DUS 2 🦋

439 231 157
                                    

" Don't trust to much in love. Once we get betrayed by someone we trust, we'll change."
•••••••

.
.
.

Happy reading!♥️

" Eh, hai abang Hans!" Terus aku terdiam apabila ada suara langau yang memotong percakapan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Eh, hai abang Hans!" Terus aku terdiam apabila ada suara langau yang memotong percakapan aku.

Hans pandang aku seketika sebelum dia membalas senyuman gadis tersebut dengan begitu kekok. Gaya seperti tidak ikhlas.

"Oh err, hai. Erm, Rossa kan?"

Ewah kau Hans. Ingat pula kau ya dengan nama langau seekor ni?

Aku dengan wajah yang begitu menyampah sekali hanya mendiamkan diri saja. Membatu. Sambil mata memang tidak lepas memandang wajah gedik si Rossa itu. Eee, menyampah betul aku!

"Wow! Abang Hans ingat nama Rossa? Awh how sweet you are handsome man!" See, kau orang tengoklah betapa gediknya Rossa senget ni. Menyampah gila aku dengar! Dengan baju tak cukup kainnya lagi. Dengan tergedik-gedik pintal-pintal rambut dia yang karat tu lagi di hadapan kami. Memang sudah cukup seperti diva bimbo aku tengok. Macam tak ada lelaki lain kau nak try and error pun!

Tapi sorry sikit, aku bukannya benci dia. Aku cuma menyampah dengan sikap gedik dia tu. Tak cukup kasih sayang ke apa? Dahlah suka cari pasal dengan aku. Entah kenapa mereka semua mesti nak jealous pula bila aku rapat dengan 'Abang Hans' dia orang ni. Aku duduk diam saja selalunya di sisi Hans.

Eh hello, aku kenal Hans dulu dari kau gila! Hesy, sabar Reen, sabar!

"Oh err, hm mestilah abang ingat kan? Rossa nak apa ya sebenarnya? Abang ada hal nak bincang dengan Kak Reen sebenarnya ni." Hans pandang aku sekilas. Aku hanya menjeling dia.

Oh, ingat pula aku ada dekat sini. Ha, lupa nak bagi tahu, Hans ni memang baik gila dengan semua orang. Sebab itu, semua orang menggedik dengan dia. Especially, perempuan-perempuan dan junior-junior. Pantang betul nampak senior baik macam Hans ni. Suka ambil kesempatan! Tapi Hans, dengan lelaki dia nampak agak... tegas? Ya, tegas. Dingin. Beku. Tapi dengan perempuan, dia layan baik-baik sahaja selalunya. Macam mana dia layan baik-baik dengan perempuan, macam itulah dia layan dengan sangat baik pada mama dia. Memang anak yang baik si Muhammad Naz Hans Bin Zaen ini. 

Dan sebab sikap dia itulah yang membuatkan aku sayangkan dia lebih dari seorang kawan. Hmm, sesiapa saja di tempat aku pasti akan melakukan perkara yang sama punya. Catch feeling dalam diam. Sakit babe auch.

Rossa menjeling aku apabila nama aku disebut oleh Hans. "Alaaa, abang Hans ni. Rossa baru je nak ajak abang makan sama-sama dengan Rossa. Yelah, hari ni kan last day abang dekat sini. Ingatkan nak spend time dengan abang. Nanti belum tentu kita Boleh jumpa lagi. Boleh kan abang?"

Doaku Untukmu SayangWhere stories live. Discover now