DUS 47 🦋

162 13 52
                                    

"Good bye hurt when the story is not finished and the book has been closed."

__________
.
.
.
.

Happy reading!💔

Wait guys, sebelum baca, jangan lupa comments banyak2 chapter kali nii

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Wait guys, sebelum baca, jangan lupa comments banyak2 chapter kali nii. Nak meroyan pun silakan sebab chapter ni penting utk sis tau reaction korang. Kalau tak komen, sis majuk takmo update awaiiii humphh. 😞

***


Pagi Jumaat yang indah lagikan nyaman itu membuatkan bibir Qaireen mengukir senyuman kecil.

Cuaca pagi ini tenang sahaja. Cerah dan udara juga menyenangkan hati.

Hari ini, hari ulang tahun kelahiran dia dan Hans. Dan disebabkan itulah, dia bersiap dengan cepat untuk berjumpa dengan Hans di hospital. Pagi-pagi lagi dia sudah muncul di kediaman Hospital Kuala Lumpur ini.

Rindu dan perasaan tidak sabar ingin bertentang mata dengan Hans semakin membuak-buak dalam jiwa.

Dan disebabkan malam semalam Qaireen tidak dapat tidur dengan nyenyak, jadi hari ini dia akan mengambil peluang ini untuk bertemu Hans di hospital dengan lebih awal dari kebiasaan. Qaireen pun tidak tahu kenapa dia tidak dapat tidur nyenyak. Entah kenapa hatinya asyik tidak enak dari petang semalam.

Fikirannya juga agak terganggu dengan perkara buruk sehingga menyebabkan malam semalam dia mimpi buruk tentang Hans. Sebab itulah pagi ini dia rasa mahu terus berjumpa dengan lelaki itu. Dia mahu berjumpa dengan Hans untuk lihat lelaki itu dengan matanya sendiri. Namun, dia tak nak membiarkan perasaan itu mengganggu dirinya. Perasaan yang tidak patut hadir dan agak menakutkan.

Hari ini hari ulang tahun mereka. Jadi Qaireen kena semangat!

Pagi ini, Qaireen sudah pun sampai ke hospital. Wad Hans di tuju dengan senyuman gembira yang tidak lekang dari bibir. Di tangannya pula memegang sebungkus beg kertas yang merupakan hadiah hari lahir buat Hans.

Hadiah itu pun dia hanya sempat menyuruh Qash yang membelikan untuknya malam semalam. Dia menyuruh Qash membeli hadiah jam tangan yang agak berjenama sahaja. Tidak tahu sebenarnya nak beri apa untuk Hans. Kerana lelaki itu sudah ada segalanya.

Tapi disebabkan dia mahu juga beli sesuatu, jam tanganlah yang menjadi pilihan. Kalau tidak, memang dia tak ada hadiah langsung yang ingin dia beri untuk Hans. Qaireen memang tak ada masa langsung nak singgah mana-mana kedai hadiah untuk belikan sesuatu yang berharga untuk Hans. Nasib dia ada abang yang baik hati macam Qash yang sanggup belikan untuknya.

Pintu bilik rawatan Hans dibuka perlahan-lahan. Disebabkan masih awal pagi, koridor hospital agak lengang tiada ramai orang. Dahinya berubah sedikit berkerut melihat keadaan bilik rawatan itu.

Doaku Untukmu SayangWhere stories live. Discover now