DUS 28 🦋

152 60 152
                                    

"I want you today, tomorrow, next week, and for the rest of my life."

••••••
.
.
.
.
Happy reading! 🍂

Happy reading! 🍂

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.







"Disebabkan pertunjukan bunga api malam ni lambat lagi nak disiarkan, aku ada cadangan untuk kita luangkan masa bersama sementara nak tunggu pertunjukan bunga api tu!"

Semua mata memandang ke arah Aniq yang paling riuh dari tadi. Sebenarnya kami semua tengah berkumpul ramai-ramai di sebuah pantai yang lapang disebabkan nak tunggu pertunjukan bunga api pada malam ini. Katanya ada bunga api besar nak dipasangkan sekejap lagi. Semua orang turut sama berkumpul sekali di tepi pantai ini.

Malam-malam macam ni pun, masih ramai orang yang berkeliaran dan sanggup menunggu di sini sama seperti kami. Mungkin tiada aktiviti yang mahu dilakukan bersama-sama. Jadi lebih baik tengok bunga api sahaja.

"Cadangan apa?" soal Hans ingin tahu. Dia duduk melutut sambil mata mula pandang Aniq disebelahnya.

"Apa kata kita main truth or dare?" Aniq senyum sinis pada semua orang yang memandangnya.

"What!"

Semua terkejut. Lagi-lagi Qaireen dan Farha. Dua-dua buat muka tercengang.

Gila ke Aniq ni? 

Permainan budak-budak macam tu juga yang  dia nak ajak main? Ish, Aniq ni memang sengaja cari nahas! Cepuk jugalah sekejap lagi baru ada akal.

"Yes truth or dare. Setuju tak? Apasal korang terkejut sangat ni? Tak pernah dengar nama permainan tu atau korang takut?"

Senyap. Semua terdiam sahaja tidak menyahut kata-kata Aniq itu. Kan dah cakap Aniq memang suka syok sendiri. Tengoklah dia yang paling riuh dari dulu lagi.

"Hello, guys. Jomlah. Come on, tak akanlah game senang macam tu pun korang kecut?" Aniq memprovok lagi. Bosanlah kalau begini. Main game lah seronok. Tengoklah semua kawan-kawannya tidak setuju.

"Hey! Banyaklah kau punya kecut. Cadangan kau memang tak masuk akal! Aku tak akan main!" bantah Farha. Sememangnya dia tidak akan setuju dengan cadangan gila Aniq itu. Motif apa yang dia dapat kalau dia turut serta dalam permainan bodoh itu?

"Kau jangan nak mengada. Main jelah. Apa yang nak ditakutkan, aku kan ada. Sekejap lagi kau teman aku tengok pertunjukan bunga api!"

Doaku Untukmu SayangOù les histoires vivent. Découvrez maintenant