DUS 9 🦋

303 174 113
                                    

"You've gotta dance like there's nobody watching, love like you'll never be hurt, sing like there's nobody listening, and live like it's heaven on earth."
•••••

.
.
.
Happy reading!❤️

Aku mengukir senyuman kecil apabila melihat penampilan aku di hadapan cermin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mengukir senyuman kecil apabila melihat penampilan aku di hadapan cermin. Hari ini adalah hari pertama aku bekerja di syarikat Purnama Holdings. Alhamdulilah, beberapa hari yang lepas, aku diterima kerja sebagai personal assistant CEO di syarikat itu.

Aku sungguh terkejut kerana aku terpilih dan dalam masa yang sama aku bersyukur kerana aku adalah orang yang bertuah memiliki kerja di salah sebuah syarikat yang terkemuka di Malaysia.

Ini semua semestinya berkat doa ibu yang inginkan aku berjaya. Dan ibu juga adalah orang yang paling gembira bila dapat tahu aku dapat kerja ini. Walaupun hanya sebagai PA, namun itu tetap kerja yang halal dan gaji yang aku akan dapat juga dapat menampung kami sekeluarga. Syukur alhamdulilah, akhirnya aku dapat juga membantu ibu. Mungkin rezeki aku memang di syarikat itu.

Aku janji yang aku akan sentiasa tolong ibu, dan tak mahu lagi dah ibu bersusah-payah bekerja. Biar aku dan abang Qash saja yang tanggung keluarga selepas ini. Memang tugas kami sebagai anak. Sudah tiba masanya, kami pula yang ambil alih tugas besar menjaga keluarga.

Penampilan aku dilihat buat kali yang terakhir. Hari ini aku hanya memakai pakaian yang simple tetapi masih sopan. Hanya memakai baju blouse labuh berlengan panjang yang berwarna biru cair dan dipadankan dengan seluar palazzo hitam. Rambut panjang aku hanya diikat satu ke bawah.

Make up juga hanya nipis saja. Selama ni pun aku tak suka nak ber make-up sangat. Cuma natural beauty. Tapi bila dah start kerja ni, jadi sebagai PA CEO pula tu, terpaksalah aku berhias sedikit. Tak adalah orang pandang aku kolot nanti. Imej diri dan etika syarikat juga harus aku jaga.

"Eh, Reen nak pergi kerja dah? Tak nak sarapan dulu ke, sayang?" Ibu menegur apabila aku menampak ke dapur. Aku tersenyum nipis.

"Tak apalah ibu. Reen takut tak sempat je. Yelah, first day, kan. Tak naklah datang lambat. Lagi pun Hans dah tunggu dekat luar tu. Kasihan pula nanti Hans kena tunggu lama."

Hans yang beria sangat nak hantar dan ambil aku ke tempat kerja. Agak jauh juga perjalanan ke Purnama Holdings. Dalam kira-kira 20 minit dari sini nak sampai sana.

Tapi tahu sajalah perangai Hans macam mana? Degil betul! Nak juga gagahkan diri hantar aku bagai. Dah menyusahkan dia hantar ambil aku pulak. Tahulah kerja photographer tu senang. Dan studio tu milik dia, tapi tak perlu rasanya asyik nak susahkan diri. Kadang aku rasa yang Hans ni sengaja nak bagi aku lagi jatuh hati pada dia.

Doaku Untukmu SayangWhere stories live. Discover now