16 | ÇOK GÜZEL- BEAUTIFUL

30.7K 1.5K 105
                                    

Fatih, Istanbul

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fatih, Istanbul.
Turki.

"TERIMA KASIH, EMEER."Senyuman indah tertampal pada bibir Mawar apabila Emeer lekap Istanbulkart di mesin kaunter pembayaran tram. Sambil itu, mereka juga turut sama berpusu keluar dari tram di stesen Beyazit Mahalleri.

"Nah, like i said before guna kenderaan awam lebih berbaloi. Teksi dekat Istanbul ni jangan percaya sangat. Meter tu mereka sengaja bagi cepat. Senang nak scam tourist. "Terang Emeer.

"Tapi Baba juga taxi driver. Tak baik tau."Mawar sengol bahu Emeer. Seperti sudah lama berkenalan dengan abang Nadya ini, Mawar cukup selesa keluar dengan Emeer hari ini.

"Tak, aku cakap benda yang betul. Dah,jom ikut aku."

"Alright , you win. Kita nak pergi mana dulu?"

"Ikut aje aku."Emeer gerakkan tangan pada Mawar supaya perempuan itu terus membuntuti dari belakang.

Kelihatan pelancong-pelancong dari pelosok dunia memenuhi Grand Bazaar. Mereka masuk melalui salah satu pintu pasar yang sudah beroperasi sejak abad ke-15 lagi itu. Selain itu, Grand Bazaar juga antara pasar paling sibuk dan terbesar di dunia dengan menyediakan 4000 kedai.

"Awak dah memang selalu pergi sini ke?"

"Selalu juga lah. Tapi tak sampai ke hujung sebab panjang dan sibuk sangat. Lagipun, tempat ni tak jauh dari Hagia Sophia."

Hagia sophia-mercu tanda Fatih, Istanbul. Sebuah gereja Kristian Ortodoks yang dibuahsuai menjadi sebuah masjid oleh kerajaan Uthmaniyyah.

Mawar tersengih. Pernah juga dia menyimpan angan-angan untuk melawat Hagia Sophia , bersolat di dalam Hagia Sophia dan berjumpa dengan Gli, seekor kucing terkenal kerana kesetiaannya menjaga Hagia Sophia.

"Merhaba, selamun-aleykum." Emeer berhenti pada satu stall aiskrim.

"Waalakumsalam, Emeer bey!" Seorang penjual aiskrim kira-kira bawah umur 30-an menjawab semula salam Emeer.

"Vanilla topping mint. Iki" (Dua)

Selepas memesan aiskrim, Emeer mengajak Mawar duduk pada kerusi yang telah disediakan di depan stall sebagai ruangan menunggu.

"Sız nasilsiniz, Emeer Bey?" (Apa Khabar ,Encik Emeer?)

"Fine. Alhamdulillah. By the way, this is my friend from Malaysia. Mawar , ni kawan aku. Yigit."Emeer tunjukkkan Mawar kepada rakannya bernama Yigit Haroun tersebut.

"Wow. Hi, nice to meet you. Ms—" Yigit Haroun lantang menghulurkan aiskrim yang sudah siap kepada Mawar.

"Mawar Maripossa." Celah Emeer.

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now