35 | HABEAS CORPUS

38.2K 1.9K 114
                                    

ROBE yang tergantung pada penyangkut baju dicapai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ROBE yang tergantung pada penyangkut baju dicapai. Setelah itu, disarungkan ke badan sambil kepalanya sedikit terlilau mencari seseorang di sekitar bilik tidur.

Leher dan tubuh sasanya direnggangkan ke kiri-kanan. Air kosong disalin ke dalam gelas. Buah cranberry dan buah strawberri yang telah disediakan di atas meja disuap ke dalam mulut.

Hayden kerunyut dahi agak lama. Entah kenapa perasaan aneh menjengah diri tatkala terperasankan meja antik bersebelahan dengan katil tidur kosong saja pagi ini. Mana kunci kereta? Mana jaket kulit hitam? Mana duit dalam sampul surat? Rasa sedap buah-buahan di dalam mulut tiba-tiba kelat. Payau! Berpasir di kerongkong.

"Mawar—"Hayden seru sekali nama Mawar sambil kakinya menapak perlahan menuju ke arah bilik mandi. Tombol pintu bilik mandi dipusing. Kosong. Malah, bilik air itu juga masih kering menandakan tiada siapa di dalam bilik air sejak tadi.

"Mawar?"

Tiada sahutan.

"Mawar? Dekat mana tu,sayang?"

Sepi.

"Mawar, come on. Show yourself."

Hayden beranjak memeriksa tab air. Langsir lutsinar yang melindungi tab segera diselak ke tepi. Tetap juga kosong. Waktu itu,  hati sudah berkabut dengan pelbagai rasa. Bengang,  risau dan terasa ingin menyumpah seranah. Akalnya memang sudah syak sesuatu. Sesuatu yang tidak pernah diizinkan untuk Mawar lakukan kepadanya. Mawar meninggalkan dia!

Telefon pintar di katil lekas didapatkan. Pelipis dipicit, muka diraup lembut. Nafas dihela keluar bagi menahan lahar gunung berapi di dalam hati yang seakan-akan ingin memuntahkan lava. Baginya, menghadapi situasi genting ini sekarang dia tidak perlu panik.

"Darvon, she's gone."Gumam Hayden. Liur kesat ditelan.

"Bila Tuan?"

"Don't ask me when. Arahkan dua orang pengawal untuk periksa seluruh resort. Suruh David check CCTV dan kumpulkan semua orang yang di dalam resort ini termasuk housekeeper dan tukang masak! Now."Hayden mengarah tegas. Talian dimatikan selepas Darvon faham arahan.

Kelopak mata ditutup sementara, kembang kempis hidungnya saat memanah pandangan ke arah laut tenang yang sedang membiru di depan mata. Palang balkoni digenggam kemas. Gigi berkancing rapat. Mawar, laut di depan mata tak pernah halang aku cari dimana kau walaupun aku terpaksa berenang beribu batu nautika selepas ini.

"TUAN, kami dah cari seluruh kawasan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TUAN, kami dah cari seluruh kawasan. Dah juga tanya pembawa bot tadi kalau ada sesiapa yang nampak Puan Mawar. Awal pagi tadi tak ada bot yang bertolak dari jeti."

Darvon dan salah seorang dari pengawal peribadi Hayden, Venzo kelihatan masuk ke dalam bilik tertutup itu. Menunduk hormat ke arah Hayden yang sedang menekan penumbuk atas meja.

Hayden mengangguk. Faham berita yang telahpun sampai di telinganya.

"CCTV?"Soal Hayden.

"Kami dah check bilik rahsia. Puan Mawar keluar dari kamar tuan pada pukul 3.20 pagi tadi. Lepas tu, cctv tak dapat tangkap apa lagi yang terjadi."Sebuah telefon pintar disua kepada Hayden.

Berbalik ketat wajah Hayden meratah rakaman CCTV di dalam skrin telefon pintar milik Venzo itu. Mawar meninggalkan kawasan resort diwaktu dia dibuai mimpi. Keluhan dihembuskan perlahan-lahan.

"David?"

"David masih berurusan dengan seorang manager. Mereka dah kumpulkan semua staff yang ada dalam resort."Balas Darvon.

"Dekat mana dia kumpulkan staff?" Hayden ikat tali robe di pinggangnya dengan lebih ketat. Berkira-kira ingin keluar melihat apa yang cuba David lakukan di bawah sana.

"At the lobby, sir."Ujar Venzo.

