30 | NONSENSE OFFER

31.3K 1.9K 91
                                    

"KENAPA awak panggil saya?"Masuk saja ke dalam bilik kerja Hayden, mata Mawar kian disajikan dengan batang tubuh lelaki itu sedang menantinya dengan penuh sabar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KENAPA awak panggil saya?"Masuk saja ke dalam bilik kerja Hayden, mata Mawar kian disajikan dengan batang tubuh lelaki itu sedang menantinya dengan penuh sabar.

"Have a sit." Arah jejaka tersebut.

"Awak tak turun office hari ni?"Mawar ambil tempat duduk bertentangan Hayden.

"Tak penting." Hayden susun nafas. Kemudian, melarikan ekor mata ke segenap wajah Mawar yang sedikit kurang senang dengan jelingannya.

"Kau pergi mana semalam? Kenapa tak ada dalam bilik?"Hayden ajukan satu soalan. Pura-pura bodoh kemana Mawar pergi menghilangkan diri selepas makan malam kelmarin.

"Er—saya jumpa kawan. Maksud saya, saya keluar dengan Dyana lepas kami tidurkan Nathan." Tipu Mawar. Lain macam pula topik yang sengaja diutarakan Hayden kali ini.

"Jumpa kawan? Keluar dengan Dyana? Rasanya Dyana tak pergi mana-mana semalam. Aku ada terserempak dengan Dyana time aku kalut cari kau."Kata Hayden separuh nada tenang.

Mawar kelu. Air liur diteguk ke dalam anak tekak. Kesat.

"Er— "

"Tangan awak dah okey? Kalau belum, saya boleh bersihkan lagi." Mawar alihkan topik mereka ke arah lain untuk melarikan diri dari terkena kecaman Hayden. Tangan pemuda itu lantas diambil.

"Don't touch—" Pak! Hayden tepis tangan Mawar. Terkesima seketika Mawar dibuatnya.

"Don't you ever touch me!"Amaran Hayden. Jari telunjuk dituding lurus ke dalam anak mata Mawar.

"Kau keluar pergi mana semalam?" Nada Hayden naik seoktaf. Penuh dengan tanda penegasan.

"Kau keluar dengan siapa?! Answer me!" Tengking Hayden. Bam! Meja kerja ditumbuk menandakan hati sangat berapi masa ini. Amukan Hayden undang ketakutan dan jeritan Mawar.

"Saya keluar dengan Hades." Mawar akhirnya mengaku jujur setelah menggali semangat untuk membuka mulut.

Pengakuan jujur Mawar meletuskan ketawa Hayden. Sinis!

"Oh, patutlah. Kalau kau jujur macam ni kan bagus? Taklah aku gertak-gertak orang macam orang gila hari-hari. Kalau macam tu aku tak nak kacau hubungan kau dengan Hades memandangkan aku dah nak ceraikan kau. Lepas ni, kau buatlah apa saja kau nak buat dengan jantan tu. Aku dah muak dah ingatkan kau. Well—"

Hayden keluar satu sampul surat di dalam drawer. Setelah itu, dihulur kepada Mawar.

"Apa ni?" Mawar kurang faham. Teragak-agak untuk menyambut. Benak diisi dengan pelbagai kesimpulan kurang baik terhadap tindakan Hayden kali ini.

"Gaji kau sebab dah jaga Nathan selama ni. Termasuk, aku nak kau sign surat perjanjian tu. Kau masih ada tiga bulan jadi pengasuh Nathan."

"Pengasuh?"Mawar terpancang hebat.

"Ya, pengasuh. Satu lagi, aku nak batal segala plan nak bawa kau sekali tinggal di France. Aku mungkin bawa Noora dan Nathan."

"Apa maksud awak ni? Tak masuk akallah semua ni! Saya tak kisah awak nak hidup berapa tahun di France dengan Noora tapi kenapa awak anggap saya ni pengasuh saja untuk Nathan? Saya bukan pengasuh dan saya tak perlukan duit awak!" Mawar hempas kepukan duit dalam envelop atas meja semula.

"Oh, jadi kau tak kisah aku nak bawa Noora sekali ke France?"Hayden rentap kasar tangan Mawar.

"Buat apa saya nak kisah? Saya tunggu awak lepaskan saja aje! Itu aje! Faham?"

"Sebab kau dah tak sabar nak hidup semati dengan jantan pujaan hati kau tu? Tak sabar nak menyundal? Hah?"

