special chapter 1 DUS 🦋

296 10 24
                                    

"When two hearts are meant for each other, no distance is too far, no time too long, and no other love can break them apart."
....
.
.
.
.
happy reading!🌻

10 tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

10 tahun kemudian...

Masuk sahaja Qaireen ke dalam rumah, pintu ditutup dengan rapat terlebih dahulu. Seketika dia agak terkejut apabila berpaling ke hadapan. Menghadap ruang tamu yang sangat bersepah. Penuh dengan permainan anak lelakinya yang tidak terurus dengan baik.

Terjengil matanya. Gigi diketap rapat.

Bersiap sedialah kerana singa akan mengaum tidak lama lagi. Boleh bergegar satu rumah!

"Tengku Qarizh Arsyad!"

"Tengku Naz Hans Shah!"

Jeritan kemarahan Qaireen bergema satu rumah banglo mewah itu. Dia bercekak pinggang menunggu dua beranak itu turun menghadapnya di bawah ini. Pasti anak beranak itu bermain di tingkat atas pula.

"Ya sayang."

"Yes, mummy."

Tengku Qarizh berlari menuruni anak tangga. Dan diikuti juga dengan anak mereka. Dengan wajah yang gembira, mereka berdua mendekati Qaireen. Baru beberapa jam Qaireen tiada, mereka sudah rindu. Terasa seperti tidak lengkap rumah ini tanpa kehadiran isteri tercinta.

Qaireen pandang tajam wajah suaminya. Hah eloklah tu. Ajar anak bukan-bukan. Turun tangga biarlah elok, bahaya betul.

Dua anak beranak itu mengangkat kepala memandang Qaireen yang nampak ayu bertudung.

"Siapa buat sepah ni?"

Qaireen bercekak pinggang sambil mata tajam merenung anak dan suaminya bersilih ganti.

Tengku Qarizh pandang Tengku Naz Hans, dan Tengku Naz Hans juga memandang ayahnya. Mereka berdua agak gugup. Juga menelan air liur berkali-kali kerana sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku tidak lama lagi.

Gila tak gugup? Singa mahu mengaum tidak lama lagi.

"Daddy  yang buat."

"Shah sepahkan."

Tengku Naz Hans menunding jari comelnya ke arah Tengku Qarizh manakala jari telunjuk Tengku Qarizh juga menunding ke arah anaknya.

"Eh, yang mana satu ni?"

"Daddy ni, mummy. Dia nakal. Dia yang buat sepah rumah. Shah baik tau." Tengku Naz Hans Shah membela dirinya dengan wajah yang sengaja dicomelkan.

"Eh apa pulak daddy yang nakal. Shah ni mummy. Dia yang ajak daddy main!"

"Eeeeii daddy tipu!"

Doaku Untukmu SayangWhere stories live. Discover now