DUS 5 🦋

333 198 144
                                    

"Stop thinking to much, you're breaking your own heart."
••••••
.
.
.
.
Happy reading!❤️

Semenjak kejadian Hans 'melamar' aku secara tiba-tiba itu, ianya membuatkan hubungan aku dan Hans semakin awkward

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semenjak kejadian Hans 'melamar' aku secara tiba-tiba itu, ianya membuatkan hubungan aku dan Hans semakin awkward. Kami hanya awkward saja. Bukannya bergaduh sampai tak bercakap langsung. Tapi tetap terasa sendu.

Sebenarnya aku masih ingat lagi yang Hans memang seorang yang serius dalam kata-katanya. Tapi entah kenapa, Hans nak melawak seperti itu malam semalam. Aku jadi semakin hairan. Kenapa tiba-tiba Hans soal macam tu? Adakah benar dia hanya melawak?

"Kalau aku yang jadi bakal suami kau?"

Aku tersentak. Aku terkelu lidah dan terdiam untuk menjawab. Okay serius, aku tak expect pula yang Hans akan soal macam tu. Aku cuma cakap yang aku ini hak milik halal suami aku saja nanti, tapi apa kes pula dia nak cakap yang dia bakal suami aku?

Serius aku rasa sangat terkejut. Apa benda yang Hans mengarut ni? Tolong jangan merepek begini.

"Ka... kau serius ke melawak ni?" Tergetar-getar suara aku ingin bertanya padanya. Aku perlukan jawapan. Tapi aku risau kalau jawapan dia bakal...

"Aku serius, Bunga."

Oh man. Dia serius? Okay, what's going on now!

Melihat wajah aku yang berubah cuak, terus terhambur ketawa Hans yang ditahan dari tadi. Aku mendengus geram melihatnya. Tahulah aku bahawa dia main-main sahaja.

Oh, kau kenakan ya?Okay, fine! Aku memang dah terkena dengan permainan dia. Mati-mati aku ingat betul-betul tadi dia nak jadi suami aku. Tak guna betul Hans ni! Bagi makan penumbuk baru tahu.

"Sengal lah kau, Hans eiiiii! Sanggup kau kenakan eh! Tak apa kau, menyampah nak layan!"

Aku mengetap bibir  menahan geram. Sumpah, aku rasa nak bagi sepit ketam saja dekat Hans sekarang ni. Dia bukan setakat tipu aku, tapi mainkan perasaan aku juga.

Memang tak guna! Lepas ni memang taklah aku nak percayakan Hans lagi. Huh.

"Alaa, relax lah Bunga. Merajuk ke? Sorrylah."  Qaireen membuat rolling eyes. Tiada sorry-morry bagi mu Hans sengal.

"Tak kuasa aku nak merajuk dengan kau!" Aku memeluk tubuh. Menyampah betul dengan Hans sekarang ni. Tahu rasa serba salah.

Doaku Untukmu SayangWhere stories live. Discover now