DUS 44 🦋

172 15 13
                                    

"You can't go back and change the beginning, but you can start where you are change the ending."

....

.
.
.
.
Happy reading!🔥

Happy reading!🔥

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.







"Bunga! Janganlah tolak laju sangat!" 

Pekikan Hans itu langsung tidak dipedulikan oleh Qaireen. Malah gadis itu sengaja melajukan lagi kerusi roda yang sedang Hans gunakan itu dengan menolaknya ke hadapan.

Sengaja mahu mengusik Hans. Lelaki itu sudah jarang sangat ketawa sejak tinggal di hospital ini. Rumah baru Hans, hospital. Selalunya Hanslah orang yang paling ceria sekali yang Qaireen pernah jumpa. Kalau boleh, tiap-tiap masa Hans akan tersenyum. Dan tiap-tiap hari Hans yang akan selalu buat orang tersenyum.

Subhanallah, baik sungguh Hans ini.

Dia selalu buat orang happy, tersenyum, tapi sebenarnya Hans sendiri yang terpaksa berlakon gembira depan semua orang walaupun dia perlu menanggung segala kesakitannya seorang diri tanpa sesiapa yang membantu. Bagi Hans kebahagiaan orang lebih penting. Haih mana nak cari lelaki sebaik Hans ini lagi. Jadi sebab itulah dia tak akan sia-siakan Hans lagi kerana Hans sangat bermakna.

"Ya Allah Bunga, degilnya budak comel ni," omel Hans seorang diri. Pasrah sahajalah. Dah sayang kan? Tak apalah kita kasi can Qaireen nak buli dia.

Qaireen yang melihat wajah Hans berubah masam dan tidak lagi ketawa seperti tadi, terus tersenyum suka. Dia mula menolak kerusi roda dengan perlahan semula. Kasihan Hans.

Perlahan-lahan dia menolak kerusi roda menuju ke taman mini kawasan hospital itu. Taman ini agak luas dan cantik. Tenang. Walaupun ramai lagi pesakit lain di sini.

Hans mendongak, ingin merenung wajah cantik Qaireen yang sedang fokus menolaknya dari tadi.

"Bunga, kita berhenti dekat sini jelah. Kesian kau kena tolak aku yang berat ni," kata Hans risau jikalau Qaireen kepenatan menolak kerusi roda untuknya.

Qaireen hanya menurut. Bukan kerana dia penat, tapi disebabkan mereka sudah hampir sampai ke destinasi taman mini itu. Dia mencari tempat yang tidak ramai orang dan cantik pemandangannya. Demi Hans punya pasal. Kasihan Hans. Bukan selalu lelaki itu dapat keluar macam ni.

Qaireen meletakkan kerusi roda Hans di sebelah kerusi panjang. Dan dia pula duduk mencangkung di sebelah kerusi roda Hans itu. Sengaja nak duduk bawah begini. Padahal dia boleh sahaja duduk di kerusi panjang itu.

Doaku Untukmu SayangOnde histórias criam vida. Descubra agora