DUS 12 🦋

266 154 106
                                    

In three words I can sum up everything I've learned about life: it goes on."

••••••
.
.
.
.
.
Happy reading!♥️

Happy reading!♥️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





"Puteri  Qaireen, masuk bilik saya sekarang!"  Tengku Qarizh memberi arahan hanya melalui interkom. Dia kembali ralit menyiapkan kerja. Di atas mejanya terdapat banyak fail yang berselerak.

"Baik Tengku!" Qaireen tersenyum kelat. Kakinya mula melangkah berdiri di hadapan bilik Tengku Qarizh. Pintu tersebut diketuk dengan kuat.

Tuk! Tuk! Tuk!

"Just come in!"

Qaireen mengetap bibir. Pintu bilik pejabat lelaki itu dibuka perlahan-lahan.  Wajah serius dan beku lelaki itu tanpa sebarang senyuman membuatkan dia agak kecut perut.

Sekejap, dia ada buat salah ke?

Oh, no way!

"Erm, ada apa-apa ke Tengku?" Sampai bila dia harus berdiri macam ni? Dia banyak lagi kerja lain yang dia harus siapkan. Nanti lambat siap, lelaki itu juga yang marah.

Tengku Qarizh berhenti menaip dan kepalanya diangkat ingin memandang wajah cantik Qaireen.

"Aku ada appointment dengan Dato' Faizal pukul berapa?" soal Tengku Qarizh, tanpa secalit senyuman. Wajah tidak berperasaannya itu kadang semestinya membuatkan Qaireen dan pekerja-pekerja yang lain getar lutut semasa menghadap lelaki ini.

Ish, dah macam menghadap sultan gayanya. Lelaki ini ada aura yang menyeramkan.

"Oh, erm... dalam pukul 12 tengahari macam tu. Sekali makan tengahari dengan pihak sana. Kenapa ya, Tengku?" Takut-takut Qaireen menyoal.

Dia bukan apa, nanti kalau salah cakap sikit je dah nak melenting. Entah apa-apa saja perangai. Nasib lelaki itu masih lagi kekal professional. Kalau tidak, dia memang dah lama angkat kaki.

Tengku Qarizh menggeleng perlahan. Menjawab soalan Qaireen.

"Nothing, aku just nak pastikan yang aku dan kau alert. Pukul 12 nanti inform pada aku semula. Understand princess Qaireen?" Renungan tajam Tengku Qarizh membuatkan Qaireen serta-merta menganggukkan kepalanya.

"Faham, Tengku. Err, can I go now?"

Apa benda lah!

Dia suruh aku masuk bilik dia hanya mahu pastikan yang aku alert atau tidak? Dia nampak aku main handphone ke tadi? Cis! Dia bukannya buat apa pun. Cuma balas mesej Hans saja. Itu pun boleh nampak juga eh!

Susah betul kalau dapat boss jenis yang suka skodeng pekerja ni. Tambah pula Tengku Qarizh senang nampak apa yang dia buat dan apa sahaja yang dia buat disebabkan hanya cermin  saja menjadi penghalang kami.

Doaku Untukmu SayangWhere stories live. Discover now