Mawar kerunyut dahi tanda hairan. Tegang.

"Saya tak berniat nak kahwin lagi selepas awak ceraikan saya, Encik Hayden. Saya cuma nak hidup macam wanita biasa. Jauh dari manusia spesis macam awak ni."

"Kau tak payah tipu aku. Aku tak bodoh. Cuma kebusukan kau belum keluar lagi sekarang ni."

"Saya tak simpan apa-apa di belakang awak, Encik Hayden. Awak jangan salah faham. Kami keluar sebab nak ambil angin aje. Kami tak buat apa-apa."

"Kau keluar dengan jantan lain tanpa keizinan aku?"

"Jadi, apa masalahnya? Awak sendiri kata tadi semua tu tak jadi masalah sebab awak sendiri nak ceraikan saya tak lama lagi. Yang saya tak puas hati sekarang ni, awak jadikan ni sekadar pengasuh. Nathan tu anak buah saya. Darah daging kami—"

"Kau cuma pengasuh. Tak lebih dari tu. Kau cuma sekadar pengasuh. Kami bukan mak saudara dia dan kau bukan ibu tiri dia! Kau tak layak nak ganti kedudukan Rossa."Pintas Hayden.

Mawar putarkan tubuh ke tempat lain. Tak faham dengan sikap Hayden yang kadangkala membingungkan. Serabutlah!

"Kenapa? Kenapa saya tak layak? Kenapa saya tak layak nak pegang amanah Rossa? Kenapa saya tak layak pegang Nathan? Kenapa?!"Pekik Mawar lantang. Menjadikan situasi mereka makin bertambah rumit di dalam bilik itu. Air mata sudah tak tertahan.

"Kau ada agenda dengan Hades. Kau ada sembunyikan apa-apa daripada aku?"Hayden tayang skrin telefon ke arah muka Mawar. Screenshot yang membawa pelbagai bukti bahwa Mawar sedang berurusan sulit dengan Hades tanpa pengatahuannya.

"Awak—"Mawar tergagap-gagap.

"Awak selongkar bilik saya?"

Hayden menyengih serong. Bodoh punya soalan.

"Mawar, sebelum kau menginjak kaki ke Salmonacreeks kau kena tau yang kau tak ada hak nak ke atas apa-apa yang aku buat dalam rumah ni. Ini rumah aku, jadi aku berhak nak selongkar barang-barang kau!" Tempik Hayden.

"Aku nak penjelasan jujur dari kau. Apa yang korang cuba palau aku dari belakang? Aku paling pantang orang petik nama Rossa. Aku tahu Rossa takkan palau aku bagaimana kau selalu palau aku selama ni."Hayden berlalu ke satu almari. Mengambil sepucuk pistol. Peluru dimasukkan ke dalam barangan kekerasan tersebut.

"Sekarang bukan masa yang sesuai saya nak jelaskan satu-persatu dekat awak. Lambat laun awak akan tahu."

"Aku tak kira. Aku nak jawapan kau sekarang, Mawar Maripossa."

"Saya tak akan jelaskan—"

"Atau kau nak aku paksa kau buka mulut?"Hayden menerjah tubuh Mawar. Kemudian, pistol tadi dibawah dagu perempuan itu. Kolar baju T-shirt Mawar direnggut tatkala Mawar masih tidak mampu memberi sebarang reaksi.

"Buka mulut kau!"Gertak Hayden.

"Saya dah cakap yang saya tak akan buka mulut selagi saya masih bernafas. Saya tak takut mati. Awak boleh lepaskan tembakan, Encik Hayden."Mawar melawan dengan secebis kudrat. Tak mampu menentang pandangan bengis Hayden.

"Aku tak percaya kau lagi."

"Saya tak harapkan awak percaya saya sebab awak tak faham apa sebab dan asbab saya tak nak buka mulut."

"Kau sengaja nak pancing aku."Hayden tangkap laju lengan Mawar. Tubuh Mawar diheret masuk ke arah sebuah sofa tidak jauh dari situ.

"Hayden—"

"Hayden ,lepas! Lepas Hayden!"Jerit Mawar . Seriau bila tali nipis baju singletnya putus angkara Hayden dan Cardigan yang melindungi tubuh tadi juga tercampak entah ke mana.

****
7/06/2021.
—Drz🖤

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now