DUS 27 🦋

166 66 90
                                    

"It hurts when you go though something that kills you inside but you have to act like it doesn't  affect you at all."

•••••••
.
.
.
Happy reading!🍁

Happy reading!🍁

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.













"NUR FARHA BINTI DATO' SHUKRI!"

Jeritan dari Qaireen itu mula bergema kuat. Gadis itu bercekak pinggang sambil membuat muka geram. Dah berjanggut dia tunggu minah ni bersiap. Lama betul. Mengalahkan pengantin baru.

"Sekejap!" balas Farha dari dalam biliknya. Dia bergegas bersiap dengan lebih cepat. Tidak mahu Qaireen menunggu lebih lama. Padahal hakikatnya memang sudah lama Qaireen menunggu.

"Apasal kau bersiap lama sangat ni? Ish, penat aku tunggu tau!" bebel Qaireen tidak berpuas hati.

Orang dahlah tengah lapar, dia boleh pula bersiap terhegeh-hegeh mengalahkan pengantin? Sudahlah Qaireen sebilik dengan Farha. Menyampah betul!

Farha yang masih bertempek-tempek alatan make up pada mukanya mula kelam-kabut apabila terdengar suara Qaireen yang sudah memetir. Pantas gadis itu keluar dari bilik dengan segera. Beg tangan tidak lupa dicapai dahulu. Wajah Qaireen yang memerah menahan marah itu membuatkan dia tersengih tidak bersalah.

"Hehehe, sorry lah babe sebab dah buat kau  tertunggu-tunggu. Bukan aku sengaja nak lambat."

Qaireen mencebik meluat. Bukan sengajalah sangat ya cik Farha?

"Hah tahu pun kau ya yang aku ni tunggu kau dari tadi? Dah, cepatlah. Aku tahulah kau nak nampak cantik depan Aniq sekejap lagi, tapi tak perlulah buat aku tertunggu-tunggu macam ni! Kalau tak kerana aku yang beria ajak kau datang sini, aku pergi je makan dekat sana tu tak tunggu kau dah. Ish, minah ni kang. Jom!"

Kini, giliran Farha pula yang mencebik meluat.
Apa Qaireen cakap? Dia nak nampak cantik depan si mamat Aniq tu? Heh, memang tak akan! Tak ada maknanya! Motif apa yang dia dapat? Tch meluat sungguh.

"Kau ni membebel je dari tadi. Hah mana si minah doktor tu? Dia dah gerak ke belum?" soal Farha ingin tahu. Namun kepalanya dipanjangkan supaya dia dapat melihat bilik Doktor Zalea yang bersebelahan sahaja dengan bilik mereka.

"Hmm, rasanya dia dah gerak dulu tadi sebab dia ada cakap dengan aku. Sekarang ni tinggal kita je yang tak gerak-gerak lagi. Aku dah lapar tau. Ni semua kau punya pasal lah!"

Farha mendengus. Namun dalam masa yang sama dia lega. Tak perlulah dia nak menghadap muka perempuan tu. Menyampah betul.

Ada ke patut mereka bertiga kena duduk satu chalet? Nasib Doktor Zalea tu bilik lain dan mereka bilik lain. Qaireen lah punya pasal ni. Nak juga offer perempuan tu tinggal serumah dengan mereka.

Doaku Untukmu SayangWhere stories live. Discover now