang paru-paru. Ya, dia tidak tahu sampai bila hari-hari getirnya ini akan berakhir. Perlahan badannya direbahkan atas sofa. Melemparkan sekilas pandangan kosong pada gambar seorang anak kecil yang telah menjadi satu kenangan abadi dan sangat perit untuk diterima.

"Good morning, handsome. How was your sleep? Awal juga you bangun hari ni?" Sepasang tangan wanita melingkar pada tengkuk Hayden. Lalu, kucupan bertalu-talu lekat pada bahu dan leher lelaki itu.

"I can't sleep."

"Hayden—" Noora letakkan punggung pada peha Hayden. Muka serabai Hayden ditenung dan dipegang erat kedua-dua belah pipi pemuda itu.

"Hayden, you need to move on. Jangan banyak sangat berfikir nanti you bertambah depresi lagi. Malam tadi ada makan ubat tak? Jangan cakap yang you skip makan ubat atau terlupa nak makan ubat."

"Okey, you nak buat apa hari ni? Keluar pergi jalan-jalan tenangkan fikiran atau nak I booking lagi ticket traveling macam minggu lepas."

"Aku rasa nak jumpa Ustaz Zahari."

"Ustaz Zahari? Are you serious? I tengok tak ada perubahan pun bila you asyik nak jumpa ustaz tu. Hari-hari you nak jumpa dengan ustaz tu, I pulak yang naik pening. Kita keluar jalan-jalan saja hari ni. Tak payah jumpa ustaz tak ada point tu."

"Apa kau cakap ni? Ini salah satu ikhtiar untuk aku lupakan semua ni."

"Hayden, ustaz tu sengaja nak scam you. You depression. Kena rujuk ke pakar psikiatri bukan rujuk ustaz. Kena cari alternatif untuk tenangkan fikiran. You bukan nak belajar agama. Bukan nak belajar Al-Quran."

Diamnya Hayden membuatkan Noora melepaskan satu keluhan dengan lantang. Pipi Hayden dicium sekali.

"Okey, tak apa. Hari ni you jumpalah ustaz kesayangan you tu. Tapi, lepas balik nanti I nak gunting sikit rambut you dan trim sikit misai you ni. Dah panjang sangat dah. Boleh?"

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now