DUS 41 🦋

177 17 40
                                    

"I respect those who tell the truth no matter how hard it is. Integrity is everything."

•••••
.
.
.
.
Happy reading! 🦄

Happy reading! 🦄

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Pintu utama hospital itu ditolak dengan segera.  Hans yang terbaring lemah di atas hospital electronic bed itu hanya mampu memejamkan mata. Namun tangannya setia menggenggam tangan Puan Mardiah yang sudah menangis tidak henti-henti dari tadi.

Dada Hans turun naik mencari nafas. Dia agak sukar untuk bernafas seperti normal namun Hans masih kekal untuk bertahan. Matanya kembali terbuka dan dia merenung wajah syurganya dengan senyuman yang sukar untuk diukir. Hans hanya mampu mengukir senyuman sekejap sahaja kerana dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa dan dia sangat-sangat tidak bemaya ketika ini. Badannya sangat lemah. Tapi dia tak mahu Puan Mardiah semakin risau, jadi Hans akan cuba untuk terus senyum demi mamanya walaupun sukar untuk bibirnya bergerak-gerak.

"Hans tolong bertahan. Tahan sikit je lagi ya. Demi mama. Tolong sayang, jangan tsk tsk tinggalkan mama." Kekura anak lelakinya itu dikucup dengan sebak.

Naz Hans senyum dengan perit. Dia masih cuba untuk tersenyum walaupun dadanya makin sesak dan pedih untuk terus bernafas seperti biasa sekarang.

"Mama. Jangan... nangis. Hans okay," pujuk Hans tersekat-sekat.

Semakin lebat tangisan Puan Mardiah melihat keadaan Hans. Dia sebagai seorang ibu, sudah semestinya dia adalah orang yang paling sedih.

"Mama jangan... sedih okay? Hans sayang mama... sangat-sangat." Dan selepas mengungkapkan ayat itu, jantung Hans semakin laju berdegup dengan tidak sekata.

Jururawat dan pekerja di hospital mula memakaikan alat pernafasan di mulut Hans. Namun mata Hans perlahan-lahan tertutup rapat. Dan genggaman tangan mereka juga turut terlerai dengan serta-merta.

Hans semakin lemah. Dia tak kuat lagi.

"Ya Allah! Hans sayang! Jangan tinggalkan mama Hans! Tolong jangan macam ni." Baru sahaja Puan Mardiah mahu mengikut langkah mereka masuk ke dalam bilik kecemasan, dia telah ditahan oleh seorang jururawat terlebih dahulu.

"Maaf puan, tapi puan memang tak boleh masuk. Sila tunggu di luar ya?"

"Tapi nurse... anak saya... anak saya dekat dalam tu. Dia perlukan saya. Tolong anak saya nurse." Puan Mardiah merayu dengan bersungguh-sungguh kepada seorang jururawat wanita itu.

"Ya, puan. Harap puan banyakkan bersabar." Jururawat itu terus masuk ke dalam bilik rawatan dengan segera. Pesakit memerlukan oksigen yang secukup dengan segera. Kerana keadaan pesakit sangat lemah sekarang. Dia tidak boleh terus membuang masa.

Doaku Untukmu SayangWhere stories live. Discover now