special chapter 2 DUS 🦋

289 11 12
                                    

"True love has a habit of coming back. Despite the various obstacles they have to overcome, they will stay together."

.....
.
.
.

happy reading! :)

happy reading! :)

ओह! यह छवि हमारे सामग्री दिशानिर्देशों का पालन नहीं करती है। प्रकाशन जारी रखने के लिए, कृपया इसे हटा दें या कोई भिन्न छवि अपलोड करें।

"Hah Rizh. Baru muncul? Pengantin lama buat apa dalam bilik tadi?"

Puan Sri Haura terus menyoal sambil tersengih mengusik sebaik sahaja kelibat anak lelakinya muncul di hadapan mata.
Tengku Qarizh hanya tersengih janggal. Malu pula kena usik depan orang ramai.

"Apa mummy merepek ni? Mana ada buat apa-apa. Erk... mummy dan daddy sihat?" Lekas-lekas Tengku Qarizh mengubah topik perbualan. Macamlah dia tak kenal ibunya itu. Kaki menyakat. Sama sahaja seperti ibu mentuanya. Kalau dah sekepala, berjumpa pula, memang habislah. Boom meletup!

"Alhamdulilah sihat," jawab Puan sri Haura tersengih seperti kerang busuk.

Tengku Qarizh tidak mahu memandang wajah ibunya, sebaliknya Tengku Naz Hans Shah yang sedang bermain robot dengan Tengku Hisham di hujung penjuru sofa ditenung lama.

Alhamdulilah sekarang Tengku Hisham sudah banyak berubah. Dia bukan lagi Tengku Hisham yang dulu, ayah tiri yang tidak akan pernah menganggapnya sebagai seorang anak.

Sejak dia dan Qaireen berkahwin, mereka semua boleh nampak perubahan lelaki itu. Tengku Hisham bukan lagi Tengku Hisham yang dulu. Sejenis yang suka menyakitkan hati dia, yang memalukan dia, yang tidak dapat menerimanya sebagai anak tiri, dan asyik mengalahkan dia di atas kematian ayah kandungnya sendiri, Tengku Firdaus.

Semua telah berubah. Dia perasan, sejak Qaireen menegur lelaki itu dulu di sebuah majlis makan malam, ianya telah membuka mata Tengku Hisham untuk berubah. Dan sejak kehadiran Qaireen Nisrina dalam kehidupannya, alhamdulilah keluarganya kembali bersatu semula. Perancangan Allah itu sangat indah.

"Daddy dan mummy datang sini ni... siapa yang akan jaga syarikat?"

Sudah semestinya mereka tidak balik hari. Mesti tidur di sini dalam sehari dua juga. Macamlah dia tidak kenal ibunya. Kalau dah jumpa besan, tidak mahu berjauhan. Ada sahaja perkara yang mahu dibualkan.

"Jangan risaulah.  Abang kamu yang uruskan syarikat," jawab Tengku Hisham. Dia tersenyum memandang cucu lelakinya yang sedang khusyuk bermain. Comel sangat.

Tengku Qarizh mengangguk faham. Nasiblah ada abang tiri dia yang boleh tolong jaga syarikat. Sudahlah bukan satu sahaja syarikat mereka. Banyak cawangan Purnama Holdings. Tengku Qaira juga bukan ada di Malaysia.

Doaku Untukmu Sayangजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें