DUS 22 🦋

229 107 98
                                    

"I'm truly sorry for my words and actions, Bunga."

•••••••••
.
.
.
Happy reading!💛

"Kau biar betul, Reen?" soal Farha terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau biar betul, Reen?" soal Farha terkejut. Tajam matanya merenung Qaireen untuk mendapatkan kepastian.

"Ya, betul lah. Aku tak beritahu Hans lagi." Qaireen menggelengkan kepala perlahan. Bagi menyakinkan Farha.

"Tapi kenapa?"

"Hey, Far. Tak akanlah aku nak mulakan dulu. Banyak kali aku dah cakap dengan kau kan, yang aku tak akan confess dulu. Aku akan tunggu Hans cakap dulu yang dia cintakan aku, barulah aku akan jujur dengan dia tentang apa yang ada dalam hati aku ni pada dia," ujar Qaireen serius.

No way.

Dia tidak akan beritahu isi hatinya selama ini kepada Hans. Biarlah Hans yang membuka mulutnya terlebih dahulu. Dia perempuan, sudah tentulah banyak perkara yang dia perlu fikir. Baik buruk tindakan dia nanti, semua dia kena fikir.

"Reen, kau gila ke? Kenapa kau tak bagitahu Hans lagi? Kenapa kau nak tunggu Hans cakap dulu? Kenapa kau tak nak berterus-terang tentang perasaan kau, Reen?"

Sungguh, Farha tidak mengerti. Dia bukannya tidak tahu yang Qaireen sudah lama jatuh hati pada Hans. Dia tahu semuanya. Tapi sampai sekarang, masing-masing masih lagi tidak meluahkan apa yang mereka rasa. Lagi-lagi Qaireenlah. Farha tidak salahkan Hans kerana dia pun tidak tahu sama ada lelaki itu sukakan Qaireen atau tidak. Tapi yang jadi masalahnya si Qaireen ini tidak mahu mengambil tindakan langsung. Nak pendam sampai bila pun tak tahulah.

Ish, tak faham betul dia.

"Farha, kalau aku bagitahu dia apa yang aku rasa, macam mana kalau dia tak balas cinta aku? Macam mana kalau dia tak cintakan aku? Dia tak ada perasaan yang sama pada aku? Mungkin, hubungan kami tidak akan baik macam sekarang. Tak akan rapat macam sekarang dan mungkin, kami dah tak berkawan macam sekarang? Aku tak nak semua tu berlaku, Far. Aku tak nak kerana perasaan aku ni, hubungan aku dan Hans renggang dan kami bermasam muka pula." Qaireen mengeluh kecil.

Dia tak nak semua itu terjadi. Dia sayangkan Hans. Qaireen lebih rela Hans tidak tahu isi hatinya daripada hubungan mereka tidak sama seperti dulu. Dia kenal Hans dah lama. Jadi dia tidak mahu perasaan buat Hans ini mengganggu hubungan baik mereka berdua sebagai sahabat.

"Tapi itu semua kemungkinan sahaja kan? Bukannya betul-betul kan? Jadi, kau nak simpan perasaan kau ni sampai bila? Just tell him everything sebelum semuanya terlambat. Kau juga pernah cakap dengan aku kan yang Hans sekarang ni rapat dengan seorang doktor perempuan. Baik kau bertindak sebelum semuanya terlambat."

Doaku Untukmu SayangWhere stories live. Discover now