"Ambil phone kau. Aku tak nak tengok video tu lagi."Arah Hayden pada Venzo pantas keluar dari bilik tertutup tersebut dengan laju. Gigi tangga menuju ke kolam renang dituruni secara tergesa-gesa. Deras langkahnya mencorak pergi ke dalam kawasan lobi.

Disana, David dan beberapa orang kawannya sudah menanti kehadiran Hayden. Melihat jelmaan Hayden muncul sambil diikuti lima orang pengawal peribadi di belakang, David tergopoh-gapah membuka suit hitamnya sendiri. Kemudian, diselubungkan pada tubuh Hayden masih berbalut sehelai robe yang terdedah pada mata-mata umum.

"Who is this woman, David?"Hayden menyoal pelik bila matanya tertuju pada salah seorang houseekeeper menangis teresak-esak dalam keadaan tangannya bergari ke belakang. Tidak berani mengangkat muka, sekadar menekur takut ke lantai.

"Tuan, kami jumpa wang 3K dalam beg tangan dia dalam bilik locker. Envelope ini juga ada tertulis nama Tuan dan Puan Mawar sekali."David hulur envelop kuning itu kepada Hayden.

Berderau darah Hayden. Isi di dalam envelop kuning tadi pantas diperiksa setelah beralih tangan.

"Where did you find it, Madam?"

"Saya minta maaf, Tuan. Semalam masa saya kemas bilik tuan, ada seorang perempuan dalam bilik minta tolong dekat saya. Saya tak tahu siapa. Dia nampak terseksa. Dia menangis seharian dalam bilik. Merayu tak henti-henti dekat saya. Dia nak saya carikan bot awal pagi dan dia akan janjikan duit untuk saya kalau saya dapat tolong dia larikan diri dari sini."

"Jadi, kenapa kau tolong dia? She is my wife!" Bentak Hayden dengan suara meninggi. Terkesima semua manusia-manusia disitu menyaksikan kejadian tersebut.

"Saya perlukan wang, Tuan. Sangat-sangat perlu wang. Suami saya tak boleh berkerja sebab lumpuh. Anak lelaki kami berumur 4 tahun hidap kanser dan perlukan duit untuk buat rawatan. Maafkan saya, Tuan."

Hayden tarik nafas ketika wanita kira-kira umur 40-an itu mulai melutut di depannya. Menangis tersedu-sedu minta dikasihi. Anak lelaki berumur 4 tahun?

"Siapa pembawa bot yang bawa isteri aku pergi dari sini?"

"Awang, tuan. Dia tak tau apa-apa. Saya yang salah. Dia cuma jalankan tugas saja. Saya yang salah, tuan. Jangan bawa saya pergi balai tuan..."

"You're fired, Madam."Hayden menukas tanpa belas kasihan.

"Tapi, tuan—"

"Take the money and leave, madam. Jangan munculkan muka kau lagi dekat sini. Aku tak nak tengok. Bawa anak kau pergi hospital sekarang dan beli apa yang patut untuk anak kau."Hayden hulur envelop di dalam tangan kepada wanita itu semula.

"Ya Allah, tuan. Terima kasih. Terima kasih sebab mengasihi saya. Tuan, saya minta maaf. Saya minta maaf, tuan...."

Setelah envelop mengandungi wang 3K tadi dipulangkan semula kepadanya, semakin berderaian galak air mata wanita itu. Bersyukur atas pemberian dan kebaikan Hayden tapi dalam pada yang sama, rasa bersalah tidak terhingga atas perbuatannya terhadap Hayden.

"Tuan, saya minta maaf. Ya Allah, saya minta maaf! Tuan,maafkan saya!" Jerit wanita itu dengan lirih di depan pintu lobi saat dirinya diheret keluar dari situ. Kesal kerana Hayden tidak lalu memalingkan muka kepadanya apatah lagi menyambut sedulang kemaafannya.

"Darvon, sediakan bot dan call sesiapa saja untuk hantar kereta di depan jeti. David, kau bawa team kau kumpul barang-barang apa yang patut. Cari Mawar sampai dapat."Hayden mengarah sikit arahan lalu melangkah meninggalkan pengawal-pengawal peribadinya di belakang. Rahang berdenyut diketap erat.

Sial, Mawar.  Kenapa kau buat semua ni dekat aku? Tak cukup lagi apa yang aku dah buktikan dekat kau? Kau tinggalkan aku, kau menderita Mawar...

****
23.06.21
—Drz🖤

✅𝐓𝐇𝐄 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 Where stories live. Discover now